Azri Potong Rambut

azri-potong-rambut

Mak’s Salon dah dibuka semula setelah lama tertutup. Mihmihmih. Buka pon sehari je. Hahaha.

Dah panjang sangat rambut Azri ni. Tu yang rasa macam dah patut dipotong. Kalau nak pergi kedai tu dah la mahal, kena pula kalau yang jenis tukang gunting tak pandai handle gunting rambut budak memang tak semenggah jadinya. Dah kena dulu dengan Alif. Memang buruk wei orang tu potong. Dah la mahal lak tu. RM 20 kot kena masa tu. Memang tak berbaloi langsung. Jadinya, sebagai langkah penjimatan, mak je la yang potong. Hahaha.

Walaupon mak ni amatur je dalam bab potong rambut ni, tapi OK laaaa.. Takde la teruk sangat. Hahaha. Cuba tengok gambar selepas potong ni.azri -rambut selepas

Amacam? Hensem tak? Hahaha. Ok la kannn?? Free of charge je.

Bawah ni pula gambar rambut dia sebelum potong ni. Saja buat kenangan. Ni mau makan bulan juga la kan nak bagi rambut dia panjang balik.

azri - rambut sebelum

Dan dengan rasminya Mak’s Salon tutup semula. Hahahaha. Tunggu dah panjang sok baru buka balik. Mihmihmih..

 

written by beba

Please let me know what do you think about this post. :D