Kali ni aku pilih a simple tutorial untuk ikut. Memang cepat je siapnya. Dan render pon sekejap je sebab render guna EEVEE instead of Cycles.
Just a little details, here kalau rajin nak baca. Kalau tak boleh skip terus kat gambar di bawah. Mihmihmih.
EEVEE ni renderer yang macam game engine guna, a little less realistic dalam shadows and stuffs tapi kalau nak render something yang less realistic or stylized style sesuai la sangat, dan sangatlah laju. Satu frame cuma ambil masa 2-4 seconds je.
Kalau Cycles ni dia raytracing renderer kalau tak silap aku lah nama dia. Kalau nak render yang photorealistic scene, ini lah yang kita guna sebab dia kira semua segala light path mak nenek tu untuk simulate real life lighting and resulting in longer render time. Berejam la juga.
Kalau guna volumetric lighting, lepas tu ada glass or reflection and what not, silalah start render dan tido! Hahaha. (Ini untuk orang yang macam aku yang spec pc/laptop tak berapa nak power ni lah)
Ada 6 videos semuanya. Gigih tak gigih buat tu. Akhirnya siap la juga.
Tapi ini gambar je. Tapi dalam tutorial memang dia siap ajar model, lepas tu rig, and animate sekali. Tapi aku takde render animation dia.
Lepas dah siap ni aku rasa macam seronok pula buat low poly style ni. Sebab macam cepat siap, cepat render, cepat segalanya lah. Jadinya aku cuba buat a scene guna low poly concept ni.
Gitu la rupanya. Hehehe. Boleh la kan. After like 3 months of pembelajaran gitu.
Hopefully more project to come after this. Nanti aku update lagi my Blender 3d learning journey. Gituuuu…. 😀
Jadinya cerita versi pendek nya, baru-baru ni, ada lah dalam dua tiga bulan juga la kot, tak ingat la sebab apa tapi terasa macam menarik je nak belajar buat benda alah 3D ni.
Dulu masa belajar kat universiti ada la juga dua subjects belajar buat 3D ni. Masa tu guna 3dsMax dan Maya. Tapi itu cerita 20 tahun lepas. Hahaha. Jadinya memang senang kata belajar balik la semuanya dengan software 3D baru ni.
Software yang aku pakai namanya Blender. Free dan open source software. Sesuai untuk mak duduk rumah takde income ni. o_o . Hehehe. Cikgunya. Kat youtube je. Ramai yang pemurah bagi ilmu percuma juga. Mihmihmih.
Tutorial pertama yang aku ikut ialah daripada channel Blender Guru. Macam glemer la dia ni di kalangan pengguna Blender. Kalau ada beginners yang tanya mana nak mula, ramai akan recommend channel ni. ‘We all started with the donut’ gitu. Hahaha..
Jadinya inilah hasil pertama aku ikut tutorial ni.
Rasanya ok la ni untuk permulaan. Lepas tu terus upgrade sikit, ikut tutorial intermediate la kira, masih lagi dengan Blender Guru, buat anvil pula.
Untuk gambar yang ni aku tambah extra effort sikit untuk belajar volumetric lighting juga.
Dah macam promote channel Blender Guru dah ni. Hahaha. Apa-apa pon kalau nak belajar guna software Blender ni boleh tengok channel dia: Blender Guru.
Aku ni jenis kalau benda baru, masih fresh ni memang macam semangat dia tu lebih. Tapi lama-lama nanti dia slow down sampai la langsung tak sentuh dah. Huhu.
Untuk practice project ketiga aku cuba nak replicate gambar yang aku jumpa kat internet.
Gitu lah hasilnya. Nampak la fakenya tu. Hahaha. Lagi-lagi bab kotak hadiah dan ribbon tu. Frosting pon tak berapa nak cantik. Tapi takpe kalau semua nak perfect bila nak siap ye dak. Kita proceed to the next project pula. It’s all part of the learning process.
Rasanya macam dah panjang dah ni. Jadi aku rasa elok aku buat post in few parts. Nanti sambung lagi. 🙂
Terima kasih kepada sesiapa yang baca sampai ke akhirnya. Hehehe.
Recent Comments