Adil bin Anas

Our precious newborn of 2022.

Alhamdulillah, seorang lagi hero yang akan menambah kemeriahan dan keceriaan keluarga kami. Pendek kata percubaan ayahnya untuk dapatkan anak perempuan tidak kesampaian. Cukuplah setakat ini sahaja. Hahaha. Walaubagaimana pon kami sangat bersyukur Adil lahir ke dunia dengan sihat dan selamat.

Meet our 4th and the youngest baby boy, Adil bin Anas.

Lahir sehari awal dari EDD dia pada 23 Ogos 2020 dengan berat 3.44kg. Dialah yang pegang rekod berat lahir yang paling tinggi antara semua adik beradik. Memang solid la seketul keluarnya. Hahaha.

Sekian update untuk kali ni. InsyaAllah nanti aku tulis tentang pengalaman bersalin untuk kali ke-4 ni pula.

Resipi Biskut Arab

Beberapa hari lepas adik aku Si Rina dah mula buat biskut raya. Untung tahun ni ada adik yang memang terkenal dengan kerajinan buat segala kerja buat biskut ke kek ke masak apa-apa saja lah duduk sekali dalam masa ber’PKP’ni. Hehehe.

Biskut pertamanya ni lah. Biskut Arab. Aku pon tak pasti mana dapat resipi ni, macam dah lama aku tulis dalam buku resipi aku. Buku resipi aku ni memang dari awal kahwin lagi dah wujud dah, dan resipi biskut arab ni memang antara yang terawal dalam buku aku tu. Yang pastinya memang aku tak pernah buat lagi. Hahaha.

Sebab ada lagi satu resipi yang macam lebih kurang juga pakai minyak sapi segala ni tapi nama dia Biskut Cerelac. Beberapa tahun lepas ada aku buat post resipi biskut tu. Boleh rujuk kat post ni: https://blog.beba-anas.com/simple-recipe/resipi-biskut-cerelac-biskut-minyak-sapi.

Jadinya kalau ada yang nak cuba guna resipi ni. Silakan lah ye.

resipi biskut arab

Bahan- bahan:

  • 500g Minyak Sapi
  • 1kg Tepung Gandum
  • 200g Gula Halus
  • Susu Tepung secukup rasa

Cara- cara:

  1. Ramas minyak sapi bersama tepung gandum sehingga menjadi doh.
  2. Uli doh dan terap
  3. Bakar pada suhu 180deg selama 20 minit.
  4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian salutkan dengan campuran gula halus dan susu tepung.

Kalau ikutkan resipi ni, dia terap, tapi di atas sebab-sebab yang tertentu, kasi bulat-bulat je lah. Tapi aku sarankan kalau nak bulat-bulat ni jangan besar sangat sebab nanti penuh mulut kalau sekali ngap.

Dan itulah saja pesanan penaja. Selamat mencuba.

Learning New Stuff – 3D Modelling : Part 2.

Sambungan dari post yang lepas:

Kali ni aku pilih a simple tutorial untuk ikut. Memang cepat je siapnya. Dan render pon sekejap je sebab render guna EEVEE instead of Cycles.

Just a little details, here kalau rajin nak baca. Kalau tak boleh skip terus kat gambar di bawah. Mihmihmih.

EEVEE ni renderer yang macam game engine guna, a little less realistic dalam shadows and stuffs tapi kalau nak render something yang less realistic or stylized style sesuai la sangat, dan sangatlah laju. Satu frame cuma ambil masa 2-4 seconds je.

Kalau Cycles ni dia raytracing renderer kalau tak silap aku lah nama dia. Kalau nak render yang photorealistic scene, ini lah yang kita guna sebab dia kira semua segala light path mak nenek tu untuk simulate real life lighting and resulting in longer render time. Berejam la juga.

Kalau guna volumetric lighting, lepas tu ada glass or reflection and what not, silalah start render dan tido! Hahaha. (Ini untuk orang yang macam aku yang spec pc/laptop tak berapa nak power ni lah)

Ok. Habis bebel.

Yang ini aku follow tutorial by Ducky3d: https://www.youtube.com/watch?v=5pi1MxqpmKw

Next step, aku try pula buat character. Since baru nak mula ni kan, kita mula dengan yang simple je low poly character. Untuk ni aku ikut tutorial series oleh Sebastian Lague: https://www.youtube.com/playlist?list=PLFt_AvWsXl0fEx02iXR8uhDsVGhmM9Pse

Ada 6 videos semuanya. Gigih tak gigih buat tu. Akhirnya siap la juga.

Tapi ini gambar je. Tapi dalam tutorial memang dia siap ajar model, lepas tu rig, and animate sekali. Tapi aku takde render animation dia.

Lepas dah siap ni aku rasa macam seronok pula buat low poly style ni. Sebab macam cepat siap, cepat render, cepat segalanya lah. Jadinya aku cuba buat a scene guna low poly concept ni.

Gitu la rupanya. Hehehe. Boleh la kan. After like 3 months of pembelajaran gitu.

Hopefully more project to come after this. Nanti aku update lagi my Blender 3d learning journey. Gituuuu…. 😀

Learning New Stuff – 3D Modelling :Part 1.

Dah kenapa tajuk dalam English pulak ni. Hahaha.

Jadinya cerita versi pendek nya, baru-baru ni, ada lah dalam dua tiga bulan juga la kot, tak ingat la sebab apa tapi terasa macam menarik je nak belajar buat benda alah 3D ni.

Dulu masa belajar kat universiti ada la juga dua subjects belajar buat 3D ni. Masa tu guna 3dsMax dan Maya. Tapi itu cerita 20 tahun lepas. Hahaha. Jadinya memang senang kata belajar balik la semuanya dengan software 3D baru ni.

Software yang aku pakai namanya Blender. Free dan open source software. Sesuai untuk mak duduk rumah takde income ni. o_o . Hehehe. Cikgunya. Kat youtube je. Ramai yang pemurah bagi ilmu percuma juga. Mihmihmih.

Tutorial pertama yang aku ikut ialah daripada channel Blender Guru. Macam glemer la dia ni di kalangan pengguna Blender. Kalau ada beginners yang tanya mana nak mula, ramai akan recommend channel ni. ‘We all started with the donut’ gitu. Hahaha..

Jadinya inilah hasil pertama aku ikut tutorial ni.

Rasanya ok la ni untuk permulaan. Lepas tu terus upgrade sikit, ikut tutorial intermediate la kira, masih lagi dengan Blender Guru, buat anvil pula.

Untuk gambar yang ni aku tambah extra effort sikit untuk belajar volumetric lighting juga.

Dah macam promote channel Blender Guru dah ni. Hahaha. Apa-apa pon kalau nak belajar guna software Blender ni boleh tengok channel dia: Blender Guru.

Aku ni jenis kalau benda baru, masih fresh ni memang macam semangat dia tu lebih. Tapi lama-lama nanti dia slow down sampai la langsung tak sentuh dah. Huhu.

Untuk practice project ketiga aku cuba nak replicate gambar yang aku jumpa kat internet.

Gitu lah hasilnya. Nampak la fakenya tu. Hahaha. Lagi-lagi bab kotak hadiah dan ribbon tu. Frosting pon tak berapa nak cantik. Tapi takpe kalau semua nak perfect bila nak siap ye dak. Kita proceed to the next project pula. It’s all part of the learning process.

Rasanya macam dah panjang dah ni. Jadi aku rasa elok aku buat post in few parts. Nanti sambung lagi. 🙂

Terima kasih kepada sesiapa yang baca sampai ke akhirnya. Hehehe.

Adam berlatih berjalan.

Laju betul rasanya masa berlalu. Dah pon 11 bulan budak kecik, anak bongsu aku ni. Sejak semalam aku tengok dia dah pandai berdiri sendiri without support. Hebat!

Hahaha. Mak mesti la banggakan dengan anak sendiri. Siapa lagi nak bangga. Ni ada la gambar sikit. Tapi semua pon lighting ke laut, dah tu kena zoom dari jauh pulak tu. Kalau dekat-dekat dia tau kita nak ambil gambar nanti dia sebok lak nak datang kat kita. Jadinya mak jadi paparazi ambil gambar dari jauh senyap-senyap ^_^;

Sempat la juga aku rekod video dia berlatih, senyap-senyap juga, tapi akhirnya kantoi juga. ^_^;

Sekian laporan Mak Adam dari Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Mihmihmih.

p.s: Ntah bila lah nak tukar template blog ni. Hahaha. Dok sebok buat benda lain pula sekarang ni. Hobi baru masih panas-panas gitu. Kat FB memang dah ada dah cerita. Tapi tu lah. Blog ni dah lama bersawangkan. InsyaAllah, aku cuba semula untuk merajinkan diri update di sini.