Category Archives: alif

Chef Alif memasak..

Actually this was an unplanned activity for Alif, sebelum ni memang ada gak niat nak ajak dia masak-masak mende simple. So nak dijadikan cerita, few days ago on 6 oct haritu macam petang-petang dok lapo..malas plak tu nak buat ape-ape yang renyah ni..hahaha.. so tengok-tengok dalam tempat makanan macam ade sikit lagi roti. Jadinya mokcik decided to make egg toast je ngan cheese.  And tetibe macam terasa nak ajak Alif buat sekali..

Tadaaa..

aktiviti memasak dengan anak

Itu lah hasilnya. Aku tolong sikit je, bab pasangkan api letak minyak dalam pan. Pastu bagi instruction and demo lah sikit mana perlu. Bagi kat Alif crack the egg habis la separuh telur tu tumpah ke bawah je..huu..nasib la cukup je nak salut semua roti tu..hehehe..aktiviti dengan anak

Okay la for a first timer. Budak laki lak tu..hahahaa.. Aku dulu kecik-kecik mana reti masuk dapur..hahahaa..main masak-masak kat tepi longkang je potong-potong memacam jenis bunga-bunga warna warni mak aku..hahaha..lepas dah kahwin baru lah dok belajar nak buat gulai segala mak nenek makanan ni…hohoho…

p.s: Next activity for Alif, nak ajak buat Kek coklat microwave pulak.. ūüėÄ

Sukan tadika terakhir untuk Alif di Tadika ABS

Last lah ni sukan tadika for Alif..lepas ni dah masuk primary school.. heheh.. Perghhh.. tak sangka oiii.. besar dah anak aku.. lepas ni it’s going to be a whole new adventure for me and Alif too of course.. no more ponteng-ponteng, no more berlama-lamaan di Kajang ( T_T ) huuuu..

Okay enough about that..jadinya on 9th august haritu tadika Alif, Tadika ABS Kota Kinabalu buat acara sukan tahunan. Since Tadika ABS ni baru sangat lagi kat Sabah ni kat KK ade 2 je branches. Kat tadika Alif ni and kat Kinarut lagi satu. Kinarut tu ntah2 dah masuk daerah Papar ke aku pon tatau..hahaha..tapi tu je la yang terdekat. Ade jugak satu kat Beaufort and lagi satu kat Tawau kalau tak silap aku.

Dah la tu tadika Alif ade la dalam 20 orang students je kot..hahaha..jadinya sukan hari tu diorang gabungkan Tadika ABS KK and Kinarut, then Akademi Al-Quran ABS pon join skali..so ramai la gak. Event ni buat kat Gelanggang Futsal Yayasan Sabah.

sukan tadika ABS 2015

 

Banyak gak la acara sukaneka dia, antaranya baling tutup botol air mineral ke paper plate, kena bawak rubberband pakai straw besooo and then kena pass rubberband tu kat team member. Pastu mcm parents or sesape je la wakil kena angkat budak ke station and budak kena isi air dalam botol, then ape ek.. owh..balik bola kecik masuk dalam bakul..last skali acara individu, main rebut kerusi..

Team Alif JUARA! Yeay! Dapat lah diorang hamper..hehehe..and setelah habis semua nombor dipanggil last skali dapatlah kitorang hadiah untuk cabutan bertuah..hahaha..

Azri pula memang happy habis lah berlari-lari kat dalam court tu. Nasib baik jugak lah tukar venue. Sebelum tu plan nya nak buat kat pantai teluk likas tu..camne la agaknya nak contained bebudak ni kat open space gitu.. hehehehe…

sukan tadika ABS di gelanggang futsal yayasan sabah

Alif dan Azri bercanda di pasiran pantai gituu..

Semalam kitorang tetibe terajin pula nak pegi pantai. Rumah ngan pantai dekat jeeee tapi jarang bebeno pegi nye. Macam rugi kan? Hehehe. Ini pon first time lah Azri jejak pasir pantai sebenarnya.

Memang berjalan je Azri dok pusing2 kat situ. Hehehe. Rasa lain agaknya kat kaki dia tu kan pijak pasir pantai ni.

Abang dia plak si Alif dok berusaha buat sandcastle. Port dia jauh sangat plak dari air. Dah ulang alik ngambik air je. Last2 tak de la siap sandcastle nye. Hahaha. Lenkali kita datang lagi ye Alif.

Azri sampai2 je rumah. Melekap sekejap minum ngan mak dia. Pastu setel. Hahaha. Letih betul la tu berjalan kat pantai. Alif je tenaga berlebihan banyak betul. O_o;

Yang penting diorang happy. Hehehe. InsyaAllah kalau ada masa lagi boleh pergi lagi main tepi pantai. Hehehe.

Mak pulak sepanjang masa tu, lepak tepi je lah. Hahaha. Tengok bebudak main happy2.

Lamanya tak update blog. Hehee. Aku ni kena berusaha ke arah better time management ni. Hahaha. There was times when this blog was updated twice a day gitu. Gila lah. Hahaha. Nampak sangat boleh sebenarnya kalau nak. Bak kata orang dulu2. Nak seribu daya. Kalau tak tu memanglah memacam dalihnya. So ini je lah update dari Puan Beba. Aku harap the next update ni takde la lama sangat kang. Hahaha. Update simple2 pon aci kan? :p

Azri is 1 // Alif is 6 – Bumblebee Birthday Party

Alhamdulillah, Alif dah 6 tahun, Azri pulak dah masuk 1 tahun. Dah besar anak2 aku ni..hehehe.. Tahun ni kami buat sambutan hari jadi bebudak ni kat Kajang. Last time sambut kat Kajang masa tu Alif masuk¬†1 tahun duluuuuu. Lama kan..Lepas tu semua buat kat Beaufort for Alif’s 2nd Birthday and 3rd birthday and kat tadika Pasti¬†for 4th birthday and last year kat Little Caliph (belum buat post rupenye..hahaha..) plak. So this year since Azri dah 1 tahun ni kitorang buat kat Kajang pulak.

Manusia mampu merancang tapi Allah lebih tau ape yang baik untuk kita. hehehe.. Plan A kami tak menjadi. Eh..still sambut kat Kajang..tapi Plan A ialah nak jemput semua kawan-kawan sekolah or university kitorang and their kids sambut sekali. Nak dijadikan cerita En.Alif kita was diagnosed with HMFD. Huu…so takkan la nak jemput pulak budak2 kan? Jadinya terpaksa la kami last minutes message kawan-kawan untuk cancel jemputan. Sorry ye kawan2..

But majlis tetap berjalan, Plan B, Mak aku panggil geng2 marhaban dia..hehehe..So majlis hari jadi bebudak ni instead of sambut ngan budak2, kita sambut ngan nenek2..hahahaa..epic gituuu..tp alhamdulillah jugak lah..yang penting foods sedap, and licin..hehehe..semua pon hepi..

family picture - bumblebee birthday

Family picture kami..hehehe..Tema untuk birthday kali ni. Bumblebee. Bumblebee comel2 untuk Azri, Bumblebee Transformers untuk Alif. Mak ade la rajin sket dok buat goodies and DIY sket. Kalau rajin tengok lah kat post sebelum ni..kat sini: Bumblebee Birthday Decoration DIY.beeday-yellow and black

Food untuk Majlis Birthday kali ni macam kat bawah ni:

  • Laksa sedap terbaek meletop Auntie Ayong
  • Beef Stroganoff Fettuccine by Makcik Renamon
  • Chicken Chop (hasil usaha Makcik Kinah dan Nek Ngah)
  • Mashed Potato with Gravy by Makcik Renamon juga
  • Chocolate Tart by Nenek
  • Vege Salad with Lemon Mayo by Nenek
  • Jeruk mangga by Auntie Ayong
  • Yummy Creampuff by Auntie Dayah
  • Air sirap limau (tatau sape buat..hahaha..antara Pakcik Yas or Oyet)

Fuh..cukup kot..kalau ade tertinggal mahapkan saya..Thanks to semua yang dah bertungkus lumus dalam menjayakan Majlis Birthday kecil kecilan Alif dan Azri ni. Terutamanya Makcik Rina yang tak tido malam nak buat macam2..hehehe..

bumblebee theme birthday for alif and azri

As for the cake..Plan asal sebijik sorang..pastu downgrade ke sebijik kek buat 2 layers..In the end itu lah hasilnya dalam gambar tu..hahahaha.. Ape2 pon thanks to Makcik Rina and Makcik Kinah jugak yang tolong siapkan kek ni. Lain kali kena plan bebetul lagi and ape yang boleh order kita order! hahaha..