Time sure fly super fast. Faster than the speed of light I’m sure. Anak bujang aku dah pon darjah 2. Makin bam-bam gitu. Hahaha. Alhamdulillah dia sihat walafiat.

alif darjah 2

Persediaan tahun ni takde la excited sangat mak nya. Sebab dah 2nd year sekolah gamaknya. Mihmihmih. Kami shopping beli barangan sekolah dia pon masa cuti New Year 1 January tu. Cuma beli uniform dan kasut serta stokin baru je. Beg masih pakai yang lama. Pensel semua banyak lagi stock mak dari tahun lepas.

Tahun depan kena shopping awal-awal sikit. Peringat untuk mak. Hahaha..banyak saiz yang dah habis, susah juga la nak cari. Kebanyakan tempat tinggal yang saiz paling kecik dan saiz yang palinggg besar.

Berterih gak la mak kena alter pendekkan seluar dan jahit badge untuk dua-dua uniform sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Memang ada segala tutorial yang pakai gam-gam and iron bagai tu. Tapi ntah lah, rasa macam tak berapa nak yakin pula. Satgi dah jadi kerja pula nak kena buat balik, jadinya mak jahit jugak.

darjah 2 - jahit lencana

Alif biasa la dia, seronok masuk kelas jumpa kawan lama dan kawan baru.

Alkisah nak dijadikan cerita selepas 2 minggu mula sesi baru persekolahan, boleh pula kena tukar ke kelas 2 Cekal. Masa register katanya dia turun kelas 2 Tekun. In a way sepatutnya mesti la mak happy kan dah anak masuk kelas 1st. Tapi nya dah jadi kerja mak pula nak kena tukar balik segala nama kelas kat buku-buku dia tu. Dah la buku aktiviti dan buku tulis tu dah berbalut nama kelas pula bertulis atas buku. Memang mak tepek je la sticker atas tu. Gigih sangat kalau nak buka pembalut tukar nama pastu balut balik. Type pon dah rasa letih. Hahahahaha.

Kata cikgunya ada kesalahan teknikal. Alif memang sepatutnya di kelas 2 Cekal.

Baru je ingat masuk 2 Tekun senang nak dapat masuk Top 10. Hahahaha. Kena la Alif usaha lebih kalau nak masuk Top 10 kelas Cekal ni. Kalau lah kannn.

Tapi alhamdulillah rasanya dari segi pelajaran Alif ni bagus je. Cuma bab homework memang susah sikit lah. Dia tak suka homework. Hahaha. So far aku ngan Anas takde lah push dia sangat. Buat-buat relaks gitu. Hahaha.

alif-darjah-2

Karipuff pon karipuff lah anak oiii. Hahaha.

Sekian celoteh Mak Beba kali ni.

written by beba