by beba | Mar 30, 2015 | Alif, Azri |
Semalam kitorang tetibe terajin pula nak pegi pantai. Rumah ngan pantai dekat jeeee tapi jarang bebeno pegi nye. Macam rugi kan? Hehehe. Ini pon first time lah Azri jejak pasir pantai sebenarnya.
Memang berjalan je Azri dok pusing2 kat situ. Hehehe. Rasa lain agaknya kat kaki dia tu kan pijak pasir pantai ni.
Abang dia plak si Alif dok berusaha buat sandcastle. Port dia jauh sangat plak dari air. Dah ulang alik ngambik air je. Last2 tak de la siap sandcastle nye. Hahaha. Lenkali kita datang lagi ye Alif.
Azri sampai2 je rumah. Melekap sekejap minum ngan mak dia. Pastu setel. Hahaha. Letih betul la tu berjalan kat pantai. Alif je tenaga berlebihan banyak betul. O_o;
Yang penting diorang happy. Hehehe. InsyaAllah kalau ada masa lagi boleh pergi lagi main tepi pantai. Hehehe.
Mak pulak sepanjang masa tu, lepak tepi je lah. Hahaha. Tengok bebudak main happy2.
Lamanya tak update blog. Hehee. Aku ni kena berusaha ke arah better time management ni. Hahaha. There was times when this blog was updated twice a day gitu. Gila lah. Hahaha. Nampak sangat boleh sebenarnya kalau nak. Bak kata orang dulu2. Nak seribu daya. Kalau tak tu memanglah memacam dalihnya. So ini je lah update dari Puan Beba. Aku harap the next update ni takde la lama sangat kang. Hahaha. Update simple2 pon aci kan? :p
by beba | Feb 16, 2015 | Alif, Azri |
Alhamdulillah, Alif dah 6 tahun, Azri pulak dah masuk 1 tahun. Dah besar anak2 aku ni..hehehe.. Tahun ni kami buat sambutan hari jadi bebudak ni kat Kajang. Last time sambut kat Kajang masa tu Alif masuk 1 tahun duluuuuu. Lama kan..Lepas tu semua buat kat Beaufort for Alif’s 2nd Birthday and 3rd birthday and kat tadika Pasti for 4th birthday and last year kat Little Caliph (belum buat post rupenye..hahaha..) plak. So this year since Azri dah 1 tahun ni kitorang buat kat Kajang pulak.
Manusia mampu merancang tapi Allah lebih tau ape yang baik untuk kita. hehehe.. Plan A kami tak menjadi. Eh..still sambut kat Kajang..tapi Plan A ialah nak jemput semua kawan-kawan sekolah or university kitorang and their kids sambut sekali. Nak dijadikan cerita En.Alif kita was diagnosed with HMFD. Huu…so takkan la nak jemput pulak budak2 kan? Jadinya terpaksa la kami last minutes message kawan-kawan untuk cancel jemputan. Sorry ye kawan2..
But majlis tetap berjalan, Plan B, Mak aku panggil geng2 marhaban dia..hehehe..So majlis hari jadi bebudak ni instead of sambut ngan budak2, kita sambut ngan nenek2..hahahaa..epic gituuu..tp alhamdulillah jugak lah..yang penting foods sedap, and licin..hehehe..semua pon hepi..
Family picture kami..hehehe..Tema untuk birthday kali ni. Bumblebee. Bumblebee comel2 untuk Azri, Bumblebee Transformers untuk Alif. Mak ade la rajin sket dok buat goodies and DIY sket. Kalau rajin tengok lah kat post sebelum ni..kat sini: Bumblebee Birthday Decoration DIY.
Food untuk Majlis Birthday kali ni macam kat bawah ni:
- Laksa sedap terbaek meletop Auntie Ayong
- Beef Stroganoff Fettuccine by Makcik Renamon
- Chicken Chop (hasil usaha Makcik Kinah dan Nek Ngah)
- Mashed Potato with Gravy by Makcik Renamon juga
- Chocolate Tart by Nenek
- Vege Salad with Lemon Mayo by Nenek
- Jeruk mangga by Auntie Ayong
- Yummy Creampuff by Auntie Dayah
- Air sirap limau (tatau sape buat..hahaha..antara Pakcik Yas or Oyet)
Fuh..cukup kot..kalau ade tertinggal mahapkan saya..Thanks to semua yang dah bertungkus lumus dalam menjayakan Majlis Birthday kecil kecilan Alif dan Azri ni. Terutamanya Makcik Rina yang tak tido malam nak buat macam2..hehehe..
As for the cake..Plan asal sebijik sorang..pastu downgrade ke sebijik kek buat 2 layers..In the end itu lah hasilnya dalam gambar tu..hahahaha.. Ape2 pon thanks to Makcik Rina and Makcik Kinah jugak yang tolong siapkan kek ni. Lain kali kena plan bebetul lagi and ape yang boleh order kita order! hahaha..
by beba | Jan 14, 2015 | Alif |
Hehehe. Seperti yang dah ditulis kat tajuk tu, nak cerita pasal Alif’s first day at his new tadika. Kali ni Alif masuk Tadika ABS pulak. Tadika ni baru je bukak kat KK ni. Tapi kat semenanjung macam ade 2 tahun kot kalau tak silap.
Reason yang paling kuat untuk tukar tadika ialah tadika ni dekat lagi dari rumah and just a little bit cheaper banding ngan Little Caliph. Looking at the modules pon macam menarik jugak. Konsep bermain sambil belajar. Then macam ade modul usahawan ajar budak2 konsep berniaga and manage duit ke camtu. Ade kelainan sikit. Hehehe.
Aku memang takmo Alif kena buat homeworks and exams awal-awal sangat. Biarlah sok sekolah rendah baru harung and that is just less than a year je lagi. Hahahaha. Main lah puas-puas anak oii.
Gambar first day tadika. Uniform tak dapat lagi plak. Kureng fefeeling mak anak first day of school. Hahaha. Balik rumah excited habis dia cakap kat aku ‘I really have so much fun at the tadika mak. This tadika is the best ever.’ Hehe. Kalau cikgu dia dengar mesti bangga cikgu. Hehehe.
Tadika ni mediumnya Bahasa Melayu, bagi Alif improve bahasa melayu dia pulak. 🙂
by beba | Apr 30, 2014 | Alif |
Haih..Alif..macam2..
Memula aku perasan sebab bile aku check email ade email from lelong.com.my kata that this seller confirmed my order..tu aku pelik..bile masa plak aku order ape2 lagi from lelong.com.my ni…dah la mende tu aku dah order..siap dah shipped dah status nye..aku dok ingat seller tu ke yang dok letak order.. -_-;
Mende yang diorder ialah seperti gambar di bawah…namanya Convenient Toy Storage & Cleanup Bag. Ada dua warna. Nampak macam best je..tu yang try beli..harga baru RM13.50 dapat Free Shipping lak tu..hehe..so aku beli lahhh..
Berbalik kepada tajuk..so anak bijak aku ni dia order 2 kali..sekali tu rasanya salah order..sebab dia terorder yang warna pink..pastu dok order lagi satu..warna biru lak..haihhh…
Bile dia buat kerja order-order ni?…time aku dok tinggalkan dia main2 ngan Azri kat dalam bilik…bile pikir balik baru aku macam ‘ni mesti kerja Alif niiii’ gitu..aku tak sure macam mana dia boleh jumpe plak page nak letak order tu…tp memang aku bukak website lelong.com.my ni kat page account aku..and macam still logged in..huu..
Dah jadi kerja aku la plak..dok PM seller and cancel the order…Seb baik seller cool je..huu…
So itu lah kejadian pagi ni…hehe…THE END.
by beba | Dec 14, 2013 | Alif |
Alif and his new best friend… RED
Alif kata Red ni cute..just like Little P..hehe..
Mana Alif dapat RED ni? Sudah tentu la dia mengepaw bapak dia… hari tu ayah Alif dok bawak dia pegi shopping groceries kat Giant..boleh lak dia nak beli mende ni..and biasa laaa..kalau ngan ayah memang Alif selalu berjaya mengepaw..hahaha..kalau ngan mak susah sikit.. :p
Punya lah baik tu..siap makan pon disuap kat RED…
As always..makanan kegemaran Alif..nasi ayam ngan milo panas… kalau bukan nasi ayam pon dia nak makan nasi with chicken soup..so macam lebih kurang je la tu kan…hehe..
Ok la..tu je short update untuk kali ni…
by beba | Dec 13, 2013 | Alif |
Ni lah aktiviti Alif bile dapat hijack laptop mak..huu
Aku pon tatau camne dia bule tau concept wiki ni..takde plak aku ajar dia ke pe.. tetibe tau je.. budak zaman sekarang kot..cepat aje.Lagipon sebab dia pandai baca kan..tu la lagi senang dia buat kerja dia..bukak Wiki hapal la segala characters yang ade dalam cerita2 tu..kadang tengok dia wiki power rangers la..tak pon transformers..
ni semua sebab mak dia restrict dia takle main plants vs zombies unless kalau dia dapat hijack laptop mak and bukak kat FB or dia main kat henpon ayah dia…as for Ben10 dia tengok kadang2 kat TV3 ke NTV7 ke ntah.. Astro aku mmg lock lagi channel Disney XD, Disney channel, Nickelodeon and of course Ceria..mmg takde la aku nak bagi dia tengok Ceria tu..penuh ngan budak2 meloncat2 menyanyi la ape ntah..tak berkenan aku tengok..huu…
Itu je lah.. 😀
Recent Comments