Reminiscing the Good Old Days.

Pernah dulu, satu masa dahulu, blog ni boleh dikatakan mempunyai pembaca yang agak boleh dibanggakan. Hahaha. Tak lah banyak. Tapi tetap ada. Bila ada post baru mesti ada yang baca dan bagi komen. walaupon sebaris. Seronok juga hati kecil aku ni. Tak kisah la kan walaupon yang komen tu suami sendiri. Tapi sekarang ni En. Laki aku pon dah tak rajin nak komen pon kalau ada post yang aku buat. Baca pon tidak gamaknya. Hahaha.

Sekarang ni memang sepi blog ni. Aku sendiri pon susah benar kalau nak buat satu post pon, jangan kata satu sehari, satu post seminggu pon payah. Nak buat satu post sebulan pon macam dah tak juga ni. Adeh. Mood nak mengarang tu macam dah melayang ke mana ntah. Padahal dulu ada satu masa aku memang wajibkan diri untuk buat satu post satu hari. Tak kisahlah samada panjang atau pendek. Yang PENTING, mesti ada.

Ke manakah semangat yang aku ada suatu masa dulu tu? Aku pon masih lagi tercari-cari.

Seronok sebenarnya berblog ni. Walaupon aku cuma blogger picisan, yang cuma bercerita tentang perkara-perkara biasa. Perkara yang aku rasa perlu aku simpan sebagai memori, yang boleh kami sekeluarga rujuk di kemudian hari.

Bukan semua benda kita boleh ingat kan. Dengan berblog ni, aku boleh cari balik tentang pengalaman lalu yang macam dah samar-samar je dalam ingatan ni dan baca semula.

Banyak memori, banyak cerita terutamanya berkenaan budak-budak ni yang nak ditulis. Terutamanya Azri dan Adam. Terlalu sedikit cerita tentang budak berdua ni. Maafkan Mak ye. Huu. Abang Alif dulu memang zaman kegemilangan Mak berblog. Memang tak putus cerita setiap perkembangan Alif.

Moga semangat aku untuk kembali berblog ni akan datang semula. InsyaAllah. Gambar di kala rajin menulis. 

Ntah apa lah yang aku tulis bulan April 2010 tu. Hahaha. Sampai 40 posts kot tu. Hahaha.

Adam and Jaundice

Alhamdulillah. Hari ni dah lepas dah dari kena ambil darah untuk check kuning Si Adam. 6 kali gak lah kena berulang setiap 2-3 hari gitu ke Klinik Kesihatan.

adam-jaundice-bacaan-bilirubin

Anak-anak aku semua pon memang ada jaundice, tapi cuma Azri sorang je la yang merasa duduk bawah lampu biru tu. Double lagi atas bawah lampu masa 2 hari pertama dalam wad. Ada dulu aku buat blog post pasal Azri kena jaundice ni: En. Azri masuk hospital sebab jaundice.

Berbalik kepada tajuk, masa mula-mula pergi untuk check jaundice tu memang ada lah nampak sikit kuning-kuning kat muka Adam. Lepas check syukurlah bacaan tak tinggi sangat, cuma 187 je. Jadinya cuma kena ulang je la datang esoknya untuk check darah.

Dipendekkan cerita bawah ni bacaan bilirubin Adam dari awal sampai la hari ni:

  • 28.05 – 187
  • 29.05 – 180
  • 01.06 – 147
  • 04.06 – 119
  • 07.06 – 110
  • 09.06 – 98

adam-jaundice

Yang bagusnya si budak Adam ni bila dia dah tidur tu sampaikan kena cucuk kat tumit kaki pon relaks je. Ada la bunyi sket ‘ ngeh’ gitu, muka berkerut sikit, lepas tu sambung balik tidur. Hahaha.

Hari ni En. Adam kita dah 17 hari. Timbang berat tadi 3.8kg dah dia. Alhamdulillah, elok bertambah berat badan dengan susu Mak. Cerita pasal breastfeeding aku memang tak pernah tak challenging. Haih..harap-harapnya ada harapan la lagi untuk Adam direct feed ngan aku. Kalau tak pam-pam-pam je la selagi mampu. Macam masa abang Alif dia.

Sekarang Mak tengah pening macam mana nak manage susu ebm untuk Adam nanti nak balik kampung dan nak naik kapal terbang nanti. Adeh. >.<

p.s: Usaha untuk me’makeover’ blog masih dalam fasa ‘research’. Hahaha. Masih belum dapat lagi gambaran macam mana rupa bentuk design template untuk kali ni.

 

 

Adam Bin Anas

Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah, pada 24.05.2018 lahirkan anak kami yang ke 3. Seorang lagi hero yang  bakal membingitkan lagi suasana rumah kecil kami ni. Hahaha.

adam-anas

Kali ni boleh dikatakan nama Adam ni dipilih sebulat suara oleh abang-abang dia. 🙂 Masa dah hujung-hujung pregnancy tu memang selalu juga la Alif dan Azri bergilir bertanya soalan ‘Mak, bila Adam nak keluar?’ Hahaha..sampaikan malas dah la Mak nak melayan lagi dah.

Secara tidak langsung juga, Adam adalah hadiah dan rezeki buat kami sekeluarga sebagai meraikan 10 tahun usia perkahwinan kami. Mohon kawan-kawan doakan hubungan kami sekeluarga tetap kukuh  dan utuh selamanya sehingga ke syurga. InsyaAllah. 🙂

Jika ditanya ‘Tak nak ke tambah girl pulak lepas ni?’ InsyaAllah jawapan nye ‘Mungkin tidak’. Hahaha. Kalau lagi beberapa tahun lagi tak pasti la kan kalau masih sama jawapan yang aku bagi. Tapi buat masa sekarang ni memang cukup lah. Hahaha.

Pengalaman bersalin Si Adam ni memang lain sikit dari abang-abang dia, sebab buat pertama kali nya kami memilih untuk bersalin di hospital kerajaan atas sebab kesihatan aku. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya dari mula mengandung sampai ke bersalin, penyakit aku stabil dan baby Adam pon membesar dengan sihat dalam perut Mak dia, sampaikan overdue 4 hari baru dia nak keluar. 😀

Tapi tu nanti kalau rajin aku buat post lain lah. InsyaAllah. Hahaha.

Aktiviti Meniup Habuk.

Wow. Dah lama sangat ni aku tak update blog. Bukan setakat tak update je, buka menjenguk blog ni pon tak. Hahaha. Makin bertambah lah hutang-hutang post yang kena buat ni. >.<

Mungkinkah lepas ni aku akan rajin balik menulis di sini? InsyaAllah la kot. Banyak sebenarnya nak share. Tapi semenjak dua tiga tahun ni ntah mana ntah pergi segala semangat berblog yang ada dulu. Kawan-kawan dulu yang sama-sama berblog pon ada yang dah maju ke depan, dan ada juga yang dah sama hanyut macam aku. Hahaha.

Post hari ni pendek je, cuma untuk meniup sedikit habuk-habuk yang dah bertimbun ni.

InsyaAllah lepas ni akan ada kategori baru di blog ni. Mihmihmih..

latest-addition

Semoga Mak Beba lebih bermotivasi dan konsisten untuk berblog selepas ni. InsyaAllah. 🙂

p.s: It’s time for a blog makeover! Mihmihmih

Usahawan Muda Alif

Tengah tahun hari tu tak ingat aku dalam bulan berapa ntah. Tiba-tiba Alif macam kata dia nak menjual. Aku tanya la, ‘Alif nak jual ape?’

Dia kata nak jual Lego yang dia dah siap buat la, mainan dia lah. Hahaha. Dia ingat murah ke ayah dia beli segala lego ngan mainan dia tu. Pastu nak jual murah-murah lak kat sekolah. Amboi. Hahaha.

Lepas tu masa tu juga aku macam terjumpa resin comel-comel yang boleh buat baby brooch. Jadinya aku cadangkan kat Alif.

‘Alif jual je lah brooch tu, boleh jual kat kawan-kawan perempuan ke, tak pon kalau kawan lelaki nak bagi kat mak dia ke, apa ke.’

Ala-ala gitu lah. Sebab dah idea dia semua kena tolak jadinya dia pon setuju je lah. Hahaha. Ye la nak berniaga pon kena la keluar modal juga kan. Dah bisnes budak-budak ni modal kecil je sudah. Bukan kita tau boleh jual ke tak pon.

Jadi nya Al-kisah mak pon beli la semua perkakas dengan modal yang paling minimum la tu kot. Beli online je semua. Dan tenaga kerjanya Mak la juga kan. Mak cakap,

‘Ni nanti ni untung sok tolak upah mak tau buat kerja semua ni.’ Hahahaha.

Takkan la mak buat kerja free kan. Kata nak belajar berniaga. Biar buat betul-betul. At least basic nye lah. Fast forward, baru lah Isnin lepas Mak siapkan masuk paket bagai. Lepas dah exam setel segala bagai la kan. Mak bekalkan 11 biji baby brooch comel-comel lote untuk dijual. Siap kirim bekas kosong untuk letak duit jualan lagi tu.

usahawan muda Alif

Lepas tu petang Isnin dia balik, ntah apa letih sangat tak tau la aku, terus dia tidur tak bangun-bangun dah sampai pagi esoknya. Jadinya tak de la sempat aku tanya.

Jadinya petang Selasa lepas dia balik baru aku tanya dia.

‘Macam mana dengan bisnes Alif. Ok ke?’ Banyak ke jual.

Alif jawap ‘Tinggal 1 je lagi belum ada orang beli’ 

Mak pon macam Okay lah. Bagus tu. ‘Jadinya mana duit jualan Alif tu? Kalau dah jual 10 biji maksudnya kena ada RM15.’

Dan, dia pon mula laaaaaa. ‘Esok la Alif bagi.’

Mak pon musykil la kan. Dah kenapa pula la esok. Kenapa tak sekarang. Jadinya lepas aku tanya dua tiga kali dia kata dia tertinggal semua duit tu ntah kat mana ntah. Kat sekolah.

Macam tu je la ceritanya. Hahaha. Mak nak marah pon tak tau nak marah macam mana. Budak sorang ni memang dikenali dengan sikap careless dia. Memang selalu tinggal barang. Lepas jual agaknya pergi main ke ape, tinggalkan kat tempat duduk ke ape. Lepas tu lupa.

Apa yang Mak boleh cakap, tu semua tu rugi tu Alif bayar balik. Hahahaahha. Dia pon okaykan je lah. Orang dah tau dia bersalahkan.

Kena la juga ajar kan. Supaya dia tau ape yang dia buat tu ada akibatnya. Macam mana pon masih ada lagi stock brooch tu. Banyak lagi. Nak tak nak suruh je la dia jual semua kot. Kalau boleh pulang modal balik. Hahahha.

Itu je la je kisah berniaga pertama Usahawan Muda Alif. Kalau ada sambungan, nanti aku sambung. Mihmihmih.