Dah lama aku nak tulis pasal ni..hoho..memang ketara sebenarnya perbezaan Roti Putih Gardenia kat Sabah and Semenanjung. Aku ingat ke nak amik gambar and tunjukkan tapi cam tak terbuat la plak…haha..so aku just tulis jek laa….

Firstly korang boleh tengok perbezaan on the texture of the roti. Roti kat Sabah ni kasar berbanding ngan roti kat semenanjung yang soft. Kalau sapu butter ke ape2 atas roti gardenia sabah ni..habis la jatuh2 berderai kecik2 kat atas meja or pinggan.

Then dari segi rasa pon lain..Roti gardenia semenanjung is moist and creamy camtu la..tapi kat sini kering jek (boleh tau dari keadaan roti yang kasar and berderai tu..) tak berapa nak kena ngan selera aku laaa….

memula memang beli gardenia, then cam nak carik yang lembut sket kitorang cam tukar pakai gardenloaf..at first cam ok gak la..lembut dari gardenia tapi tak tahan lama..seriously baru jek berapa hari beli dah berkulat..kadang2 tu baru jek makan 2-3 keping esok tu dah berkulat…rugi jek buang..huu..pastu ada  gak la beli jenis2 yang lain lagi..tapi tak de la nak berkenan sgt…tp skang ni rasanya kitorang stick to multibake punye roti. The closest we can get to the gardenia white bread at semenanjung… 😀

roti gardenia

you won't find these in sabah..

 

korang takkan jumpe twiggies ke roti sambal ke roti gardenia yang lain yang ada kat semanjung ni kat sabah. Aku pon tak sure la kenapa..maybe orang sabah tak suke sangat makan roti kot…kot laaa…huu..

tapi jangan pulak tak tau..kadang tu aku tengok orang balik sabah ni bawak satu plastik besar roti2 ni..kadang tu 2 plastik..hahaa..beli kat airport..aku pon pernah buat..hehehe..bekalan.. :p

tapi kat sini kalau jenama gardenia ni macam2 yang korang akan jumpe yang takde kat semenanjung..diorang siap buat carbonated drinks, air mineral pon ade, ice cream (aku pernah rasa..cam tak besh jek..huu..tapi tak tau la sbb time tu tengah pregnant..hoho..selera lari sket.. :p)

p.s: pada orang2 semenanjung yg dok kat sabah cam aku ni..korang makan roti ape ek??

written by beba