by beba | Apr 17, 2015 | Our Life Stories |
Happy Birthday Dak P!
Alhamdulillah another birthday yang kita sambut bersama. Hehehe.
Kali ni no fancy presents yang boleh aku bagi dak p sebab da setahun lebih kottt aku tak buat kerja design. Duit belanja yang dak p bagi pon memang guna untuk yang wajib2 je.
Jadinya semua pon homemade sajeeee. Baru-baru ni tetiba ntah kenapa aku macam jadi TERrajin pulak nak baking2 bagaikan. So da alang2 tu kenalah kan buat birthday cake sempena birthday en. Laki saya ni.
Alhamdulillah. Menjadi kek saya. Hahaha. And for the first time aku cuba untuk decorate sekali kek. Of course lah takde la cantik mana. Tapi boleh lah tahan for a total newbie.
Gini lah hasilnya. And itu adalah laki saya yang potong kek pada pukul 3 pagi. ^_^;
Dan siap kad birthday jugak sekali. Pon buat sendiri. Handmade gitu. With LOVE! Hahaha. Cuma kertas kad A4, red sticker felt beli kat daiso dan pen hitam mata tebal and fine. Pastu conteng2 je lah mana yang mampu.
Alif pon join gak sekali buat kad untuk ayah dia. Aku biarkan je dia nak buat ape. Hahaha. Ntah ape dia letak lah. Nak lukis spider lah. Letak yacht lah ship lah. Nak ade laut. Satgi nak lukis ape sea creature ntah. Pastu dok tampal2 buttons. Aku tolong dia gunting felt stickers tu je. Ni lah rupe dia.
As for tulisan dia tu. Heehe. Skang ni tengah dok berlatihan intensif la konon2 nya. Hahaha.
Kek tu pulak sebab kitorang takde bekas kek yang proper terpaksalah pakai pinggan makan je so aku potong kek tu nak bagi muat sebelum deco2. Yang lebih kek tu jadi la gini plak.
Aku letak buttercream yang banyak gileee extra (guna sikit je untuk deco2) kat tengah. Stack kek tu jadi 2 lapis then sapu penuh buttercream atas tu. Somehow buttercream ni tak popular kat umah ni. But aku bersyukur sebab aku suka makan kek ngan buttercream ni. So aku la dok perabehkan. Hahaha.
So Dak P. Saya harap awak suke ngan kek and kad tu. Itu je yang mampu saya bagi untuk awak. Maybe next year kalau ade rezeki lebih saya bagi awak hadiah best sikit. Hahaha. Luv u tau. :p
by beba | Apr 15, 2015 | Azri |
Pengalaman kedua Azri bermalam kat hospital. Yang first time kecik sangat lagi dia. So tatau ape sangat. Yang masa Azri admitted for jaundice dlu tu.
Gambar Azri time nak tunggu doctor check on the first day tu. Tunggu blood test result lagi.
Al kisah. Azri demam 2 hari before tu. Anas dah bawak gi klinik and bagi ubat, macam dah okay je dia. But the next day tu dia malam dia macam start panas balik. Bagi ubat pon macam panas dia tak reda. Normally kan kalau kita bagi makan ubat demam panas dia akan reda. In Azri’s case macam tak reda2 plak. 2 round makan ubat still gitu. Malam dia tido pon tak selesa. Makan tanak ape tanak yang dia nak dok melekap je menyusu ngan aku.
Then pagi tu badan dia still panas, pastu pulak Anas macam perasan yang perut dia macam terik semacam plak. Tu yang decide nak gi klinik balik. Then dah sampai klinik doctor advise gi hospital. So kat spital diorang mandikan Azri sebab badan dia panas and buat x-ray perut dia.
Memula katanya suspect usus bengkak ke pe. Then lepas dapat result x-ray tu ok je. So maybe just angin je la kot. Pastu initial blood test kata macam platlet rendah ke pe. So takut denggi ke pe. So kena buat blood test for denggi pulak. Tu yang lama menunggu result tu. Tatau la actually nape kena tahan kat wad tu. Sebab kalau ikutkan petang tu Azri pon macam dah OK dah. Aktif da tak demam. Cuma ada kurang darah sikit.
Siap ade doctor yang round malam tu pelik tengok apsal Azri kena tahan. Hehehe.
Malam dalam pukul 9 lebih gitu baru aku boleh gi tengok Azri. Pergi ngan MIL and adik Anas, si Amri. Satu beg barang mak bekalkan. Hahaha. Baju mainan and makanan ngan segala macam mak neneknya lah.
Esoknya tu petang gak lah baru dapat keluar. Kiranya semua ok je lah. Takde denggi takde ape. Demam da takde, da aktif. Alhamdulillah. Pengalaman Azri la ni. Hahaha.
So tamat lah cerita Azri tido sepital. The End.
by beba | Mar 30, 2015 | Alif, Azri |
Semalam kitorang tetibe terajin pula nak pegi pantai. Rumah ngan pantai dekat jeeee tapi jarang bebeno pegi nye. Macam rugi kan? Hehehe. Ini pon first time lah Azri jejak pasir pantai sebenarnya.
Memang berjalan je Azri dok pusing2 kat situ. Hehehe. Rasa lain agaknya kat kaki dia tu kan pijak pasir pantai ni.
Abang dia plak si Alif dok berusaha buat sandcastle. Port dia jauh sangat plak dari air. Dah ulang alik ngambik air je. Last2 tak de la siap sandcastle nye. Hahaha. Lenkali kita datang lagi ye Alif.
Azri sampai2 je rumah. Melekap sekejap minum ngan mak dia. Pastu setel. Hahaha. Letih betul la tu berjalan kat pantai. Alif je tenaga berlebihan banyak betul. O_o;
Yang penting diorang happy. Hehehe. InsyaAllah kalau ada masa lagi boleh pergi lagi main tepi pantai. Hehehe.
Mak pulak sepanjang masa tu, lepak tepi je lah. Hahaha. Tengok bebudak main happy2.
Lamanya tak update blog. Hehee. Aku ni kena berusaha ke arah better time management ni. Hahaha. There was times when this blog was updated twice a day gitu. Gila lah. Hahaha. Nampak sangat boleh sebenarnya kalau nak. Bak kata orang dulu2. Nak seribu daya. Kalau tak tu memanglah memacam dalihnya. So ini je lah update dari Puan Beba. Aku harap the next update ni takde la lama sangat kang. Hahaha. Update simple2 pon aci kan? :p
by beba | Mar 7, 2015 | Simple Recipe |
Hari tu aku ade post kat FB gambo my very first Homemade Pizza. Wohooo! Kejayaan kay. Hahaha. And cakap nak share recipe yang aku gune untuk buat pizza super simple aku ni. Ini la postnya. Hehehe.
So gini lah rupa pizza homemade saya.
Not bad lah kan for a first timer. Topping for pizza aku ni cuma sos spagetti dalam botol tu and cheese je. Just the way I like my pizza this days.
Hehehe. Resipi untuk dough pizza ni aku jumpe online. Memang simple abes lah. Takyah tunggu doh kembang pon. Boleh terus tebar letak topping and bakooo. 45 minutes top kompom siap piza korang.
Untuk resipi homemade pizza ni dough tu aku ikut resipi kat sini: ?http://m.allrecipes.com/recipe/20171/quick-and-easy-pizza-crust/ tapi aku tukar a few ingredients sebab pakai ape yang ade kat rumah je.
Instead of bread flour aku pakai tepung gandum biasa2 tu je. And tukar active dry yeast ke instant yeast. As for measurement instant yeast tu letak 1 1/2 tsp.
Yang lain semua sama je. Just follow instruction dia untuk buat dough tu.
Silalah cuba ye. Alif suke makan pizza ni. Happy la mak ade gak yang sudi makan. Hahaha.
by beba | Mar 6, 2015 | Azri |
Nak cerita banyak pon tak terkata. Hahaha. Biarlah gambar saja yang berbicara. Mak speechless.
Recent Comments