Bab buat benda DIY ni sebenarnya sebab Maknya yang suka. Hahaha. Lagi-lagi bila jumpa benda baru. Mesti nak cuba. So tahun ni benda baru yang aku cuba ialah Heat Shrink Paper, yang end productnya jadi custom name keychain untuk cikgu-cikgu Alif. Bab nama-nama cikgu tu memang aku rely on Alif je sebagai source information aku. Jadinya, maaf ye cikgu-cikgu kalau salah eja. Hahaha..

Kalau korang dah lupa ape rupanya hadiah untuk hari guru tahun lepas, boleh refresh balik kat blog post aku kat sini: Hadiah Hari Guru 2016 – Alif darjah 1. Simple je rupanya kan. Tapi kalau dah buat berbelas..hahaha..sila bayangkan sendiri.

Tahun ni pon, total semua aku buat 14 set. Guru Besar pon dia nak bagi, cikgu bahasa cina yang mengajar kelas dia pon dia nak bagi gak, walaupon dia sebenarnya ambil Bahasa Arab. Adeh..macam-macam budak ni..hahaha…

Camne lak rupa hadiah hari guru tahun ni..haa..tadaaaa…

hadiah hari guru simple

Hehehe..aku suka ngan hasilnya..nampak cam cantik lak. Balut dengar kertas nipis je ni, tak pasti apa nama kertas ni. Macam kertas baking tu pon ade kot stylenya. Senang aku gam je. Hahaha..lepas tu ikat ngan tali tu ha..

Isinya? Sama je macam tahun lepas. Cuma kad ucapan dari Alif, pen merah ( 2 batang je tahun ni. mihmihmih ) dan brownies yang selalu aku buat tu lah, tapi kali ni aku ada adjust sikit resipi brownies tu. Brownies pon decrease in size.. Hahaha..tak sempat nak beli bekas besar ke pe, so gune je la ziplock bag kecik yang ada kat rumah ni.

hadiah hari guru - brownies dan keychain

Yang ala-ala special sikit tahun ni ialah Keychain nama untuk cikgu ni. Hahaha..project last minutes aku yang hampir-hampir tak berjaya siapkan. Hahaha..seriously, tak tido malam tau aku buat benda alah ni semua. Salah sendiri juga la kan sebab semua pon buat lambat. Time management ke laut. Hahaha.

Untuk keychain ni design pon sepatutnya boleh buat awal, haha..tapi tu lah. Semua baru nak buat hari sebelum 16 May tu. Boleh pulak lepas tu ntah macam mana printer pulak buat hal dia bagi aku error: mismatch paper pulak. Makan masa gak la nak setting, troubleshoot pulak, nasib baik laaaahhhh lepas tu macam boleh print. Syukur. Hahaha.. Kalau tak memang tak menjadi project keychain ni.

Kalau ada sesiapa berminat nak cuba juga buat keychain sendiri ke, nanti aku buat special post ye untuk camne aku buat keychain ni and kat mana aku beli supplies. Ade ke sebenarnya yang minat ni? Hahaha.

And lastly, kena la ade personal touch dari studentnya kan. Dah nama Hari Guru untuk Si Anak. Bukan nye Mak punya cikgu, ye dak. Macam tahun lepas juga aku suruh Alif tuliskan kad untuk cikgu-cikgu dia.

Basically aku buatkan dulu contoh sikit then aku suruh dia ikut. Potong-potong tu semua aku buatlah. Alif cuma tulis dan deco. Kad ucapan hari guru ni size A5, maksudnya kertas A4 tu korang potong dua. Jadi la dia kertas A5. Then aku potong sikit slit untuk letak pen merah dua batang tu dan lipat untuk buat kad. Lepas tu dah boleh bagi anak deco. Mihmihmih..aku bagi pen dan marker warna-warni dan stickers.

But, in the end most of the front cover, part yang ucapan depan tu yang ‘Selamat Hari Guru’ tu, aku yang tulis. Nak tunggu Alif buat semua memang tak siap. Hahaha. Dia tulis nama cikgu kat bawah cover tu dan ucapan kat dalam plus sign nama dia. Yang gambar bawah ni tu hasil Alif la tu. Boleh la untuk permulaan punya. Lepas tu kelaut gak. Nak cepat la ape lah. Memang dah lambat dah pon. Dia pon dah letih. Hahaha..

Selesai je dia tulis kat dalam semua tu terus masuk bilik. Tido terus.

hadiah hari guru simple - kad simple hari guru

p.s: Iye, brownies ku takde kedut-kedut, tapi don’t judge a brownies by its look tau. This time memang kena la ngan selera aku ni.  Dia fudgy, less sweet gitu. Harap cikgu pon berkongsi selera ngan aku. Hahahaha..kalau tak nasib lah. Nak buat camne ye dak. 😀

 

 

written by beba