semoga dia ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman..amin..

Petang tadi aku dapat berita yang opah aku (nenek sebelah ayah) telah pergi meninggalkan kita di dunia ini.

Pagi tadi dalam pukul 10 pagi lebih ayah aku call cakap yang opah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal. Before this pon masa aku kat Kajang ada opah dimasukkan ke hospital. Sebab demam and macam takle bergerak ke camne ntah. Lepas tu masa aku dah kat KK ni, mak cakap opah dah ok and dah pon keluar dari hospital. Tup-tup pagi tadi dapat berita yang opah masuk balik hospital.

Daripada update ayah petang tadi pon mengikut kata doctor memang opah macam dah tunggu masa jek and petang dalam pukul 6.15pm tadi mak call bagitau yang opah dah pon kembali ke rahmatullah pada pukul lebih kurang 5 minit ke pukul 6 petang.

First time aku rasa cam terkilan sangat sebab tak dapat jumpe opah sebelum dia meninggal. Memanglah kita tak bule nak duga kan perkara macam ni. Tapi yang buat aku terkilan sangat tu sebab last 2 weeks yang aku balik Kajang tu, memang tak sempat pon nak jumpe opah, padahal memang takde ape pon yang dibuat, cuma aku jadik patah kaki nak kemana-mana sebab Alif takde car seat and takde sape nak pegang Alif. Mak pulak masa tu busy ngan gubahan hantaran dier. Ayah ntah la..ada kerja yang dier nak selesaikan.

Memang selalunya balik Kajang mesti jumpe opah tapi dah takdir agaknya kan. Yang paling sedih bila aku terkenangkan kata-kata ayah aku beberapa hari sebelum opah masuk ke hospital yang pertama kali tu..ayah cakap ‘opah cakap dia nak sangat jumpa alif’. Tu yang buat aku rasa macam sedih sangat. :_(

Pada malam sebelum opah masuk hospital masa aku kat Kajang tu, memang dah plan dah nak pergi jumpe opah. Nak ajak ayah..tapi malam tu pulak ayah cakap dia ada plan lain pulak dengan mak ngah. Pagi esoknya tetibe dapat tau yang opah kena warded. Jadi sampai ke akhirnya masa aku nak kena balik ke KK tu memang takde rezeki nak jumpe dengan opah. Rupa-rupanya memang dah takde rezeki aku nak jumpa opah and kasi opah jumpa Alif.

Kali terakhir aku and Alif jumpa opah was masa Majlis Birthday Alif yang pertama. Kalau nak disesalkan pon tak guna, yang pergi tetap pergi. Semoga opah ditempatkan dengan mereka2 yang beriman, segala urusan dipermudahkan dan semoga rohnya dicucuri  rahmat… Amin. Kepada kawan-kawan semua jom la sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk opah..

opah akan selalu berada dalam ingatan dan doa kami..insyallah..

opah

opah

kali terakhir Alif bertemu Opah...

 

written by beba

8 thoughts on “semoga dia ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman..amin..”

  1. Ikhwan

    Innalillah. My Atok Aki pun just past away July 2nd @ 2:20am.

    Terkilan gak sebab tak dpt nak jumpa masa dia ada di bumi ni. 🙁 But I was there dari arwah di mandi sampai ker kebumian.

    I know how you feel.

    Al-Fatihah….

Please let me know what do you think about this post. :D