Melayan ‘Dejavu di Kinabalu’ kat Tonton
Owh..aku dah terjebak plak dok tengok cite drama Melayu..hahaha..first tertengok cite ‘Dejavu di Kinabalu‘ ni masa kat umah Kajang..tengok cam best la plak kan…pastu dok iklan la plak kalau dah missed any episodes ke ape ke bule tengok kat TONTON…so itu le keja aku 2-3 hari ni.. :p
Citer ni cam nice gak laaa…and cinematography ke ape orang kata tu..mmg cantek..sedap mata memandang la kiranya..cite pon not bad gak la..walopon kadang jiwang nye semacam..hahaha..and rasa cam ade sket persamaan jek cite ngan cite Korea yang mak aku pernah tengok dlu2..kalau tak silap tajuknye ‘Summer Scent’..samenye cam dari segi: mamat sorang ni kekasih hati dah meninggal then cam donate jantung and the receiver tu pompuan plak (kalau lelaki tak jadik cerita kot.. :p )..then ditakdirkan diorang berjumpe..and mamat ni tengok awek ni cam ade persamaan plak ngan kekasih hati lama dia tu..dari segi perangai or habits..and cam ala2 tersuke la plak kan..yang awek ni plak..sejak dah terjumpe ngan mamat ni dok asik jantung berdegup2 la plak laju2 every time mamat ni dekat2 ngan dia..so nak dijadikkan cerita awek ni dah ade yang punye…
gitu la ala2nye..panjang la plak kan…skang ni kat tonton dah ade sampai episode 8…
So untuk Sinopsis cite ni adalah seperti di bawah:
Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar (Aqasha) masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira (Tiz Zaqyah) yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra (Sharifah Nadia). Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.
Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir (Mior Mohd), seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Kuantan, Pahang. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Innara (Aishah Ilias) masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.
Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Holiday Villa milik keluarga Bazli (Nazim Othman) iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzma (Rebecca Nur Al Islam) yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.
Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Innara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?
Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Dejavu_di_Kinabalu#Sinopsis
Okay la..nak gi buat kerja..ade order baru untuk WordPress Blog Makeover plak kali ni..gi carik idea jap..heheh.. :p
p.s: cam terigin nak memakeover blog sendri gak..dah lama kot pakai design yang ni..tunggu ada masa nnt.. 🙂
Recent Comments