Roti Gardenia Sabah vs. Roti Gardenia Semenanjung

Dah lama aku nak tulis pasal ni..hoho..memang ketara sebenarnya perbezaan Roti Putih Gardenia kat Sabah and Semenanjung. Aku ingat ke nak amik gambar and tunjukkan tapi cam tak terbuat la plak…haha..so aku just tulis jek laa….

Firstly korang boleh tengok perbezaan on the texture of the roti. Roti kat Sabah ni kasar berbanding ngan roti kat semenanjung yang soft. Kalau sapu butter ke ape2 atas roti gardenia sabah ni..habis la jatuh2 berderai kecik2 kat atas meja or pinggan.

Then dari segi rasa pon lain..Roti gardenia semenanjung is moist and creamy camtu la..tapi kat sini kering jek (boleh tau dari keadaan roti yang kasar and berderai tu..) tak berapa nak kena ngan selera aku laaa….

memula memang beli gardenia, then cam nak carik yang lembut sket kitorang cam tukar pakai gardenloaf..at first cam ok gak la..lembut dari gardenia tapi tak tahan lama..seriously baru jek berapa hari beli dah berkulat..kadang2 tu baru jek makan 2-3 keping esok tu dah berkulat…rugi jek buang..huu..pastu ada  gak la beli jenis2 yang lain lagi..tapi tak de la nak berkenan sgt…tp skang ni rasanya kitorang stick to multibake punye roti. The closest we can get to the gardenia white bread at semenanjung… 😀

roti gardenia

you won't find these in sabah..

 

korang takkan jumpe twiggies ke roti sambal ke roti gardenia yang lain yang ada kat semanjung ni kat sabah. Aku pon tak sure la kenapa..maybe orang sabah tak suke sangat makan roti kot…kot laaa…huu..

tapi jangan pulak tak tau..kadang tu aku tengok orang balik sabah ni bawak satu plastik besar roti2 ni..kadang tu 2 plastik..hahaa..beli kat airport..aku pon pernah buat..hehehe..bekalan.. :p

tapi kat sini kalau jenama gardenia ni macam2 yang korang akan jumpe yang takde kat semenanjung..diorang siap buat carbonated drinks, air mineral pon ade, ice cream (aku pernah rasa..cam tak besh jek..huu..tapi tak tau la sbb time tu tengah pregnant..hoho..selera lari sket.. :p)

p.s: pada orang2 semenanjung yg dok kat sabah cam aku ni..korang makan roti ape ek??

written by beba

Incoming search terms:

  • roti gardenia (609)
  • gardenia sabah (209)
  • gardenia (138)
  • resepi roti gardenia (104)
  • uncle slocumm (87)

25 thoughts on “Roti Gardenia Sabah vs. Roti Gardenia Semenanjung”

  1. mummyseri

    Salam beba,..
    hehehe best pulak n3 ni pasal roti ..kite pon peminat tegar gardenia..kalo balik kk msti beli sekotak untuk dibawa ..beli kat epot klia kedai eraman tu..memang tak de pon kat cini mmg tak akan jumpela punyer..orang sabahan yg out ke kl pon suke beli buat balik sini as a buah tangan la..tu yang selalu buat roti sejak dok sabah ni n sejak pandai uli2 roti:)
    tapi kadang kadang beli jugek yg multibake tu ..samala citarasa kite yek..

    1. beba Post Author

      uish..sekotak tu..wat bisnes ke per? hahaha..
      tu la..da biasa dengan roti gardenia kat semenanjung kan..bile kat sini pon mesti nak carik yg sama rasanya.. 😀

    1. beba Post Author

      pernah baru2 ni jumpe roti hotdog gardenia kat servey likas..tp tak pernah pulak jumpe roti jagung tu..agaknye tokei shell tu baru balik dari KL kot..hahahaa.. :p

  2. diyana

    hi beba..hmm,ic.saya rasa bukan setakat roti je yg lain tp kbykan item /produk mmg berlainan ant yg dijual di sabah dan juga semenanjung.mungkin sbb faktor geografi,faktor logistik yg memungkinkan penghasilan produk tak sama. tak salah saya,kat sabah ade kan kilang gardenia?tak sama rotinye tu mungkin sbb lain management,lain le resipinye..huhu.

    my sis in law di beaufort baru pesan carikkan botol susu brand tommy tippee,and minta saya poskan. sbb satu KK dia carik,tp tak ade..huhu

  3. diyana

    dok sabah kat area mana?anyway,my hasben org beaufort tp kiterang dok di bukit mertajam,penang.tahun lps bawa balik sorang anak,tahun ni raya ,bawa balik sorang lg..heee…

    1. beba Post Author

      hi diyana, 😀

      mmg ada lagi yg lain..tp macam tak berapa perasan sgt perbezaan dier..cam roti ni mmg lain btol..hehe..kat sini mmg ade kilang dier..pernah ternampak..tapi kalau kita tengok KFC ke McD ke..still same jek kan resipi dier..tak tau la kenapa gardenia ni tak sama plak…padahal kalau pakai nama sama mesti la company sama..huu…

      pasal botol susu tu tak perasan la plak..hehe..sy botol beli yg momslittleone dlu tu still elok lagi..tu yg tak carik botol tu..

      kitorang dok kat KK, tp kampung husband kat2 beaufort gak..kat klias kecil.

  4. diana

    Hi! Bila terbaca entry ni terpanggil plak nak explain kenapa Gardenia Sabah & Semenanjung ni berbeza.

    Sbnrnya, masa Uncle Slocumm dtg ke Malaysia, dia start bakery kat Sabah. Then one Singaporean company bought rights to set a plant in Singapore and to a few other Asian countries including M’sia. Dlm perjanjian tu, x boleh ada factory dibuka di kawasan borneo (incldg indonesia).

    Pengurusan & produk2 Gardenia (KL) Bakeries xde kene mengena dgn Gardenia Sabah dan juga dengan Gardenia2 di negara2 Asian yg lain.

    Hope explaination ni membantu ye!

  5. beba Post Author

    woh..gitu ke…mana diana tau ni? tapi tp kalau ikot iklan kan roti gardenia ni resepi uncle slocumm tu..takkan la resepi dier len2 kot..

  6. diana

    sbb kita kerja kat gardenia..
    resepi mmg sama.. cuma now gardenia dah banyak upgrade dr segi penggunaan hi-tech machine and high quality ingredients.. org2 bahagian QA always work hard to make sure products2 gardenia ni sentiasa maintain atau lagi baik dr masa ke masa..

    and kalau u tgk, gardenia singapore, philippines semua products lain2 cuma resepi asal roti je mmg sama dr uncle sclocumm..

  7. beba Post Author

    hehehe..saya mana pernah pergi tempat2 lain.. 😀 so comparekan roti gardenia sabah and semenanjung jek la.. 😀

    tp mmg tak berapa paham lagi sebenarnye camne bule lain tu..

    kalau 2-2 company..gardenia sabah and gardenia KL guna resipi roti yg sama, kenapa outcomenye berbeza2 plak..

  8. diana

    mcm ni la nak kasik senang faham..

    like ur mom ade resipi masak lemak..
    dia ajar u, ur sister etc..
    resepi yg sama, tp masak dr org yg berbeza2..
    so outcome pun berbeza x? maybe u suke pedas, u tambah cili lebih..

    like gardenia, we share d same recipe but then yg membezakan adalah gred bahan2 yg kita guna.. mcm tepung, susu etc.. and ade mcm2 factors lagi yg menentukan kejayaan roti gardenia..

    1. Mag

      In short Gardenia KK is giving a lousy product out here compared 2 Gardenia Semenanjung. We the local used 2 buy Gardenia bread but not anymore. Even an old man can state the lousiness of it. Ehmmm that’s why u will see Gardenia bread sitting around the shop collecting dust.

  9. Joshua Nirza

    wah..patut pon la kawan2 sy yg balik ke Sarawak ada yg bawa satu beg besar roti gardenia ni..tp bila admin ckp yg roti d sabah bbeza..baru terperasan…tp sy x minat sgt beli roti putih gardenia..kalau twiggies tu mgkn la..well utk sesapa yg pernah ke Sabah, atau org sabah yg berada jauh d semenanjung..kalau rindu nak makan kuih cincin, atau rindu dgn mutiara sabah, boleh la ke laman saya.. http://www.mutiara.azriey.com ….. saya bagi dengan harga semurah d Sabah..kos penghantaran sama rata RM4 je..

  10. shahrul reza

    hohohooo… sbb jenama roti gardenia d sabah.. roti putih jak… dats why ramai yg balik sabah beli byk2 roti gardenia yg harga 6posen tue.. ntah lpa da nma roti tue.. yg jenis kirim coklat, vanilla, and kek pisang.. kat sabah xdaaa…

    1. beba

      @shahrul reza saya paling suke yg roti bilis pedas tu jek..yg krim2 ni kureng sket…kek pisang! yes..haahhaa..kat mydin ade jual yang sedap punye..dlu pernah skali my MIL bawak balik sekotak kecik..saya roti putih pon bawak balik..tak pon roti yang butterscotch ke..tu pon best..

  11. Eno

    ko blk semenenjung la klu ko mau makan roti cedap2..memang klu org besa senang, susah cket pn merunggut.. ni la manusia ndak pndi bersyukur, nsb bek ALLAH bg makanan klu xde. ko nak makan pe??xkan batu kottttt..hu

    1. beba

      to eno,

      ko patut pandai beza antara merungut dan pendapat..and you’re right aku mmg balik semenanjung pon kalau nak makan roti GARDENIA sedap2…

      kalau setakat nak makan roti bun biasa2 tu kat beaufort pon ade kedai yang sedap..

      and kalau aku tak nak makan roti pon belambak lagi makanan yang aku boleh makan..kalau KO nak makan batu silakan lah…

      please don’t judge people easily and nak kondem orang jek…pikir dulu sebelum bagi komen…

      ko ingat kondem orang tu ALLAH suke ke? pikir la sendiri…

      aku tulis pendapat aku..kalau ko suke ko makan la..ko borong la banyak2..

  12. jfitguyz

    memang betul,kat sabah ni tak ada roti n bun yg sedap2 tu,coz sabah people prefer to eat rice than bread,resipi gardenia mmg sama,cuma perbezaan nya sebiji bun kat kl 0.60 aja,kat sabah RM1 sebiji,kan bagus mkn nasi aja?brg2 kat sabah mahal,gaji kecil lansung tak balance,sbb tula ramai rakyat sabah dtg keja kat KL.

  13. jfitguyz

    Betul ka Gardenia sabah tak HALAL???Bukan ke gardenia ni ada kat seluruh dunia.1 tak halal mcm mana pula yg lain???kalau semua tak halal kena uli tepung sendirilah ni..duii…susah juga nak mkn roti..semua roti gardenia kat sabah made n pack by machine,mcm mana pula bole tak HALAL??

    1. beba

      @gfitguys kalau roti kat bakery tu ade jek yang sedap..sy kalau balik beaufort slalu pergi kat satu kedai ni..dier ade jual tuna cheese sedap gile..hehe..

      part orang sabah prefer makan nasi ni mmg saya perasan..kalau kat mentua sy mmg makan nasi 3 kali gak sehari.. 😀 ..tapi family saya jenis yang more to mee, pasta and roti..nasi makan jek..cuma sekali sehari tu kira cukup dah..kalau kat rumah family sebuku roti putih jumbo gardenia tu sehari setengah bule habis..huu..

      as for barang2 kalau raw food rasanya tak byk beza pon..cuma makanan dah siap kat restoran ye mahal..and perabot gitu mahal gak..huu..rumah pon sangat mahal! (ni kalau eno tu bace mesti dier cakap suh beli rumah kat semenanjung jek..hahaaha..)

      as for halal tu..kilang di semenanjung and kilang di sabah lain..so every kilang kena ade sijil halal sendiri…and ada yang saya terbace katanya gardenia sabah punye halal cam diorang baru nak apply..? saya pon tak sure..rasanya maybe pasal ingredient yang digunakan..saya tak berapa ambil tahu sebab saya tak makan roti gardenia sabah.. 😀

      tapi kalau buat roti sendri pon bule gak..heehhe..lagi murah modal…tepung gandum, yeast, gula and garam etc ni takde la mahal..jimat duit..hehehe..

Comments are closed.