Animals Head and Body Matching Puzzle [Free Printable]

Hi, Assalamualaikum.

Hari tu aku ada post di Facebook tentang puzzle simple yang aku buat untuk Azri tu. Seronok juga aku tengok dia main match kan gambar tu.

head-body-puzzle-free-02

Jadi saja lah nak kongsikan Printable yang aku buat tu. Percuma je. Tak ada kena bayar apa-apa pon.

Al-kisah memang dah lama dah aku buat matching puzzle tu. Cuma susun elok-elok je, sebab gambar semua binatang comel-comel tu aku download je dari Freepik.

Tapi bagi sesiapa yang download tu cuma pakai untuk diri sendiri dan anak-anak sahaja tau. Anak saudara ke pon boleh la selagi untuk kegunaan sendiri. Bak kata omputeh ‘Personal Use Only’ 😀

Kat bawah ni link downloadnya.

Download Animals Head and Body Matching Puzzle

Lepas dah download boleh print atas kertas tebal dan potong. Kalau rasa nak tahan lama boleh la balut ke selotape ke apa ke. Ikut kreativiti sendiri. Hehehe. Aku biarkan je macam tu.

head-body-puzzle-free-03

Lepas tu kalau nak simpan, macam aku cuma pakai Ziplock bag tu je. Saiz kecil. Elok pulak muat-muat je simpan benda alah tu semua. 🙂

 

head-body-puzzle-free-04

Jadinya itu je lah. Perkongsian aku untuk hari ni.

Pada sesiapa yang download tu nanti rajin-rajin la kongsikan ngan aku ek. Sila komen di bahagian comment post ni nanti.

Kalau sudi boleh juga tolong share post ini supaya ramai lagi boleh dapat manfaat dari printable ni. Sambil anak-anak main tu sambil belajar. Ye dak. 😀