King Alif of Penyuland~

king Alif of Penyuland

Amacam rupe King Alif…bukan prince ye..King ni..kate Alif la..” I’m King Alif! “.

The day before dia dok datang kat aku pastu tetibe dok cakap:

“I wish I have a crown”

Maybe ade la tu cerita tv yang dia tengok kat Disney Junior tu..cara cakap tu cam kesian la pulak kan..so aku pon keluarkan la segala tools aku tu then buat la satu crown untuk King Alif kita ni…pakai kertas jek pon..

King Alif's crown

aku nampak crown ni 2 hari jek..pastu skang ni tak tau la ke mana nye dah crown ni..hahaha..

Gambar Keluarga di Pelamin DIY Adik Aku (2 hari selepas Majlis)

Gambar from Official photographer cam belum ade kot..kalau kamera sendri tu ntah la..rasanya adik aku si Kichi ade dok amik gambar hari tu..but tak sempat plak nak tengok..hehehe..gambar ni kitorang amik before kitorang ke airport..yo laa..dah nak kena balik ke KK kan..kejap jek kat sane..ape pon tak sempat nak buat…huu…

gambar family depan pelamin

mak and alif posing depan pelamin diy

pelamin kitorang adik beradik sejak dari aku kawin dulu lagi memang DIY jek..sebab ayah aku cam tak berapa nak suke ade pelamin..but bagi kitorang yang lain kalau takde pelamin tu cam tak best jek..mana plak pengantin nak posing2 and nak amik gambar family segala..takkan la background  hodoh jek kot..ye tak?

pelamin DIY ni ala2 kira hasil usaha mak aku la..dia yang beli segala barang2nye..and time mendeco nye plak pukul 4 pagi hari majlis kendurinye..hahaha..platform tu mintak tolong suami kak yanti (pembantu mak seminggu sekali kemaskan rumah) buatkan..untuk backdrop kat belakang tu adik aku pakcik yas yang dok paku pepagi buta and staplerkan kain backdrop tu..kain kuning tu cam kain lama mak aku tak pernah gune..rasa cam cun plak letak gitu..cam ala2 pemanis la kot.. :p

bunga2 tu fresh flowers..lama gak tahannye ek..and mak aku la yang dok menggubahnye..seperti biasa~~

kerusi tu murah jek mak aku beli kat cavenzi..harga dah campur penghantaran ade la dalam RM170++ ke berapa ntah..lebih kurang la..lupe plak aku..

sumbangan aku kat pelamin ni? hehehe…sket jek..aku dok jahit crystal2 kat kerusi tu and cushions, then angkat2 and tolak2 ape yang patut..juga tukang memberi komen tak rasmi.. :p

panjang plak cite pasal pelamin DIY kahwin adik aku ni…heheheh..tu jek la kot..lastly just nak letak gambar Alif time atas plane jek..

alif reading his "map"

hobi Alif tiap kali naik kapal terbang..bile duduk jek nampak benda tu dok cakap “It’s my map!!”. Map la sangat kan..hehehe..tapi aku layan kan jek laa..suh dia bace..makin lama cam makin terer gak la Alif membace..last picture of the day~~ :p

Alif tengok luar tingkat kapal terbang

Melayan ‘Dejavu di Kinabalu’ kat Tonton

Owh..aku dah terjebak plak dok tengok cite drama Melayu..hahaha..first tertengok cite ‘Dejavu di Kinabalu‘ ni masa kat umah Kajang..tengok cam best la plak kan…pastu dok iklan la plak kalau dah missed any episodes ke ape ke bule tengok kat TONTON…so itu le keja aku 2-3 hari ni.. :p

dejavu di kinabalu

Citer ni cam nice gak laaa…and cinematography ke ape orang kata tu..mmg cantek..sedap mata memandang la kiranya..cite pon not bad gak la..walopon kadang jiwang nye semacam..hahaha..and rasa cam ade sket persamaan jek cite ngan cite Korea yang mak aku pernah tengok dlu2..kalau tak silap tajuknye ‘Summer Scent’..samenye cam dari segi: mamat sorang ni kekasih hati dah meninggal then cam donate jantung and the receiver tu pompuan plak (kalau lelaki tak jadik cerita kot.. :p )..then ditakdirkan diorang berjumpe..and mamat ni tengok awek ni cam ade persamaan plak ngan kekasih hati lama dia tu..dari segi perangai or habits..and cam ala2 tersuke la plak kan..yang awek ni plak..sejak dah terjumpe ngan mamat ni dok asik jantung berdegup2 la plak laju2 every time mamat ni dekat2 ngan dia..so nak dijadikkan cerita awek ni dah ade yang punye…

gitu la ala2nye..panjang la plak kan…skang ni kat tonton dah ade sampai episode 8…

So untuk Sinopsis cite ni adalah seperti di bawah:

Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar (Aqasha) masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira (Tiz Zaqyah) yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra (Sharifah Nadia). Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir (Mior Mohd), seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Kuantan, Pahang. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Innara (Aishah Ilias) masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Holiday Villa milik keluarga Bazli (Nazim Othman) iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzma (Rebecca Nur Al Islam) yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Innara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Dejavu_di_Kinabalu#Sinopsis

Okay la..nak gi buat kerja..ade order baru untuk WordPress Blog Makeover plak kali ni..gi carik idea jap..heheh.. :p

p.s: cam terigin nak memakeover blog sendri gak..dah lama kot pakai design yang ni..tunggu ada masa nnt.. 🙂

Umurku bertambah satu angka lagi~~

Wahh..dah lama gile kan aku tak update blog ni..mesti korang pon dah malas nak bukak blog ni kan..asik2 tajuk yang same jek hari2.. :p hehehe..tapi bulan ni pon memang aku cam ade busy sket..ade job buat online shopping cart..and on 14 jun hari tu kitorang balik ke Kajang untuk majlis kenduri kawin adik aku sebelah kitorang… 🙂

First time kat blog ni aku memperkenalkan adik ipar baru aku..namanya Siti Nuraini..but panggil nye Ayong jek..

adik ipar baru ku~~

Yang kat tengah2 tu ye…time kawen diorang kat Kedah tu kitorang tak dapat pergi..ye laa..gap cam agak jauh gak..9 jun and 23 jun..so kena la pilih majlis kat rumah sendri kan..tak tido malam la jugak kerjanye..heehhe…

So skang ni mak aku dah ade 2 orang menantu dah la..2-2 pon orang jauh..hehe..sorang orang sabah..lagi sorang orang kedah..disebabkan majlis kahwin diorang same plak tarikh ngan birthday aku so the next day tu baru la kitorang gi bermakan2 kat Wong Solo, Kajang..

Kat Wong Solo ni cam glemer ayam penyet nye la kot..tapi memang best pon~~~ tapi kalau ayam dia lagi beso mesti lagi best..

menu wong solo

tapi gambo makanannye takde..sebab dah kelaparan sangat..terus ngap jek..hahaha…actually ni la kali pertama aku dok merasa makan ayam penyet..sebelum ni cam dengar2 jek orang dok sebut2 ayam penyet, ayam penyet ni…and ramai dok kat kat Wong Solo ni memang sedap kalau makan ayam penyet dia…and aku agree la ngan diorang2 tu..memang sedap pon…sambal dia la terutamanya..terasa pedasnye..hehe..

birthday cake cheeze choc secret recipe

birthday girlnye dok posing ngan kek.. :p my favorite…cheeze choc cake..

potong kek dengan anak

time nak potong kek ni Alif pon dok sebok sekali nak join potong..so kitorang pon potong la sesame..takde la segan sangat dok kena potong kek ni kalau anak pon join sekali..hehe.. :p

semua pon ade malam tu..kecuali adik aku si renamonte tu jek..sebab dia dah kena balik Dungun. So ni la antara gambo yang ade..

mokcik dan pengantin baru..

gambo ni kalau mak tengok mesti dia protest ni..hahahaa..

pakcik yas and ayah

pakcik yas ni la yang paling bertungkus lumus sekali time kenduri kahwin hari tu..memang cam tak nampak dia dok berehat..asik bergerak jek..

family picture

and ni lastly..family picture kitorang~~ Alif tu gaya amik gambo dalam keadaan terpaksa tu.. :p

Ok ler..tu jek..letih dah menaip ni..haahha..cam ala2 dah lama tak menulis la..letih menulis..ni letih menaip..heheh..

“Ladies and gentlemen~~ (intonasi cam orang wat persembahan tu)
I’m magician Alif,
My first trick is to make this tool box disappear..
Abracadabra Kazam!!” (sambil menghayunkan ‘magic wand’ ke tool box)

Read more