Bento untuk Alif di tadika. 

Baru 3 hari je sebenarnya aku start buat bento ni. Pada yang tak tau ‘bento’ ni sebenarnya bekal je. Hahaha. Nak ala2 hip sket pakai perkataan jepun ‘bento’ ni. Cuma bila sebut bento ni macam ala2 kita ade deco2 sikit la tak macam bekal kita dulu2 tu.

Ni semua datang dari orang jepun lah. Diorang suke deco bagi comel2 gitu. Buat2 characters la ape la. Tapi aku takde la mampu nak buat sampai gitu skali. Hahaha.

Dah lama jugak plan nak berbento tapi macam keep on tangguh2. Nak dijadikan cerita 3 hari lepas macam Alif request pulak nak bekal. Sebab aku memang macam da ade beli2 sikit barang2 untuk deco2 bento and the day before that aku sebat satu bento box kat daiso.

It was unplanned so aku buat yang paling simple and cepat nak buat sebab da lambat pon. Haha. Setelah panjang lebar intro aku pasal bento ni. Meh nak tunjuk my very first bento for Alif. Hehehe.

Tadaaa. Simple gile. Cuma grilled cheese + hotdog goreng + cookies chocolate chip nestum super easy kitorang + apple.  Boleh la kan for a first timer. 😀

Then the next day pon buat jugak. Dah alang2 mula. Hehehe. Teruskan je lah. Dengan harapan mak dapat beristiqamah buat bento untuk Alif. Hahaha.

Hari kedua aku just buat nasi goreng buduh2 je sebab ade banyak nasi leftovers. So menu untuk bento hari kedua tu ada Nasi goreng, ayam goreng kunyit, telur dadar gulung dan buah epal. On day 3 simple lagi. Cuma buat pancake sandwich je. Filling dia chocolate sauce home made and buah epal lagi..hahaha.. dah itu je buah yang ade..memang gitu la gamaknya.. Seminggu cuma satu jenis buah je kot.. :p

So far Alif happy je ngan bento dia. Dah macam excited pon ade dia dok tengok buku resipi bento yang aku beli memula dulu. Takde pulak buat post pasal tu..nanti buat..hahaha..mana tau kot korang pon tetibe nak berbento bagai. hehehe..

So itu je la cerita pasal bento Alif ni.. Sila la korang doakan aku ni takde la dok hangat2 taik ayam je..hahaha..sebab tahun depankan Alif dah nak masuk sekolah rendah. Kejap je masa berjalan kan?? Tu lah yang nak practice buat bekal tu. Ye la aku tengok sekarang ni gile mahal oiiii harga makanan kat kantin. Macam harga kat restaurant dah kekdah nya..Giloo.. so mak pon nak lah bagi bekal kat anak bujang dengan harapan dapat jimat duit and ape guna la mak ni jadi suri rumah kalau nak buat bekal anak gi skolah pon takleh..hahaha.. Useless hokayyyy.. Panjang pulak penutup ni la makanannya kalau orang dah lama tak update blog. Terbawak2 plak.. Ok.. Stop! :p

written by beba

Incoming search terms:

  • tadika kota kinabalu (1)

One thought on “Bento untuk Alif di tadika. ”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>