BlogBook #2 Siap!

Ingat tak lagi last time aku post pasal Blog Book ni. Alah, yang aku print blog posts dari blog ni jadi buku tu? Buku pertama yang siap tu ade aku cerita kat post ni: Blog To Book #1

Hari ni aku nak bagitau yang BlogBook #2 dah pon siap diprint. Hihihi.

blogbook2- medium potrait photobook softcover

Kali ni warna Soft Pink pulak. Kalau dah semua hitam je, nanti boring la pulak kan? So aku decide nak buat dia warna warni. Layout dalam dia aku guna style yang sama je macam buku yang lepas. Malas nak fikir..so maintain je concept yang sama. Ada la nampak macam ade kesinambungan gitu kan.. Mihmihmih.

So cam gini la lebih kurang a few pages from the blog book.

blogbook2- inside of the book blogbook2- inside layout

For BlogBook #3, insyaAllah akan diusahakan secepat mungkin. Hahaha.. Voucher ada lagi satu yang expiry datenya bulan 8 nanti.

Kalau ada yang belum tahu lagi and nak tahu aku print kat mana mende alah ni, aku print guna servis Photobook Malaysia. Buku ni namanya  8″ x 11″ Medium Portrait Softcover Photobook. But instead of buat photobook, aku buat blog book aku ni lah. Hehehe. Kalau beli time promo dia murah je. 1 buku 40 pages cuma RM29.90 je. Harga sebenar boleh tahan gak sebenarnya. Hahaha.

Seronok tau baca tulisan kita sendiri dalam buku. Hahaha. Lagi-lagi cerita-cerita lama..tergelak-gelak baca sebab kelakar..hahahaha..ntah ape-ape je kadang tulis time muda-muda dulu..hahahaha.

Okay la. itu je buat masa ni. Nanti bebila aku cerita lagi.

Hadiah Hari Guru 2016 – Alif darjah 1

Tahun ni ramai pula cikgu-cikgu yang nak kena Mak sediakan hadiah. Hahaha. Time tadika dulu ada la berapa orang je cikgunya. Kali ni hari guru berbelas terus kena buat. Adeh. Jadinya terpaksa la mak letak bajet rendah je untuk hadiah Hari Guru tahun ni.

Mula-mula aku tanya Alif, who is your favorite cikgu? Ada la dia sebut few names, lepas tu aku tanya la lagi, Alif nanti nak bagi hadiah hari guru kat berapa orang cikgu ni? Aku cakap kat dia, nanti Alif bagi mak list nama-nama cikgu yang Alif nak bagi hadiah.

Sekali kaauu..panjang list dia. Hahaha. Termasuk la cikgu sekolah pagi ngan petang.

Aku browse kat Facebook macam nampak katanya cikgu-cikgu ni suke kalau bagi pen ke atau apa-apa la alat tulis ni sebab dah diorang pon memang kena beli pon. Banyak nak guna. Jadinya since mak nak kerja senang, Haa, bagi je la ball pen biasa warna merah, hitam ngan biru.

hari-guru-2016 - idea hadiah hari guru

Kalau pen je kang boring la pulak kang. Haha. So aku buat je la Brownies Sedap Senang aku tu, and pack cecantik sikit nampak menarik. Bekas tu dan red polka dots wax paper tu aku beli kat Daiso. Dan untuk personal touch dari Alif, aku suruh dia buatkan kad ucapan Hari Guru untuk cikgu-cikgu dia. Simple je. Aku potongkan kertas A4 kepada 2 bahagian then lipat kat tengah and suruh dia tulis. Aku bagi la satu contoh ape dia nak tulis. Then bagi dia stickers macam-macam bentuk tu, suruh dia lekat je ikut suka dia. Hehehe.. Setel.

Ok kan? Lepas tu just assemble je la macam gambar kat atas tu. Final look dia. Senang Alif nak bagi kat cikgu-cikgu dia.

Harapnya cikgu-cikgu suka. 😀

Blog To Book #1

My ‘Blog to Book’ project or BlogBook for short dah pon siap! Yeay. For this first book cuma muat untuk sumbat post dari Jan-July 2008 je. huu.

blogbook

Memula tu ingat ke macam just a simple copy and paste job je gitu, hahaha. Tapinya lepas tu kena susun elok-elok sikit then nak bagi nampak macam takde la boring sangat so macam every pages tu ada lah kelainannya sikit. Post lama-lama dulu yang bagusnya banyak takde gambar. Hahahaha. Kalau sekarang ni takle imagine mana nak kena save gambar and nanti nak susun pula gambar tu dalam blog book ni. Adeh.

What have I gotten myself into. Hahahaha. Since dah mula rasanya takkan la nak stop ye dak. Cuma nya mungkin progress akan agak slowlah. Banyak sangat dalam kepala otak ni semua nak buat. But being me, when I am overwhelm jadi lagi tak jadi kerja nya. Hahaha.

So it will take a while before I am going to post about BlogBook #2. Mihmihmih.

Bagi sesiapa yang nak tau mana aku print buku ni, meh nak bagitau. Aku print dengan Photobook Malaysia. The trick is to buy their vouchers bila ada promotions. As for this type of photobook, it is a medium portrait softcover, kalau beli time promo cuma RM30 je.

Best juga tengok apa yang ko tulis dalam bentuk buku. Hehehe.

Quiet Book for Baby Maisarah

Kali ni aku cuma buat busy book/quiet book yang simple je. Ala mini busy book la kiranya, untuk anak buah aku Si Maisarah.  Baby lagi pon.

For this busy book aku buat ada 6 aktiviti. Takde la aktiviti mana pon. Hahaha.

  • Twinkle twinkle little star page. This page cuma ada moon and stars je gitu. Boleh la kalau nak nyanyi ke sikit. Hahaha.
  • Under the sea theme pages, which includes swimming with the fishes and the cute little jellyfish.
  • In the garden theme pulak, boleh main tarik-tarik carrots and ada rama-rama jugak.
  • And lastly number page. 1-4 je with beads.

Yang buttons and beads tu memang jahit banyak2 kali punya, insyallah kalau Si Maisarah tak berubah jadi Hulk ok je tu..hahahaha..

So inilah dia gambar hasil busy book Mak Beba yang tak seberapa. I hope she enjoys it.

busy book for baby - cover pagebusy book for baby - twinkle star page busy book for baby - under the sea page busy book for baby - in the garden pagebusy book for baby - number page

‘Blog to Book’ Project

Assalamualaikum and hi all, another update from me! Yay! Tiup habuk.. fuh fuh.. hahaha..

blog book projectSo another of my project yang belambak2 semua nak buat tapi tak terbuat..hahaha.. Actually memang dah lama dah nak buat membuku kan blog post kat blog ‘Habibah & Anas’ ni.. baru-baru ni je macam tergerak hati nak mula kan. The reason is sebab tengok offer yang takleh nak di tolak-tolak lagi dah..hahaha.. Tadaaa..

Erk.. RM 30 je oi untuk 8″x11″ softcover photobook ni! Terpaksa la beli..hahaha..kalau nak beli baik cepat sebab aku dah lambat actually buat post ni..hahaha..hari ni last promo ni.. harap-harap nanti Photobook Malaysia up lagi lah promo ni lagi..banyak kot post nak convert to book ni..buat masa ni mak rembat 2 biji je dulu.

Dah copy and paste post dari mula nya blog ni on January 2008 sampai Jun 2008..tapi tu pon macam dah nak penuh quota 40 pages..huu..kena tambah pages la gamaknya kot..kononnya plan tu nak buat satu buku for satu tahun..tapinya maybe jugak untuk tahun-tahun yang pemalas gila nak update blog tu kena la combine la kot maybe 2 tahun satu buku ke…

Simple je designnya..just monochrome gitu..buat black and white saje and of course untuk post yang ade gambar tu berwarna lah disitu.. Baru 3 pages yang dah siap designnye.. hahaha..

blogbook projectSebenarnya macam ada berbelah bagi gak la perasaan tu samada nak buat hardcover book or just softcover je..tapi lepas buat kira-kira congak sikit..rasanya pakai softcover portrait photobook pon dah ok dah kot..

Project ni still ‘in progress’ tak sure la bila siapnya..hahaha..tapi yang pastinya voucher expired bulan 4 tahun depan..jadinya sebelum expired la kan…okay lah..itu je.. Azri dah marah-marah dah tu..huu..

Quiet Book for The Kids – Siap!

Alhamdulillah..siap ponnnnnn quiet book saya ni..last time buat project felt sampai setahun baru nak siap..hahaha..kali ni macam bagus la sket kan..

Secara keseluruhannya saya sangatlah berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya ni.. hihihi.. takde la kemas mana, newbie la katakan..tapi boleh tahan la kan.. So kat bawah ni lah rupa quiet book or busy book no. 1 bebudak ni.

quiet book for kids - cover page

Untuk front cover aku buat simple je..cheat habis lah..hahaha.. dan aku tak guna felt untuk cover page but PVC sheet instead. Sebab ikut pengalaman aku yang lepas dengan buku felt ABC yang amik masa setahun ni buat tu cover dia memang berbulu lah tapi bahagian dalam elok je felt tu tahan. Sampai sekarang pon ade lagi sihat walafiat buku tu whereas buku-buku Alif yang lain banyak dah yang koyak segala..hahaha..  kertas kan.. felt ni nak koyakkan pon takleh..quiet book for kids - back cover page

Untuk back cover pon sama juga pakai PVC sheet, mak kena la sign sikit kan kat belakang tu.. hehe.. gambar bawah ni overview of pages yang ada dalam Quiet book ni.quiet book for kids - inside pages

And lastly kat bawah ni tiba-tiba mak mengada nak letak video pulak kan.. jadinya video bawah ni just nak tunjuk pages tu jugak. Silalah tengok ye. Maaf lah kalau pening tengok sebab bergerak-gerak camera nya.. Nanti nak beli mende alah pemegang handphone tu lah. Boleh la nanti buat tutorial ke pe pulak..hahaha.. macam-macam la benda aku nak buat kan.

Panjang pulak menceceh..enjoy the video ye..