9 years and counting.

Alhamdulillah.

Semalam 04.04.2017 kami berdua (Beba dan Anas) berkesempatan menyambut Wedding Anniversary kami yang ke 9 tahun. 🙂 Kejap je rasanya masa berlalu. Ye lah. Anak sulung pon dah darjah 2. Hehehe. Adiknya dah pon 3 tahun.

Lama betul kan aku tak update blog ni. Kononnya nak active balik di dunia bloging ni. Hahaha..tapi tu lah. Cerita bukan takde. Macam-macam cerita ada kalau nak diupdate. Cuma bab nak edit gambar tu rasa malas. Hahaha. Nanti akan ku bayar hutang-hutang blog post 3-4 tahun lepas (janji pelesu)..hahahahaa..Okay lah. Berbalik semua kepada tajuk kita.

Sebenarnya Mak aku ada kat umah kami. Saja je dia datang. Mati kutu gak la kot Mak aku kalau duduk sini. Hahaha..patah kaki dia. Kalau kat Kajang nun, ada macam-macam aktiviti dia. But I’m happy she’s here. Ada geng borak-borak gosip terkini..hahahaha.. Anas boleh je diajak bergosip tapi ye la. Lain sikit gosip orang pompuan ngan gosip orang lelaki ni. :p Kesimpulannya cuma nak cakap. Sebab Mak ada sini dapat la tolong tengokkan Azri sekejap. So kami berdua je keluar.

Alkisah, semalam lepas balik appointment ngan doctor (disclaimer: no, I’m not pregnant or anything..hahaha..) sempat la kami berdua ‘dating’ sat, celebrate gitu. Pergi makan kek. Singgah masuk 2-3 kedai kat mall tu. Jalan-jalan sambil pegang tangan. hahaha..lama dah kot asik jalan keluar pegang tangan anak je.. 😀

Boleh pulak Anas siap dok record video. Hahaha..segan acik tau. At the end of our ‘date’ dia bagi aku video siap dia edit. Haha..Looking at the video, I’m sure I looked like one happy woman who is still in love with the same guy for 9 years. 😀 Mihmihmih.

p.s: Dear dak p, I love you.

Happy 2nd Anniversary to Us!

dah dua tahun kitorang bersama.. 😀

nanti2 cerite..hehe..sebab per? nak celebrate..special2?

tak laa..biasa2 jek..

————————————————-

Perhatian!!

Aku rasa aku ada terdelete satu penyertaan yang paling latest untuk Love is you and me contest. uwaaaa…sorry sangat siapa tu ek..aku tak sempat tengok pon..sebab comment dier end up kat spam aku..aku dah cakap dah not spam kat en.wordpress..tapi bile aku clear kan all spam si en.wordpress yang bijak ni delete pulak dengan comment yg aku cakap not spam tu…ape laaaa…to the contestant tu..maaf ye sesangat..harap2 bule bagi balik your link to me kay…sorry…..