Reminiscing the Good Old Days.

Pernah dulu, satu masa dahulu, blog ni boleh dikatakan mempunyai pembaca yang agak boleh dibanggakan. Hahaha. Tak lah banyak. Tapi tetap ada. Bila ada post baru mesti ada yang baca dan bagi komen. walaupon sebaris. Seronok juga hati kecil aku ni. Tak kisah la kan walaupon yang komen tu suami sendiri. Tapi sekarang ni En. Laki aku pon dah tak rajin nak komen pon kalau ada post yang aku buat. Baca pon tidak gamaknya. Hahaha.

Sekarang ni memang sepi blog ni. Aku sendiri pon susah benar kalau nak buat satu post pon, jangan kata satu sehari, satu post seminggu pon payah. Nak buat satu post sebulan pon macam dah tak juga ni. Adeh. Mood nak mengarang tu macam dah melayang ke mana ntah. Padahal dulu ada satu masa aku memang wajibkan diri untuk buat satu post satu hari. Tak kisahlah samada panjang atau pendek. Yang PENTING, mesti ada.

Ke manakah semangat yang aku ada suatu masa dulu tu? Aku pon masih lagi tercari-cari.

Seronok sebenarnya berblog ni. Walaupon aku cuma blogger picisan, yang cuma bercerita tentang perkara-perkara biasa. Perkara yang aku rasa perlu aku simpan sebagai memori, yang boleh kami sekeluarga rujuk di kemudian hari.

Bukan semua benda kita boleh ingat kan. Dengan berblog ni, aku boleh cari balik tentang pengalaman lalu yang macam dah samar-samar je dalam ingatan ni dan baca semula.

Banyak memori, banyak cerita terutamanya berkenaan budak-budak ni yang nak ditulis. Terutamanya Azri dan Adam. Terlalu sedikit cerita tentang budak berdua ni. Maafkan Mak ye. Huu. Abang Alif dulu memang zaman kegemilangan Mak berblog. Memang tak putus cerita setiap perkembangan Alif.

Moga semangat aku untuk kembali berblog ni akan datang semula. InsyaAllah. Gambar di kala rajin menulis. 

Ntah apa lah yang aku tulis bulan April 2010 tu. Hahaha. Sampai 40 posts kot tu. Hahaha.

Aktiviti Meniup Habuk.

Wow. Dah lama sangat ni aku tak update blog. Bukan setakat tak update je, buka menjenguk blog ni pon tak. Hahaha. Makin bertambah lah hutang-hutang post yang kena buat ni. >.<

Mungkinkah lepas ni aku akan rajin balik menulis di sini? InsyaAllah la kot. Banyak sebenarnya nak share. Tapi semenjak dua tiga tahun ni ntah mana ntah pergi segala semangat berblog yang ada dulu. Kawan-kawan dulu yang sama-sama berblog pon ada yang dah maju ke depan, dan ada juga yang dah sama hanyut macam aku. Hahaha.

Post hari ni pendek je, cuma untuk meniup sedikit habuk-habuk yang dah bertimbun ni.

InsyaAllah lepas ni akan ada kategori baru di blog ni. Mihmihmih..

latest-addition

Semoga Mak Beba lebih bermotivasi dan konsisten untuk berblog selepas ni. InsyaAllah. 🙂

p.s: It’s time for a blog makeover! Mihmihmih

Jom Beli Sabun Rose Chempaca ni.

Ada banyak kali gak la aku nampak kawan-kawan aku dok recommend sabun Rose Chempaca ni. Katanya memang elok kalau nak buat cuci kasut sekolah budak-budak yang berkelarah tu. Hahaha. Kalau Alif ni tengok kasut dia memang lah beristighfar panjang. Dah dicuci pon hitam lagi. Untuk baju sekolah putih tu pon elok katanya. Bab baju pon sama je lah rupanya dengan kasut dia tu. Hahaha. Dah tak putih dah.

Jadinya hari tu aku macam decide, ‘Argh, nak kena beli ni, sabun ni. Cuba dulu,kalau elok nanti bersih, putih berseri balik baju dengan kasut Alif’. Dan mulalah episode pencarian aku mana nak beli Sabun Chempaca Rose kat Kota Kinabalu ni. Mula-mula tengok kat instagram, macam tak ada. Lepas tu aku google pulak. Alhamdulillah, jumpa yang menjualnya kat FB.

Kat sini dia jual satu pek 1kg tu RM23. Siap boleh COD bagai. Jadinya aku cakap kat Dak P, aku suruh orang tu hantar kat office dia je la.

Jadinya…taraaa..

sabun rose chempaca kota kinabalu

Dah ada pon kat rumah. Aku beli yang bau rose ni. Sebab ramai yang recommend bau ni.  Dan rupanya mak aku pon ada beli juga sabun ni.

Kasut Alif masih lagi terendam. Kejap lagi aku pergi tengok apa ceritanya. Hehehe.

Owh dan kalau ada warga kota kinabalu yang mencari mana nak beli sabun rose chempaca ni boleh tengok FB page ni: Sabun Champaca & Rose KK

 

First time Online Shopping beli Sandal

Al-kisah kalau orang yang kaki saiz standard rakyat Malaysia mesti senang hati je kan, masuk kedai-kedai kasut, capai kasut kat shelf display and sarung je. Or kalau tak pon just bagitau saiz and penjual tu nanti akan bagi kasut and boleh test.

But not for me. Not that easy. Kalau masuk kedai kasut yang tak pernah masuk tu memang soalan pertama aku tanya. ‘Apa saiz paling besar ye kat sini?’

The normal answer would be size 9. Dan berlalu la Acik pergi sambil berhuhuhu selepas memberi senyuman dan ucapan terima kasih kat si penjual. Sebabnya kaki aku ni ala-ala cinderella, cuma opposite je. Hahaha. Dia punya kaki super kecik. Aku ni super besar. Haha. I’m wearing US size 10 or EU size 41 or kalau kat UK sedap sikit hati tengok saiz tu, Saiz 8..hehehe.

Then kalau ade pon yang saiz 10 ni, bila ade je yang berkenan di hati. Mesti akan dapat jawapan ‘Maaf, design ni ada sampai saiz 9 je’. Dah kalau 3-4 design ko tanye takde saiz takkan ko nak lagi cari kan. Sakit hati acik tau. Huu..

Sebelum aku ada anak aku still pakai saiz 9, jadinya takde masalah, but somehow the pregnancy process telah mengembangkan kaki aku dan tidak berjaya mengecik balik lepas aku beranak. Hahaha. Nasib baik la walaupon anak dah 2 masih lagi kekal di saiz 10.

Panjang pulak mukadimah makcik sorang ni kan. Hahaha. So back to kisah beli sandal online ni. Aku beli kat website Zalora. Aku tau dah lama dah Zalora ni wujud, tapi barulah tetibe macam sampai seru nak beli kat Zalora ni.

Sebenarnya, memang dah lama gak aku nak cari sandal baru, sebab sandal lama macam dah nak putus dah. Iye la, dok lenjan satu tu je. Hahaha. Ntah macam mana ntah tetibe tercari sandal online..then macam termasuk la pulak kat website ni.

And sebab ade filter elok siap kan. Senang lah terus awal-awal filter saiz. Syukurrrr ade rupanya sandal yang saiz 10 ni. Hahaha..pulak tu ada pulak la Sale bagai. Tak ingat la aku Sale ape. Tapinya memang banyak la sandal yang murah. Personally I love to wear wedges. (Bukan potato wedges ye. hahaha.) Kalau yang ade platform lagi best.

Ha..boleh juga filter type of kasut ngan warna sekali.

Jadinya..setelah aku browse segala wedges sandals yang masih available tu, aku pilih 2 pasang. Ye lah kan. Bukan senang nak dapat saiz 10 ni. So.. TA DAA..

firsti-time-online-shop-with-zalora-pink-black-wedges

Satu black, and satu lagi pink yang tak berapa nak pink la kot..pink belacan maybe. So far so good lah. Tapi yang paling aku suka yang pink tu. Selesa pakainya. Walaupon dia lagi tinggi dari yang hitam tu. Bertambah la ketinggian aku kat 5-6 inci ke gitu kot. Hahaha.

firsti-time-online-shop-with-zalora

It comes with the box macam ni ha. Bule la tahan ada kemek gak kotak tu dikerjakan orang pos. Hahaha. But takde la effect barang dalaman. Cuma bila aku dok teliti dua-dua wedges tu memang ade la macam kurang puas hati sikit.

Yang sandal pink tu macam ade siikittt terkopek tu ha macam dalam gambar..ade yang putih sikit tu. Tak tau la kenapanya. And the zipper for the black wedges macam ade payah sikit gak la nak zip and unzip. Not smooth gitu. Macam ade kena betul lah angle nye. Kalau tak payah sikit.

But all in all. Takde masalah lah. Owh pasal harga. Sebenarnya aku lupa berapa. Tapi yang pink ni macam kalau tak silap RM49+ and yang hitam tu mungkin laaaa 60+ kotttt.. lebih kurang. Hehehe.

Okay..tu je lah cerita shopping aku kali ni. Hahaha.. Thanks En. Laki. 😀 Hihihi.

Kot korang nak try gak shopping kat Zalora, boleh la gi website diorang. Click je kat link ni.

Bento untuk Alif di tadika. 

Baru 3 hari je sebenarnya aku start buat bento ni. Pada yang tak tau ‘bento’ ni sebenarnya bekal je. Hahaha. Nak ala2 hip sket pakai perkataan jepun ‘bento’ ni. Cuma bila sebut bento ni macam ala2 kita ade deco2 sikit la tak macam bekal kita dulu2 tu.

Ni semua datang dari orang jepun lah. Diorang suke deco bagi comel2 gitu. Buat2 characters la ape la. Tapi aku takde la mampu nak buat sampai gitu skali. Hahaha.

Dah lama jugak plan nak berbento tapi macam keep on tangguh2. Nak dijadikan cerita 3 hari lepas macam Alif request pulak nak bekal. Sebab aku memang macam da ade beli2 sikit barang2 untuk deco2 bento and the day before that aku sebat satu bento box kat daiso.

It was unplanned so aku buat yang paling simple and cepat nak buat sebab da lambat pon. Haha. Setelah panjang lebar intro aku pasal bento ni. Meh nak tunjuk my very first bento for Alif. Hehehe.

Tadaaa. Simple gile. Cuma grilled cheese + hotdog goreng + cookies chocolate chip nestum super easy kitorang + apple.  Boleh la kan for a first timer. 😀

Then the next day pon buat jugak. Dah alang2 mula. Hehehe. Teruskan je lah. Dengan harapan mak dapat beristiqamah buat bento untuk Alif. Hahaha.

Hari kedua aku just buat nasi goreng buduh2 je sebab ade banyak nasi leftovers. So menu untuk bento hari kedua tu ada Nasi goreng, ayam goreng kunyit, telur dadar gulung dan buah epal. On day 3 simple lagi. Cuma buat pancake sandwich je. Filling dia chocolate sauce home made and buah epal lagi..hahaha.. dah itu je buah yang ade..memang gitu la gamaknya.. Seminggu cuma satu jenis buah je kot.. :p

So far Alif happy je ngan bento dia. Dah macam excited pon ade dia dok tengok buku resipi bento yang aku beli memula dulu. Takde pulak buat post pasal tu..nanti buat..hahaha..mana tau kot korang pon tetibe nak berbento bagai. hehehe..

So itu je la cerita pasal bento Alif ni.. Sila la korang doakan aku ni takde la dok hangat2 taik ayam je..hahaha..sebab tahun depankan Alif dah nak masuk sekolah rendah. Kejap je masa berjalan kan?? Tu lah yang nak practice buat bekal tu. Ye la aku tengok sekarang ni gile mahal oiiii harga makanan kat kantin. Macam harga kat restaurant dah kekdah nya..Giloo.. so mak pon nak lah bagi bekal kat anak bujang dengan harapan dapat jimat duit and ape guna la mak ni jadi suri rumah kalau nak buat bekal anak gi skolah pon takleh..hahaha.. Useless hokayyyy.. Panjang pulak penutup ni la makanannya kalau orang dah lama tak update blog. Terbawak2 plak.. Ok.. Stop! :p

HOMEDEC @1Borneo Kota Kinabalu

homedec-kk-1borneo-april2013

Yeay! HOMEDEC datang lagi..heehhe..jom la ramai2 pergi 1Borneo!  Start hari ni.. on 19 April until 21 April.

Maybe nak tengok yang water filter yang boleh panas sejuk segala tu kot, the only brand yang aku tau COWAY ke kalau tak silap..ke ade brand lain lagi? …macam menarik je..selalu memang ade je kalau ade exhibition..and sejak bekas air kitorang dah rosak ni macam terasa nak pakai yang canggih sket..senang tak payah refill segala ni..hehehe..agak sesuai as hadiah untuk our 5th year wedding anniversary kot.. :p

Yup..rupanya dah 5 tahun dah kitorang kawen (tepat 5 tahun 0n 04.04.13)..hehe..congrats to us..and hopefully for more year to come kitorang akan still berbahagia sekeluarga..and dengan harapan ada lah rezeki untuk anak ke-2..heheh..doa2 la ek..

dari cerita HOMEDEC boleh plak terkeluar tajuk sampai ke anniversary..tu la kesnya kalau tak update blog selalu..sekali update banyak benda lepas2 nak kena mentioned…hahaha…lepas ni maybe akan update cerita2 basi that happened before..insyaallah..hehe..

And..macam nak cat rumah..Alif dah buat balik art dia kat dinding rumah..dah la kat TV plak tu..sambil tgk TV nampak la artwork dia yang creative sangat tu..hehhe..tapi yang ni tengok la kalau en.laki ai rajin nak mengecat..and kot kalau ade pintu murah2 ke HOMEDEC ni..teruk beno dah pintu2 kat umah ni..kot la..ni cerita angan2 bini yang belum ketentuan lagi..sebab kena check poket laki ade budgetnye ke tak..hahahaa..

Maybe nak cat ala2 macam ni kot..

idea-cat-rumah

Actually carpet kelabu ala2 dalam gambar angan2 tu memang dah ade..tapi kitorang tak pasang..sebab lepas pasang wood flooring en.laki kata tak payah la pasang carpet..nnt tak nampak wood flooring tu..hehe..tp nampak botak jek plak rumah..and coffee table bulat gitu pon dah lama dah berangan..tapi tak jumpe yang menepati citarasa and yang paling penting..MURAH! :p

ok la..nak cheat sikit this time..nak buat schedule post plak lagi satu..hahaha..kalau tak kang memang lagi sebulan agaknye baru nak buat post lagi.. :p

See you on the next update..