Project ‘Quiet Book’ for Azri and Alif..
Another felt project by Beba..ye haa! Hahaha.. Project ni dah lama plan and dah almost siap dah sebenarnya.. tinggal sikit je lagi, tapi barulah sekarang nak buat post pasal project ‘Quiet Book’ ni.. or some people panggil ‘Busy Book’ tak kesah la memanakan.. tapi tujuan quiet or busy book ni ialah to keep the kids occupied and to let them busy playing the book so that they can be quiet..hahaha.. Sesuai la dua-dua nama pon.
Like every project, kita start dengan planning dulu..initially my plan is to make 1 quiet book that contains 8 activities in it. 1 page 1 activity. Lukis buduh2 je plan pages activity ape and roughly how I want it to look like gitu.. Please forgive me for the bad handwriting.. hehehe..
Tapinya sejak aku start buat project ni and dok jahit-jahit tu, En Alif kita rajin betul duduk kat tepi sebok dok bertanya segala macam soalan, macam mana nak main lah, mak buat ape lah, ni ape ni mak etc2..poning mak melayan. Jadinya kang kalau buat satu je dah berebut pulak kot ngan Azri, kang da kecik hati ke pe pulak. So tukar la plan sikit. Jadinya buku tu nanti ade 2, with 6 activities dalam tu. So Mak kena tambah lagi 4 activities. meaning another 4 pages and another cover jugak. Bertabah lah mak..hahahaha..
Ok..panjang pulak cerita pasal planning. Lepas dah plan nak buat page ape segala ape ni kena lah gather all the materials. The most important material for this quiet book are the FELTS! Lots of colors..hehehe.. and yes..aku plan siap2 untuk page tu basic page is felt warna ape then for pokok daun semua tu..creatures and stuffs..agak2 je la berapa felt nak pakai and warna ape. Beads, ribbons, buttons segala mak nenek ntah ape2 tu..and sewing kit jangan lupa plak..jarum and benang macam2 kaler, gunting and etc..since before this pon macam dah berproject felt (project felt yang amik masa setahun nak siap..hahaha..bule bace kat sini :p) so most of the basic stuffs dah ade, dan jugak yang lebih-lebih felts sikit-sikit yang ade.
Tapinya kalau dah royan beli supplies berterbangan jugak la $$$$$.. hahaha.. semua craft supplies ni memang aku borong kat JajaKraf je..malas dah nak carik kat lain. Lagipon since dia pon based kat Tuaran je..jimat sket nak bayar tambang bendalah tu..hahaha..
Sakan mak shopping..hahaha..
Okeh..plan siap! Barang semua ade..Siap! Ape lagi..start la buat..hahaha..dalam post ni takde tutorial or apa-apa freebies, cuma nak share keroyanan and kegumbiraan makcik beba sebab macam agak berjaya dalam ‘almost’ menyiapkan quiet book ni. Sikiiitttt je lagi..tapi nak gak post kat sini..ahahha..nanti dah siap buat post lain plak.. hahaha..
Jom tengok pages yang makcik beba ko dah siap buat:
‘My NAME is’ page. Somehow aku rasa page ni buruk..ahahahah..tatau la ape yang tak kena..tapi dah malas nak tukar ape2.. kat page ni untuk bebudak ni supaya tau eja nama macam mana.. Alif of course la tau eja nama dia dah..tapi since dia duduk kat sebelah tengok je ape aku buat..so kena lah buat sekali untuk dia..hihihi.. Nasib baiklah nama anak2 pendek je..pulak tu share 2 huruf yang sama.. senang kerja mak.. just tambah huruf ‘L” and ‘F’ je untuk nama Alif. Beg poket bawah tu untuk simpan semua huruf-huruf tu kalau tak dilekatkan kat velcro strip atas tu.
Tak tau apsal buat Apple picking page padahal duduk Malaysia..maybe lepas ni patut buat page petik mangga ke, buah kedondong ke..hahahaa.. dalam page ni apples tu guna snap buttons kasi lekat kat pokok tu..and bushes tu act as poket jugak.
So far, this is Azri’s favorite page..bukan dia kira kay..dia berusaha nak masukkan beads tu dalam mulut dia..hahahaa.. page ni takde plak gambar yang dah siap rupenya..hahaha.. Kata Alif, jellyfish tu cute..
Bawah ni plak untuk aktiviti ikat tali kasut. Aku bagi Azri kejap, aku rasa dia nak masukkan kat kaki dia plak..hahaha..
Match the shapes..konon2 belon la ni ade bentuk..bear comel tu pegang belon..sebab ape buat camni. Actually sebab mak risau kalau mende ni dibiarkan loose nanti dia akan lost..hahah..
and lastly…page Alien..one of my fav page. I did have fun making this one. hehehe.. Alien suke makan cookies dan cookies pon mak kasi ikat dalam mulut alien tu..hahaha..
So currently kerja aku ialah to sew all the pages together, buat cover dia sekali and bukukan. Which nanti aku akan postkan camne end resultnya quiet book ni.. InsyaAllah target aku untuk siapkan dalam minggu ni jugak. Tak sabar nak siapkan..hehehe..
Oklah..itu je update untuk kali ni..
p.s: Owh..since hari tu ade member aku yang berminat ngan page Alien ni and request for template..InsyaAllah nanti aku sharekan kat blog ni dan jugak instructionnya camne nak guna template tu..
Recent Comments