semoga dia ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman..amin..

Petang tadi aku dapat berita yang opah aku (nenek sebelah ayah) telah pergi meninggalkan kita di dunia ini.

Pagi tadi dalam pukul 10 pagi lebih ayah aku call cakap yang opah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal. Before this pon masa aku kat Kajang ada opah dimasukkan ke hospital. Sebab demam and macam takle bergerak ke camne ntah. Lepas tu masa aku dah kat KK ni, mak cakap opah dah ok and dah pon keluar dari hospital. Tup-tup pagi tadi dapat berita yang opah masuk balik hospital.

Daripada update ayah petang tadi pon mengikut kata doctor memang opah macam dah tunggu masa jek and petang dalam pukul 6.15pm tadi mak call bagitau yang opah dah pon kembali ke rahmatullah pada pukul lebih kurang 5 minit ke pukul 6 petang.

First time aku rasa cam terkilan sangat sebab tak dapat jumpe opah sebelum dia meninggal. Memanglah kita tak bule nak duga kan perkara macam ni. Tapi yang buat aku terkilan sangat tu sebab last 2 weeks yang aku balik Kajang tu, memang tak sempat pon nak jumpe opah, padahal memang takde ape pon yang dibuat, cuma aku jadik patah kaki nak kemana-mana sebab Alif takde car seat and takde sape nak pegang Alif. Mak pulak masa tu busy ngan gubahan hantaran dier. Ayah ntah la..ada kerja yang dier nak selesaikan.

Memang selalunya balik Kajang mesti jumpe opah tapi dah takdir agaknya kan. Yang paling sedih bila aku terkenangkan kata-kata ayah aku beberapa hari sebelum opah masuk ke hospital yang pertama kali tu..ayah cakap ‘opah cakap dia nak sangat jumpa alif’. Tu yang buat aku rasa macam sedih sangat. :_(

Pada malam sebelum opah masuk hospital masa aku kat Kajang tu, memang dah plan dah nak pergi jumpe opah. Nak ajak ayah..tapi malam tu pulak ayah cakap dia ada plan lain pulak dengan mak ngah. Pagi esoknya tetibe dapat tau yang opah kena warded. Jadi sampai ke akhirnya masa aku nak kena balik ke KK tu memang takde rezeki nak jumpe dengan opah. Rupa-rupanya memang dah takde rezeki aku nak jumpa opah and kasi opah jumpa Alif.

Kali terakhir aku and Alif jumpa opah was masa Majlis Birthday Alif yang pertama. Kalau nak disesalkan pon tak guna, yang pergi tetap pergi. Semoga opah ditempatkan dengan mereka2 yang beriman, segala urusan dipermudahkan dan semoga rohnya dicucuri  rahmat… Amin. Kepada kawan-kawan semua jom la sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk opah..

opah akan selalu berada dalam ingatan dan doa kami..insyallah..

opah

opah

kali terakhir Alif bertemu Opah...

 

Tsuki no koibito..Takuya Kimura..I loike!! :D

Baru jek habis tengok cerita tsuki no koibito a.k.a moon lover. Cerita ni is the latest drama of my favourite actor of the lifetime.. Takuya Kimura!! yeay..hehe

tsuki no koibito a.k.a moon loverkat jepun pon baru jek habis..lama tak lama tu tak sure la berapa lama..baru awal bulan ni abes rasanya..hahaa..aku pon tengok stream online jek kat viikii.net. Kat site tu banyak gak la cerita jepun korea etc ni..hehe..kalau nak tunggu dvd ke kat malaysia ni tak pon nak tunggu masuk kat TV ke cam memang tak tengok2 la agaknya..

sekarang ni pon aku tengok cerita jepun and korea pon cam dah kurang kat Malaysia..skang ni belambak2 cerita dari Indonesia jek..and filipina..

Pasal cerita baru Takuya ni detailsnye:

  • Title: ????
  • Title (romaji): Tsuki no Koibito
  • Tagline: Moon Lovers
  • Format: Renzoku
  • Genre: Romance
  • Episodes: 8
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2010-May-10 to 2010-July-05
  • Air time: Monday 21:00
  • Theme song: LOVE RAIN ~ Koi no Ame ~ by Kubota Toshinobu
  • Kabira Jay as Mineoka Yasuyuki

Synopsis

Hazuki Rensuke, the President of Regolith, is determined to increase his company’s market share in the house furnishing business. His life takes a different turn when three women enter the picture.

Cast

  • Kimura Takuya as Hazuki Rensuke
  • Shinohara Ryoko as Ninomiya Maemi
  • Lin Chi Ling as Liu Xiu Mei
  • Matsuda Shota as Sai Kazami/Cai Feng Jian
  • Kitagawa Keiko as Onuki Yuzuki
  • Watanabe Ikkei as Kijihata Togo
  • Hamada Gaku as Maehara Tsuguo
  • Mikami Kensei as Koizumi Keiichi
  • Nishiyama Maki as Eruka
  • Mitsushima Hikari (?????) as Anzai Rina
  • Nakamura Yuri as Kasahara Yuki
  • Abe Tsuyoshi as Min
  • Nagatsuka Kyozo as Onuki Shogen
  • Nukumizu Youichi as Tokita Ikuzo
  • Takenaka Naoto as Maruyama Tetsuji

source: http://wiki.d-addicts.com/Tsuki_no_Koibito

aku first jatuh chenta ngan takuya kimura ni masa tahun 2000..ingat lagi masa tu kitorang tengah nak amik SPM, selama 2 tahun dok asrama takde TV..tetibe nak dekat SPM ada plak TV..pelik aku..haha..first time tengok takuya berlakon cerita Beautiful Life. Memang best sangat cerita tu..sampai sekarang pon dah banyak kali gak ulang balik tengok..hehe..

dia memang pandai la berlakon ni..and hensem jugak..hohoho…hensem..hensem..hensem..sangat hot..aku suke..haha..cam saiko jek bunyi..neway en.husband memang dah tau aku gile ngan takuya ni..sejak bercouple ngan dier lagi dier dah tau pon..and apa yang lagi best..dak p pon suke gak ngan takuya..tapi part hot tu tak termasuk la kot..hahaha..

bagi sape yang tak kenal takuya kimura kegemaran aku ni.. (eh..korang duduk kat planet mana ni?? :p) ni ada gambar2 hot en.takuya..silalah berkenalan ye.. 😀

takuya kimuratakuya kimurawohohoho..kay laa..tu jek..

lately cam mood kurang untuk mengupdate blog..and semalam baru jek siapkan template baru untuk blog hantaran kahwin mak aku..belum upload lagi..malam ni kot baru upload..siang2 ni ramai yang masuk..kang terkacau plak..so better malam2 karang..kurang sket orang.. 😀

pasni ada nak buat keja mengupdate website ‘client’ aku jap..dier buat static website..so kena la ada maintenance and update bagai..kena buka file and update code ni..kalau pakai blog lagi sonang..aku rasa sekarang ni blog cam wordpress ni macam2 dah boleh buat..bukan setakat tulis personal blog jek..sbb wordpress ni memang flexible and template based ni buatkan kita free untuk design camne pon laa..bercakap pasal tu..portfolio aku pon tak siap2 lagi..hahaah..ada lagi satu benda jek lagi tak siap..and tak pulak nak sambung buat..haha..kalau tak kejap jek tu..

kay laa..chioww…

 

busy ke malas?? :p

hehe..rasanya bulan ni memang cam busy tu ade gak..tapi malas pon ye gak..so dua2 la kot..sebab tu la cam jarang jek rasanya update blog..kalau update pon cam mengarut ntah ape2..hahaa..

tak tau la nak cerita pe..skang ni aku dalam proses redesigning blog hantaran kahwin mak aku..dah jumpe one template yang cun..tapi banyak gak kerjanya..sebab banyak gak feature yang takde..so aku kena tambah sendiri..

and rasanya sok or lusa pas dapat confirmation from my former bos, akan start untuk setup and design untuk blog dier plak..maksudnya tu kena stop dlu la wat untuk blog mak aku tu..hehe..tak pon hari ni bekerja keras siapkan ke.

woh..kan hari tu aku pernah cerita pasal nak beli celcom broadband prepaid tu kan, kat post ni: 2 hari tanpa internet.

hari tu balik2 jek dari kajang rupa en. anas dengan baik hatinya dah belikan untuk aku..hohoho..hepinya!! thanks dak p…

celcom broadband prepaid

credit: buysell.mypdacafe.com

nak amik gambar tak amik2..so google jek la gambo..hehe.. 😀

so skang ni aku tengah update blog di Kg. Klias Kecil menggunakan Celcom Broadband Prepaid aku yang baru!! 😀 banzai…hohoho..not bad la the connection..yang penting ade internet…ok laa..nak sambung wat kerja sket..

2 hari tanpa internet

spacebarkusayang…

2-3 harini spacebaraku buathalda…tengok la tu..tengokmood dierjek..kalautekanlembut2gini lahasilnya….

so kena la tekan kuat2..kadang2 sampai 2-3 kali..baru la ok..huu…susah btol kalau space bar yang rosak kan..huu..

spacebar

dak p balik kang nak suruh dier tengokkan space bar aku ni..actually dah 2-3 kali gak en. Alif dok mencabut spacebar laptop aku ni..tu la en.spacebar jadik rebellious camni..huu..

Hari terakhir di Kajang…huu…

hari ni la hari last untuk aku cari ape yang aku nak cari kat sini..esok dah nak gerak balik ke KK, flight aku kol 2.10pm sok..

balik sini aku tak tau la berapa ntah berat aku skang..hahaaha..kompom2 naik kat 2-3 kg agaknya…

 

pemakanan 2 minggu di kajang...

result duduk di kajang selama 2 minggu...

skang ni pagi jek bantai nasi lemak..pastu kang tengah hari makan lagi..kalau keluar pon macam2 gak makan..hoho..balik sok kompom kena ngan dak p ni..hahahaa…

tapi kalau jumpe orang lain dok kata aku kurus plak..haha..maybe kalau banding ke 6 bulan lepas aku gemok lagi la kot..hehe..

so hari ni plannya nak ke bangi (warta)..nak carik baju raya siap jek..hopefully jumpe laa kan…hari tu gi jalan T.A.R, takde plak yang cantek..yang berkenan di hati..huu..pastu nak gak singgah avon..nak beli barang sket..then kalau bule nak gi jusco..nak shopping2 sket…huu…

bile dah last minutes ni cam byk plak benda yang nak dibuat and dicari..padahal..masa awal2 sampai sini..dok terbelengkang jek kat umah..tido..hohoho…

 

tidur

tidur jek..makan..tido..makan..tido..

hadoi..buku pon tak beli lagi..hari tu gi MPH alamanda takde la plak buku..sket sgt choices nya…dah takde buku dah nak bace…tak sempat dah…carik kat KK jek la…huu…

kay laa..nak breakfast jap..perut dah longgar…asik lapar jek..hahaha..balik KK kompom kena D.I.E.T!!

 

diet

 

pic credit: google.com and nataliedee.com

Result ‘Happy Birthday to Me’ Giveaway!!

Setelah 3 hari delay (sila blame on streamyx :p) ceritanya ada kat post before this: Beba kembali bersiaran..akhirnya!!

so di announcekan result untuk ‘Happy Birthday to Me’ Giveaway!!!

Untuk dapatkan result giveaway ni aku menggunakan khidmat random.org jek..mudah and simple..hehe…so inilah yang telah digeneratekan oleh en.random…

random.org

dan pemenangnya ialah..*drum roll*

pemenangnya...

 

peserta bertuah n0. 04 !!

http://ibuhadif.blogspot.com/2010/06/happy-birthday-to-me-giveaway.html

so..kepada Mrs. K, sila email to me your name, alamat, no.hp and design camne yang awak nak for your personalized mug..just tell me the details cam warna etc..and kalau ada gambar yang nak diletakkan please attached sekali in the email kay.. 😀 my email: beba_anas [at] yahoo [dot.] com..

Tahniah to Mrs. K… 😀 and sorry to all sebab lambat sangat keluarkan result ni..

okeh..nak siap2 gi umah nenek di beranang..gi makan gulai tempoyak..hohoho…bestnya..