Category Archives: Alif

Alif Tukar Tadika Lagi…

Hehehe. Seperti yang dah ditulis kat tajuk tu, nak cerita pasal Alif’s first day at his new tadika. Kali ni Alif masuk Tadika ABS pulak. Tadika ni baru je bukak kat KK ni. Tapi kat semenanjung macam ade 2 tahun kot kalau tak silap.

Reason yang paling kuat untuk tukar tadika ialah tadika ni dekat lagi dari rumah and just a little bit cheaper banding ngan Little Caliph. Looking at the modules pon macam menarik jugak. Konsep bermain sambil belajar. Then macam ade modul usahawan ajar budak2 konsep berniaga and manage duit ke camtu. Ade kelainan sikit. Hehehe.

Aku memang takmo Alif kena buat homeworks and exams awal-awal sangat. Biarlah sok sekolah rendah baru harung and that is just less than a year je lagi. Hahahaha. Main lah puas-puas anak oii.

IMG_2896-0.JPG

Gambar first day tadika. Uniform tak dapat lagi plak. Kureng fefeeling mak anak first day of school. Hahaha. Balik rumah excited habis dia cakap kat aku ‘I really have so much fun at the tadika mak. This tadika is the best ever.’ Hehe. Kalau cikgu dia dengar mesti bangga cikgu. Hehehe.

Tadika ni mediumnya Bahasa Melayu, bagi Alif improve bahasa melayu dia pulak. 🙂

Alif bershopping Online?? [Oh my son!]

Haih..Alif..macam2..

Memula aku perasan sebab bile aku check email ade email from lelong.com.my kata that this seller confirmed my order..tu aku pelik..bile masa plak aku order ape2 lagi from lelong.com.my ni…dah la mende tu aku dah order..siap dah shipped dah status nye..aku dok ingat seller tu ke yang dok letak order.. -_-;

ohmyson- email from lelong.my

Mende yang diorder ialah seperti gambar di bawah…namanya Convenient Toy Storage & Cleanup Bag. Ada dua  warna. Nampak macam best je..tu yang try beli..harga baru RM13.50 dapat Free Shipping lak tu..hehe..so aku beli lahhh..

ohmyson- bekas simpan mainan

Berbalik kepada tajuk..so anak bijak aku ni dia order 2 kali..sekali tu rasanya salah order..sebab dia terorder yang warna pink..pastu dok order lagi satu..warna biru lak..haihhh…

Bile dia buat kerja order-order ni?…time aku dok tinggalkan dia main2 ngan Azri kat dalam bilik…bile pikir balik baru aku macam ‘ni mesti kerja Alif niiii’ gitu..aku tak sure macam mana dia boleh jumpe plak page nak letak order tu…tp memang aku bukak website lelong.com.my ni kat page account aku..and macam still logged in..huu..

ohmyson - alif bershopping di lelong.com.my

Dah jadi kerja aku la plak..dok PM seller and cancel the order…Seb baik seller cool je..huu…shopping kat lelong.com.my

So itu lah kejadian pagi ni…hehe…THE END.

Alif and RED..

Alif and his new best friend… RED

red - alif's new best friend

Alif kata Red ni cute..just like Little P..hehe..

Mana Alif dapat RED ni? Sudah tentu la dia mengepaw bapak dia… hari tu ayah Alif dok bawak dia pegi shopping groceries kat Giant..boleh lak dia nak beli mende ni..and biasa laaa..kalau ngan ayah memang Alif selalu berjaya mengepaw..hahaha..kalau ngan mak susah sikit.. :palif and red - makan bersuap

Punya lah baik tu..siap makan pon disuap kat RED…

As always..makanan kegemaran Alif..nasi ayam ngan milo panas… kalau bukan nasi ayam pon dia nak makan nasi with chicken soup..so macam lebih kurang je la tu kan…hehe..

Ok la..tu je short update untuk kali ni…

Alif dah pandai ber’wiki’ la pulak…

alif-berwiki

Ni lah aktiviti Alif bile dapat hijack laptop mak..huu

Aku pon tatau camne dia bule tau concept wiki ni..takde plak aku ajar dia ke pe.. tetibe tau je.. budak zaman sekarang kot..cepat aje.Lagipon sebab dia pandai baca kan..tu la lagi senang dia buat kerja dia..bukak Wiki hapal la segala characters yang ade dalam cerita2 tu..kadang tengok dia wiki power rangers la..tak pon transformers..

ni semua sebab mak dia restrict dia takle main plants vs zombies unless kalau dia dapat hijack laptop mak and bukak kat FB or dia main kat henpon ayah dia…as for Ben10 dia tengok kadang2 kat TV3 ke NTV7 ke ntah.. Astro aku mmg lock lagi channel Disney XD, Disney channel, Nickelodeon and of course Ceria..mmg takde la aku nak bagi dia tengok Ceria tu..penuh ngan budak2 meloncat2 menyanyi la ape ntah..tak berkenan aku tengok..huu…

Itu je lah.. 😀