Tag Archives: rafflesia medical centre

En. Azri masuk hospital sebab jaundice.

En. Azri kita was admitted at Rafflesia Medical Center for jaundice treatment. Kesian dia.. Abang Alif dulu kena gak kuning, tapi rendah je so tak kena tahan.

So gini lah kisahnya:

//11.02.2014

Hari ni nenek Kajang sampai KK nak tengok Azri. Tapi sampai2 je nenek kata macam tinggi je jaundice Azri ni..Tak tau la macam mana kitorang tak perasan kuning dia tu. Bila aku tengok balik gambar baru macam ‘Ha ah…nampak kuning muka dia’.

Azri si budak kena kuning

See…kuning kan?? Weird macam mana bule tak perasan..huuu..sebab mata tu dah selalu tengok dia macam rasa nampak ok je ke? Ataupon macam memula kuning dia macam sikit je then macam terus naik tinggi ke gitu..tak tau lah..Apa2 pon lepas tu terus siap2 cepat2 and keluar pergi RMC. Memula ingat ke nak tanya doctor masa appointment Azri petangnya kol 4 tu..tapi mak aku cakap terus pegi sekarang.

Sampai sana diorang just amik darah and kata boleh balik dulu. Dia kata esok nanti diorang call katanya bagitau result. Tapi dalam pukul 4pm gitu RMC call kata suruh datang sana, sebab bacaan Bilirubin Azri tinggi,  392 to be exact.

Jadinya dia kena tahan kat wad kena duduk bawah lampu tu. Memula memang ingat nak room-in, tapi in the end lepas ade nurse ni cerita and explain, rasanya macam better just to leave Azri kat nursery je, so that dia bule duduk bawah lampu tu as long as possible supaya cepat turun kuning dia. Rasa sayu gak nak tinggalkan budak kecik tu sorang2 tapi nak buat camne..nak baikkan..

Malam tu dak p pegi lagi tengok Azri and bawak EBM ape yang ada untuk Azri. Aku tak pegi dalam pantang tapi macam dah tak pantang..hehehe..

jaundice -bawah lampu UV

//12.02.2014

Hari semua gi melawat Azri dalam tengah hari gitu. Dapat jumpe kejap je…sempat la BF kejap. Aku pon time ni tak pro lagi bab latching. Kesian dia kena tutup mata je seharian. Tapi kelakar pon ye gak tengok dah gaya macam pakai sunglasses gitu..hehehe..

azri-jaundice - pakai sunglasses

Pastu balik lah..sebab nak masukkan balik bawah lampu. Azri still takle discharge sebab bacaan still tinggi lagi, 243. At again malam tu Dak P lagi pergi jenguk Azri and bawa EBM gi sane.

//13.02.2014

Alhamdulillah..tengah hari tu kitorang pegi lagi tengok Azri bacaan ‘bilirubin’ dia dah turun ke 176. So diorang kata dah boleh bawak balik.. 😀

azri dah kurang jaundice

memang berbeza kulit dia lepas dah kurang kuning ni..nampak glowing gitu..hehehe..Azri ni lagi cerah dari abang dia.. Alif dulu masa dalam hari agak coklat la jugak. Aku dok bajet ke ikut warna ayah dia..hehehe.. tapi lepas botakkan kepala dia tetibe jer macam berubah jadi cerah..hahaha.. agak pelik gak lah… :p

Ok lah..panjang dah cerita..lenkali sambung lagi.. hehe..

Alif, Aiman dan Pakcik2..

gambar-gambar ni ambik before nak hantar pakcik ubi en. alif balik ke KL. Kitorang sume pergi makan2 kat Restaurant Choice kat-kat ngan Rafflesia Medical Centre, tempat Alif lahir dolu..Sedap woo briyani dier..tapi harga pon tetap la sedap jugak..thanks to Kak Asiah a.k.a Anong sebab belanja kitorang makan kat situ..hoho..

Ni gambar-gambar la kegembiraan masa kat Restaurant Choice tu…

Alif, Aiman dan Pakcik2...

Alif, Aiman dan Pakcik2...

Apsal gelak2? Alif tak tau..Aiman tak kesah...

Apsal gelak2? Alif tak tau..Aiman tak kesah...

Aiman bersama mak dan ayah

Aiman bersama mak dan ayah

En. Aiman Si Boolat...

En. Aiman Si Boolat...

Lepas makan2 sume ni, secara ringkas nya…hantar pakcik ubi gi terminal 2, tengok drama swasta sedih antara mereka2 yang nak berpisah (susah ek dok jauh2 ni..mesti la pakcik ubi rindu sesangat ngan En. Aiman nnt).

Pastu gi Centrepoint, then balik umah..

Rasanya aku cam tak pernah plak bercerita pasal En. Aiman kita ni kan..dak Boolat ni cousin En. Alif, satu batch cuma En. Aiman keluar lambat sket..bulan September kalau tak silap. Masa Aiman lahir ada En. Alif datang melawat..tapi aku tak sempat plak nak postkan gambar2 tu..huu..

Kalau bertanding berat dan kebulatan mmg Alif dah jauh ketinggalan..hahaha..Aiman skang ni 4 bulan, berat kalau tak silap aku dah 8kg da mak dier cakap…En. Alif yang slim ni baru jek 8.5kg kot lagi skang ni…tapi En. Alif menang tinggi laa…hehehe..

mengikut kata nenek sabah En. Alif, ayah Alif dolu pon cam dier gak la…selim jek..tak gemok2..tapi tengok skang bapak En. Alif dah boolat…hahahaha.. :p

Incoming search terms:

  • aiman (15)