by beba | Nov 9, 2017 | Alif |
Tengah tahun hari tu tak ingat aku dalam bulan berapa ntah. Tiba-tiba Alif macam kata dia nak menjual. Aku tanya la, ‘Alif nak jual ape?’
Dia kata nak jual Lego yang dia dah siap buat la, mainan dia lah. Hahaha. Dia ingat murah ke ayah dia beli segala lego ngan mainan dia tu. Pastu nak jual murah-murah lak kat sekolah. Amboi. Hahaha.
Lepas tu masa tu juga aku macam terjumpa resin comel-comel yang boleh buat baby brooch. Jadinya aku cadangkan kat Alif.
‘Alif jual je lah brooch tu, boleh jual kat kawan-kawan perempuan ke, tak pon kalau kawan lelaki nak bagi kat mak dia ke, apa ke.’
Ala-ala gitu lah. Sebab dah idea dia semua kena tolak jadinya dia pon setuju je lah. Hahaha. Ye la nak berniaga pon kena la keluar modal juga kan. Dah bisnes budak-budak ni modal kecil je sudah. Bukan kita tau boleh jual ke tak pon.
Jadi nya Al-kisah mak pon beli la semua perkakas dengan modal yang paling minimum la tu kot. Beli online je semua. Dan tenaga kerjanya Mak la juga kan. Mak cakap,
‘Ni nanti ni untung sok tolak upah mak tau buat kerja semua ni.’ Hahahaha.
Takkan la mak buat kerja free kan. Kata nak belajar berniaga. Biar buat betul-betul. At least basic nye lah. Fast forward, baru lah Isnin lepas Mak siapkan masuk paket bagai. Lepas dah exam setel segala bagai la kan. Mak bekalkan 11 biji baby brooch comel-comel lote untuk dijual. Siap kirim bekas kosong untuk letak duit jualan lagi tu.
Lepas tu petang Isnin dia balik, ntah apa letih sangat tak tau la aku, terus dia tidur tak bangun-bangun dah sampai pagi esoknya. Jadinya tak de la sempat aku tanya.
Jadinya petang Selasa lepas dia balik baru aku tanya dia.
‘Macam mana dengan bisnes Alif. Ok ke?’ Banyak ke jual.
Alif jawap ‘Tinggal 1 je lagi belum ada orang beli’
Mak pon macam Okay lah. Bagus tu. ‘Jadinya mana duit jualan Alif tu? Kalau dah jual 10 biji maksudnya kena ada RM15.’
Dan, dia pon mula laaaaaa. ‘Esok la Alif bagi.’
Mak pon musykil la kan. Dah kenapa pula la esok. Kenapa tak sekarang. Jadinya lepas aku tanya dua tiga kali dia kata dia tertinggal semua duit tu ntah kat mana ntah. Kat sekolah.
Macam tu je la ceritanya. Hahaha. Mak nak marah pon tak tau nak marah macam mana. Budak sorang ni memang dikenali dengan sikap careless dia. Memang selalu tinggal barang. Lepas jual agaknya pergi main ke ape, tinggalkan kat tempat duduk ke ape. Lepas tu lupa.
Apa yang Mak boleh cakap, tu semua tu rugi tu Alif bayar balik. Hahahaahha. Dia pon okaykan je lah. Orang dah tau dia bersalahkan.
Kena la juga ajar kan. Supaya dia tau ape yang dia buat tu ada akibatnya. Macam mana pon masih ada lagi stock brooch tu. Banyak lagi. Nak tak nak suruh je la dia jual semua kot. Kalau boleh pulang modal balik. Hahahha.
Itu je la je kisah berniaga pertama Usahawan Muda Alif. Kalau ada sambungan, nanti aku sambung. Mihmihmih.
by beba | Sep 27, 2017 | Alif |
Amboi. Siap warning bagai haa..
Hahaha. Ntah bila ntah dia buat ni. Aku tengok memang dah ada je tergantung kat board depan bilik dia.
by beba | Jan 24, 2017 | Alif |
Time sure fly super fast. Faster than the speed of light I’m sure. Anak bujang aku dah pon darjah 2. Makin bam-bam gitu. Hahaha. Alhamdulillah dia sihat walafiat.
Persediaan tahun ni takde la excited sangat mak nya. Sebab dah 2nd year sekolah gamaknya. Mihmihmih. Kami shopping beli barangan sekolah dia pon masa cuti New Year 1 January tu. Cuma beli uniform dan kasut serta stokin baru je. Beg masih pakai yang lama. Pensel semua banyak lagi stock mak dari tahun lepas.
Tahun depan kena shopping awal-awal sikit. Peringat untuk mak. Hahaha..banyak saiz yang dah habis, susah juga la nak cari. Kebanyakan tempat tinggal yang saiz paling kecik dan saiz yang palinggg besar.
Berterih gak la mak kena alter pendekkan seluar dan jahit badge untuk dua-dua uniform sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Memang ada segala tutorial yang pakai gam-gam and iron bagai tu. Tapi ntah lah, rasa macam tak berapa nak yakin pula. Satgi dah jadi kerja pula nak kena buat balik, jadinya mak jahit jugak.
Alif biasa la dia, seronok masuk kelas jumpa kawan lama dan kawan baru.
Alkisah nak dijadikan cerita selepas 2 minggu mula sesi baru persekolahan, boleh pula kena tukar ke kelas 2 Cekal. Masa register katanya dia turun kelas 2 Tekun. In a way sepatutnya mesti la mak happy kan dah anak masuk kelas 1st. Tapi nya dah jadi kerja mak pula nak kena tukar balik segala nama kelas kat buku-buku dia tu. Dah la buku aktiviti dan buku tulis tu dah berbalut nama kelas pula bertulis atas buku. Memang mak tepek je la sticker atas tu. Gigih sangat kalau nak buka pembalut tukar nama pastu balut balik. Type pon dah rasa letih. Hahahahaha.
Kata cikgunya ada kesalahan teknikal. Alif memang sepatutnya di kelas 2 Cekal.
Baru je ingat masuk 2 Tekun senang nak dapat masuk Top 10. Hahahaha. Kena la Alif usaha lebih kalau nak masuk Top 10 kelas Cekal ni. Kalau lah kannn.
Tapi alhamdulillah rasanya dari segi pelajaran Alif ni bagus je. Cuma bab homework memang susah sikit lah. Dia tak suka homework. Hahaha. So far aku ngan Anas takde lah push dia sangat. Buat-buat relaks gitu. Hahaha.
Karipuff pon karipuff lah anak oiii. Hahaha.
Sekian celoteh Mak Beba kali ni.
by beba | Nov 29, 2015 | Alif |
Alhamdulillah. Tuan Muda Alif kita dah pon Graduate. Hahahaha. Siap ade jubah bagai lagi tu budak-budak sekarang grad tadika. Bergaya. hahaha..
Ada aku dengar-dengar cerita tahun sebelumnya macam grand juga majlis, cuma tahun ni entah kenapa ntah kurang pulak grand nya. Hahahaha..takde la rezeki Alif kot nak grad tadika grand-grand gitu. Tapi yang penting dia happy je tengoknya.
Last minute dalam 3 hari sebelum majlis ni tetiba cikgu request, katanya kalau boleh nak suruh Alif buat persembahan story telling. Bila cakap kat Alif dia pon macam happy and excited je nak bercerita. So kitorang just randomly pilih cerita and suruh Alif practice. Cerita ‘Tortoise and Hare’ je. Kejap je dia dapat. Dia tau cerita tu and tak berapa rigid dalam penceritaan dia. Tak scripted pon. Pepandai la dia bercerita. Hahaha.
Tapi masa the actual day tu aku rasa ada gak dia nervous kot. Keras je aku tengok dia atas pentas tu. Hahaha..tapi memang kalau banding ngan aku memang hebat gila la kan Si Alif ni. Aku mana berani bercakap sorang-sorang atas pentas..hahahaha..kecut perut Mak. Mihmihmih. Ni bakat dari ayahnya lah ni.
So good luck lah Alif. Lepas ni dah masuk darjah 1..hahaha..takleh lah nak ponteng selalu-selalu..hahahaahahhaa.. (pesanan kepada mak dan ayahnya… :p)
by beba | Oct 9, 2015 | Alif |
Actually this was an unplanned activity for Alif, sebelum ni memang ada gak niat nak ajak dia masak-masak mende simple. So nak dijadikan cerita, few days ago on 6 oct haritu macam petang-petang dok lapo..malas plak tu nak buat ape-ape yang renyah ni..hahaha.. so tengok-tengok dalam tempat makanan macam ade sikit lagi roti. Jadinya mokcik decided to make egg toast je ngan cheese. And tetibe macam terasa nak ajak Alif buat sekali..
Tadaaa..
Itu lah hasilnya. Aku tolong sikit je, bab pasangkan api letak minyak dalam pan. Pastu bagi instruction and demo lah sikit mana perlu. Bagi kat Alif crack the egg habis la separuh telur tu tumpah ke bawah je..huu..nasib la cukup je nak salut semua roti tu..hehehe..
Okay la for a first timer. Budak laki lak tu..hahahaa.. Aku dulu kecik-kecik mana reti masuk dapur..hahahaa..main masak-masak kat tepi longkang je potong-potong memacam jenis bunga-bunga warna warni mak aku..hahaha..lepas dah kahwin baru lah dok belajar nak buat gulai segala mak nenek makanan ni…hohoho…
p.s: Next activity for Alif, nak ajak buat Kek coklat microwave pulak.. 😀
by beba | Aug 12, 2015 | Alif |
Last lah ni sukan tadika for Alif..lepas ni dah masuk primary school.. heheh.. Perghhh.. tak sangka oiii.. besar dah anak aku.. lepas ni it’s going to be a whole new adventure for me and Alif too of course.. no more ponteng-ponteng, no more berlama-lamaan di Kajang ( T_T ) huuuu..
Okay enough about that..jadinya on 9th august haritu tadika Alif, Tadika ABS Kota Kinabalu buat acara sukan tahunan. Since Tadika ABS ni baru sangat lagi kat Sabah ni kat KK ade 2 je branches. Kat tadika Alif ni and kat Kinarut lagi satu. Kinarut tu ntah2 dah masuk daerah Papar ke aku pon tatau..hahaha..tapi tu je la yang terdekat. Ade jugak satu kat Beaufort and lagi satu kat Tawau kalau tak silap aku.
Dah la tu tadika Alif ade la dalam 20 orang students je kot..hahaha..jadinya sukan hari tu diorang gabungkan Tadika ABS KK and Kinarut, then Akademi Al-Quran ABS pon join skali..so ramai la gak. Event ni buat kat Gelanggang Futsal Yayasan Sabah.
Banyak gak la acara sukaneka dia, antaranya baling tutup botol air mineral ke paper plate, kena bawak rubberband pakai straw besooo and then kena pass rubberband tu kat team member. Pastu mcm parents or sesape je la wakil kena angkat budak ke station and budak kena isi air dalam botol, then ape ek.. owh..balik bola kecik masuk dalam bakul..last skali acara individu, main rebut kerusi..
Team Alif JUARA! Yeay! Dapat lah diorang hamper..hehehe..and setelah habis semua nombor dipanggil last skali dapatlah kitorang hadiah untuk cabutan bertuah..hahaha..
Azri pula memang happy habis lah berlari-lari kat dalam court tu. Nasib baik jugak lah tukar venue. Sebelum tu plan nya nak buat kat pantai teluk likas tu..camne la agaknya nak contained bebudak ni kat open space gitu.. hehehehe…
Recent Comments