Azam Mak Beba untuk Blog ini – 2017

Alhamdulillah.

Dah 23 hari dah kita di tahun 2017. Tapi Acik ni ha baru lah nak buat first post untuk tahun ni. Hihihi. Maafkan saya ya.

Bukan apa cuma tahun lepas memang agaknya mood tu takde kot nak menulis, tapi sebenarnya banyak sangat yang aku nak cerita. Ye lah kan, for me this blog is kinda like a diary where I wrote everything that happened in our life. Kalau macam teringat something tapi dah lupa details cuma search je lepas tu boleh baca balik apa sebenarnya terjadi. Best kan camtu.

Jadinya azam aku tahun ni untuk blog ni ialah untuk bayar balik semua posts lama yang sepatutnya aku tulis. Mostly about my cheeky little Babyguard, Si Azri. Kesian tau dia. Cerita pasal dia sikit sangat. Huu..

Selain dari tu aku juga nak share tentang crafts, mostly felt crafts lah kan sebab aku ada masa rajin nak buatkan busy books and stuffs untuk bebudak ni. I even made a template to share with you guys. Cuma belum ade kesempatan nak buat post nya je.

post-list-hutang

Antara yang dalam list..fuh..poning acik..hahahaha. Tu belum lagi kena hunt for all the related pictures and editing it. Harap Mak bertabah lah. Itu lah kan. Salah siapa dok bertangguh kerja. Ni la makanan dia. Post from 2013 ada sikit, 2014 berderet, 2015 nanti kena listkan pulak. Hahahaha. 2016? Wowwi. Korang jangan ikut tau perangai aku ni. Teruk sangat ni. Mihmihmih.

Lepas ni kena start buat design untuk rupa baru blog ni pulak. Masih simple juga, minimalist design. I love it that way. Hihi. Okay lah. Dah cukup la tu untuk hari ni. Itu la kan. Bila dah start menaip tu melalut lah macam-macam. Kalau tidak sunyi sepi nak dekat setahun. Hahaha..

Wish me luck kay guys. Walaupon aku maintain blog ni atas dasar peribadi, but knowing that ada yang sudi membacanya buat hati ku gumbira. Hahaha.

written by beba

Blog To Book #1

My ‘Blog to Book’ project or BlogBook for short dah pon siap! Yeay. For this first book cuma muat untuk sumbat post dari Jan-July 2008 je. huu.

blogbook

Memula tu ingat ke macam just a simple copy and paste job je gitu, hahaha. Tapinya lepas tu kena susun elok-elok sikit then nak bagi nampak macam takde la boring sangat so macam every pages tu ada lah kelainannya sikit. Post lama-lama dulu yang bagusnya banyak takde gambar. Hahahaha. Kalau sekarang ni takle imagine mana nak kena save gambar and nanti nak susun pula gambar tu dalam blog book ni. Adeh.

What have I gotten myself into. Hahahaha. Since dah mula rasanya takkan la nak stop ye dak. Cuma nya mungkin progress akan agak slowlah. Banyak sangat dalam kepala otak ni semua nak buat. But being me, when I am overwhelm jadi lagi tak jadi kerja nya. Hahaha.

So it will take a while before I am going to post about BlogBook #2. Mihmihmih.

Bagi sesiapa yang nak tau mana aku print buku ni, meh nak bagitau. Aku print dengan Photobook Malaysia. The trick is to buy their vouchers bila ada promotions. As for this type of photobook, it is a medium portrait softcover, kalau beli time promo cuma RM30 je.

Best juga tengok apa yang ko tulis dalam bentuk buku. Hehehe.

written by beba

Project ‘Nomochen’

Ape tu project ‘Nomochen’? In short, it’s just a fancy name for project weaning Azri from Breastfeeding..hahaha.. so far progress adalah amat memberangsangkan. InsyaAllah tak lama lagi dah takde dah ‘chen’ kot..macam sehari sekali je for the past 2-3 days. Hari ni macam belum lagi mintak ‘chen’ ni..hehehe..

Nak gak cerita pasal asalnya istilah ‘nomochen’ tu..hehehe..al-kisah..masa Azri dok BF ni selalunya lepas sebelah dah siap nak tukar lagi sebelah aku akan cakap kat dia ‘change,change’ sebab kadang dia tanak tukar..pastu ntah camne dia macam dok associate perkataan ‘change’ tu dengan BF..so everytime nak BF dia akan cakap ‘chen’ gitu..so melekat lah perkataan ‘chen’ tu sampai skang ni. ‘Mak nak chen’ kata Azri..

So disebabkan nak bagi dia berenti ni..lagipon dah nak 2 tahun dah kan..esok tuuu.. Aku macam hari2 pesan la kat dia ‘Nanti dah 2 tahun, no more chen ye’..selalunya respond dia mesti mcm berdengus ala2 marah gitu..hahaha..sayu pon ade hati mak ni..tapi letih pon ade gak..hahaha..but then sekarang ni aku mcm on medication walaupon it is said to be ok untuk BF ni but macam ntah lah..so dah 2 tahun ni better la berenti je..heehe..sekarang ni pon Azri banyak minum ‘shushu moo’ dah..kalau dia mintak ‘chen’ pon aku offer susu moo (fresh milk) dia cam ok..cuma ade time dia terbangun tengah malam dalam pukul 4 pagi gitu dia memang takde ampun punya nangis kalau tak bagi..huu…

Kadang-kadang out of the blue dia cakap ngan aku ‘nomochen’ heheh..sayu je bunyi…sekali dua siap aku dok nyanyi2 lagi lagu ‘nomochen’. Just sebut ‘nomochen’ ngan melodi lagu ‘jingle bell’..gelak gak dia..hahaha..

Apa yang aku buat untuk berentikan Azri breastfeed ni takde la apa sangat pon. Just hari-hari ingatkan dia nanti dah 2 years old ‘no more chen’. Kalau dia mintak first thing try offer dia makan dulu ke..biskut ke ape ke..or offer shushu moo.. Kadang dia ok je..dari dok picit-picit tu..sambil baring atas lap mak dia terus turun lari nak ke peti ais sebut ‘shushu mooo’ tu kira berjaya la tu.. kalau tak berjaya..cakap kat dia..’chen basi’ hahaha..iii..ekk… kalau still tak jalan..bagi je lah..sambil bagi pesanan penaja nomochen kat dia, cakap good boy, dah besar bla..bla..bla..malu chen..etc..etc..

Kadang-kadang ada dalam sehari tu rasa macam asik dok mintak je..and da start dia nak nangis-nangis bagai memang ade masa aku biarkan je..buat hati batu je tak bagi kat dia. Kesian pon ade gak..sayu pon ye gak..huuu..tapinya kalau diikutkan karang bilenya nak berenti kang..bertabah je lah.. sorry ye Azri..huu.. tapi so far yang aku perasan tips mujarab ialah bagi dia makan kenyang-kenyang..insyaAllah takde la dia mintak chen..kalau mintak pon takde la bersungguh mana..ala-ala cuba nasib je..hahaaha..

Nampaknya perjalanan BF aku and Azri dah pon nak sampai ke hujungnya.. Awalnya memang seksa gak lah..it’s not easy..ngan susu tak cukup.. latching tak betul, then kisah aku tak dapat BF Azri seminggu gak lah..sehari je sekali time melawat..which lead to susu drop teruk..then alhamdulillah..susu ok balik..and sampai lah ke hari ni..

Sayu plak hati aku dok type pasal ni..huuu.. Okay lah.. Itu je yang nak aku cerita. Hehehe..

dak nomochen

P.S: Thank you Allah for giving me the chance to BF my son, and thanks Azri my dak nomochen. Hehehe..

written by beba

Quiet Book for Baby Maisarah

Kali ni aku cuma buat busy book/quiet book yang simple je. Ala mini busy book la kiranya, untuk anak buah aku Si Maisarah.  Baby lagi pon.

For this busy book aku buat ada 6 aktiviti. Takde la aktiviti mana pon. Hahaha.

  • Twinkle twinkle little star page. This page cuma ada moon and stars je gitu. Boleh la kalau nak nyanyi ke sikit. Hahaha.
  • Under the sea theme pages, which includes swimming with the fishes and the cute little jellyfish.
  • In the garden theme pulak, boleh main tarik-tarik carrots and ada rama-rama jugak.
  • And lastly number page. 1-4 je with beads.

Yang buttons and beads tu memang jahit banyak2 kali punya, insyallah kalau Si Maisarah tak berubah jadi Hulk ok je tu..hahahaha..

So inilah dia gambar hasil busy book Mak Beba yang tak seberapa. I hope she enjoys it.

busy book for baby - cover pagebusy book for baby - twinkle star page busy book for baby - under the sea page busy book for baby - in the garden pagebusy book for baby - number page

written by beba