Resipi Simple Sarapan Pagi Yummy..

Sejak Alif dah sekolah ni pagi2 kalau sempat buat la breakfast simple je..yang tak amik masa lebih dari 15 minit..hehe..Si Alif pon kadang boleh tahan gak dok nak kena pujuk dia pepagi suh pegi sekolah tu..amik masa..

Takde la original mana pon resipinye..hehe..but saje je nak share kat sini..mana la tau kot2 ade yang tak tau ke..

So resipi ni nama simple nye Roti Hotdog and Cheese Yummeh..hahaha.. :p takde la..Roti Hotdog and Cheese Gulung ok kot..sangat lah simple kejap je siapnya..gini la rupenye setelah siap dan sedia untuk di makan di pagi hari..

Roti Hotdog + Cheese - Resipi Sarapan Pagi

mengalir2 lagi cheese dia haa… :p

So bahan2 yang diperlukan untuk buat 3 biji roti gulung ni:

  • 3 keping Roti  (kasi penyek2 sket bagi padat..nak pakai rolling pin boleh..pakai tapak tangan je pon boleh..tonyoh2 je)
  • 3 batang? keping? ntah.. Hotdog (Rebus dulu kejap, tak rebus pon takpe kot..tapi aku selalu rebus..)
  • 3 keping cheddar cheese (nak jimat sket pakai 2 keping pon cukup just potong 3 setiap keping mcm yang aku buat la..)
  • 1  biji telur (aku guna telur gred A kalau gred lain tatau la..maybe kena pakai 2 biji kot..yang ni kasi kacau cam nak buat telur dadar tu aku letak garam and black pepper serbuk sket..up to korang la nak letak ke tak..)

Caranya:

Just assemble roti, hotdog and cheese seperti gambar di bawah, and gulungkan rapat2..boleh letak sikit telur tu nak bagi hujung roti tu cam melekat sket..

Resipi Breakfast Simple - Roti Hotdog cheese

And then..just kasi benamkan (cam dalam sgt jek telur tu) roti yang dah siap gulung dalam telur.

Resipi untuk sarapan pagi - Roti Hotdog Cheese Gulung

Bagi cover semua permukaan luar and then dah boleh goreng! Sampailah cam golden brown gitu..

Simple Breakfast recipe - Roti Hotdog and Cheese

Pastu angkat lah..jangan bagi hangus plak…and boleh la potong serong kecik2 cam gambar first tu..supaya senang sket nak makan..and cepat sket sejuknya..nak mengejar masa takmo lambat gi sekolah..hehehe..

Berjaya jugak aku buat post hari ni..hehehe.. :p Kepada yang sudi membace..terima kasih sesangat sebab sudi lagi melawat blog yang tak seberapa nak glemer ni…Harap2 lepas2 ni datang la balik semangat nak update blog ye..

Edit: Rupenye before this dah ade buat gak post roti hotdog gulung ni..but kali ni kasi upgrade sket dari yang dulu sebab ade cheese..hehe.. :p Kalau nak tengok versi lama ade kat sini: Roti hotdog gulung bersalut telur yang terbaek!

 

written by beba

Incoming search terms:

  • menu sarapan pagi ringkas (703)
  • resepi sarapan pagi (628)
  • resepi sarapan pagi ringkas (498)
  • menu sarapan pagi (247)
  • resepi breakfast (228)

6 thoughts on “Resipi Simple Sarapan Pagi Yummy..”

  1. Letsmasak.com

    Hi,

    Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.

    Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

    Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
    http://letsmasak.com/register

    Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

    Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.

    Ikhlas daripada,
    Letsmasak.com

Please let me know what do you think about this post. :D