Tag Archives: alif 6 tahun

Puasa Reward Chart untuk En. Alif

Tahun ni saja je nak konon-konon galakkan Alif berpuasa, jadinya Mak saja je lah buatkan Reward Chart puasa ni untuk dia.  Setelah di setupkan elok-elok kat pintu peti ais, gini la rupanya. 😀

reward-chart-bulan-puasa-02 reward-chart-bulan-puasa-03

Siap letak lagi niat puasa dan  doa berbuka puasa.

Disebabkan aku tak de beli kertas sticker, jadinya pakai je lah double sided tape untuk lekat kan stars ni. Boleh la kan.. Asalkan melekat. Hahahaha.

Reward chart sticker stars

Lepas tu dah gunting segala stars tu elok-elok, aku kumpulkan letak dalam satu paperbag. Just buat je satu guna kertas A4 gak. Then gantung je sebelah chart tu. Macam gambar yang mula-mula tu.

Kat bawah ni gambar sebelum dipotong-potong.

reward-chart-bulan-puasa

Untuk stars dia tu, aku buat 2 saiz. Satu kecil dan satu besar. Kiranya kalau puasa penuh dapat la Star besar, kalau puasa sekerat hari dapat star Star kecil je lah dan kalau langsung tak puasa tak dak la star kan.

Just untuk introduction puasa je untuk Alif ni. Bagi nampak macam interesting sikit untuk dia. Tak sure la ape reward nak bagi. Hahaha..

Alif Tukar Tadika Lagi…

Hehehe. Seperti yang dah ditulis kat tajuk tu, nak cerita pasal Alif’s first day at his new tadika. Kali ni Alif masuk Tadika ABS pulak. Tadika ni baru je bukak kat KK ni. Tapi kat semenanjung macam ade 2 tahun kot kalau tak silap.

Reason yang paling kuat untuk tukar tadika ialah tadika ni dekat lagi dari rumah and just a little bit cheaper banding ngan Little Caliph. Looking at the modules pon macam menarik jugak. Konsep bermain sambil belajar. Then macam ade modul usahawan ajar budak2 konsep berniaga and manage duit ke camtu. Ade kelainan sikit. Hehehe.

Aku memang takmo Alif kena buat homeworks and exams awal-awal sangat. Biarlah sok sekolah rendah baru harung and that is just less than a year je lagi. Hahahaha. Main lah puas-puas anak oii.

IMG_2896-0.JPG

Gambar first day tadika. Uniform tak dapat lagi plak. Kureng fefeeling mak anak first day of school. Hahaha. Balik rumah excited habis dia cakap kat aku ‘I really have so much fun at the tadika mak. This tadika is the best ever.’ Hehe. Kalau cikgu dia dengar mesti bangga cikgu. Hehehe.

Tadika ni mediumnya Bahasa Melayu, bagi Alif improve bahasa melayu dia pulak. 🙂