Al-kisah kalau orang yang kaki saiz standard rakyat Malaysia mesti senang hati je kan, masuk kedai-kedai kasut, capai kasut kat shelf display and sarung je. Or kalau tak pon just bagitau saiz and penjual tu nanti akan bagi kasut and boleh test.

But not for me. Not that easy. Kalau masuk kedai kasut yang tak pernah masuk tu memang soalan pertama aku tanya. ‘Apa saiz paling besar ye kat sini?’

The normal answer would be size 9. Dan berlalu la Acik pergi sambil berhuhuhu selepas memberi senyuman dan ucapan terima kasih kat si penjual. Sebabnya kaki aku ni ala-ala cinderella, cuma opposite je. Hahaha. Dia punya kaki super kecik. Aku ni super besar. Haha. I’m wearing US size 10 or EU size 41 or kalau kat UK sedap sikit hati tengok saiz tu, Saiz 8..hehehe.

Then kalau ade pon yang saiz 10 ni, bila ade je yang berkenan di hati. Mesti akan dapat jawapan ‘Maaf, design ni ada sampai saiz 9 je’. Dah kalau 3-4 design ko tanye takde saiz takkan ko nak lagi cari kan. Sakit hati acik tau. Huu..

Sebelum aku ada anak aku still pakai saiz 9, jadinya takde masalah, but somehow the pregnancy process telah mengembangkan kaki aku dan tidak berjaya mengecik balik lepas aku beranak. Hahaha. Nasib baik la walaupon anak dah 2 masih lagi kekal di saiz 10.

Panjang pulak mukadimah makcik sorang ni kan. Hahaha. So back to kisah beli sandal online ni. Aku beli kat website Zalora. Aku tau dah lama dah Zalora ni wujud, tapi barulah tetibe macam sampai seru nak beli kat Zalora ni.

Sebenarnya, memang dah lama gak aku nak cari sandal baru, sebab sandal lama macam dah nak putus dah. Iye la, dok lenjan satu tu je. Hahaha. Ntah macam mana ntah tetibe tercari sandal online..then macam termasuk la pulak kat website ni.

And sebab ade filter elok siap kan. Senang lah terus awal-awal filter saiz. Syukurrrr ade rupanya sandal yang saiz 10 ni. Hahaha..pulak tu ada pulak la Sale bagai. Tak ingat la aku Sale ape. Tapinya memang banyak la sandal yang murah. Personally I love to wear wedges. (Bukan potato wedges ye. hahaha.) Kalau yang ade platform lagi best.

Ha..boleh juga filter type of kasut ngan warna sekali.

Jadinya..setelah aku browse segala wedges sandals yang masih available tu, aku pilih 2 pasang. Ye lah kan. Bukan senang nak dapat saiz 10 ni. So.. TA DAA..

firsti-time-online-shop-with-zalora-pink-black-wedges

Satu black, and satu lagi pink yang tak berapa nak pink la kot..pink belacan maybe. So far so good lah. Tapi yang paling aku suka yang pink tu. Selesa pakainya. Walaupon dia lagi tinggi dari yang hitam tu. Bertambah la ketinggian aku kat 5-6 inci ke gitu kot. Hahaha.

firsti-time-online-shop-with-zalora

It comes with the box macam ni ha. Bule la tahan ada kemek gak kotak tu dikerjakan orang pos. Hahaha. But takde la effect barang dalaman. Cuma bila aku dok teliti dua-dua wedges tu memang ade la macam kurang puas hati sikit.

Yang sandal pink tu macam ade siikittt terkopek tu ha macam dalam gambar..ade yang putih sikit tu. Tak tau la kenapanya. And the zipper for the black wedges macam ade payah sikit gak la nak zip and unzip. Not smooth gitu. Macam ade kena betul lah angle nye. Kalau tak payah sikit.

But all in all. Takde masalah lah. Owh pasal harga. Sebenarnya aku lupa berapa. Tapi yang pink ni macam kalau tak silap RM49+ and yang hitam tu mungkin laaaa 60+ kotttt.. lebih kurang. Hehehe.

Okay..tu je lah cerita shopping aku kali ni. Hahaha.. Thanks En. Laki. 😀 Hihihi.

Kot korang nak try gak shopping kat Zalora, boleh la gi website diorang. Click je kat link ni.

written by beba