by beba | Apr 17, 2015 | Our Life Stories |
Happy Birthday Dak P!
Alhamdulillah another birthday yang kita sambut bersama. Hehehe.
Kali ni no fancy presents yang boleh aku bagi dak p sebab da setahun lebih kottt aku tak buat kerja design. Duit belanja yang dak p bagi pon memang guna untuk yang wajib2 je.
Jadinya semua pon homemade sajeeee. Baru-baru ni tetiba ntah kenapa aku macam jadi TERrajin pulak nak baking2 bagaikan. So da alang2 tu kenalah kan buat birthday cake sempena birthday en. Laki saya ni.
Alhamdulillah. Menjadi kek saya. Hahaha. And for the first time aku cuba untuk decorate sekali kek. Of course lah takde la cantik mana. Tapi boleh lah tahan for a total newbie.
Gini lah hasilnya. And itu adalah laki saya yang potong kek pada pukul 3 pagi. ^_^;
Dan siap kad birthday jugak sekali. Pon buat sendiri. Handmade gitu. With LOVE! Hahaha. Cuma kertas kad A4, red sticker felt beli kat daiso dan pen hitam mata tebal and fine. Pastu conteng2 je lah mana yang mampu.
Alif pon join gak sekali buat kad untuk ayah dia. Aku biarkan je dia nak buat ape. Hahaha. Ntah ape dia letak lah. Nak lukis spider lah. Letak yacht lah ship lah. Nak ade laut. Satgi nak lukis ape sea creature ntah. Pastu dok tampal2 buttons. Aku tolong dia gunting felt stickers tu je. Ni lah rupe dia.
As for tulisan dia tu. Heehe. Skang ni tengah dok berlatihan intensif la konon2 nya. Hahaha.
Kek tu pulak sebab kitorang takde bekas kek yang proper terpaksalah pakai pinggan makan je so aku potong kek tu nak bagi muat sebelum deco2. Yang lebih kek tu jadi la gini plak.
Aku letak buttercream yang banyak gileee extra (guna sikit je untuk deco2) kat tengah. Stack kek tu jadi 2 lapis then sapu penuh buttercream atas tu. Somehow buttercream ni tak popular kat umah ni. But aku bersyukur sebab aku suka makan kek ngan buttercream ni. So aku la dok perabehkan. Hahaha.
So Dak P. Saya harap awak suke ngan kek and kad tu. Itu je yang mampu saya bagi untuk awak. Maybe next year kalau ade rezeki lebih saya bagi awak hadiah best sikit. Hahaha. Luv u tau. :p
by beba | Jan 1, 2015 | Our Life Stories |
Wow. Kejap je rasanya, macam baru je buat post tapi rupenya da berabuk 10 inci blog ni. Hahaha.
Alhamdulillah, Allah bagi peluang lagi buat kami untuk bernafas di bumi ni. Ntah kenapa ayat aku tetibe skema lak ni. Haha. Dah lama sangat agaknya tak buat blog post. Ntah ade ke tak lah lagi agaknya yang still bace blog picisan aku ni kan?
Kepada sesape yang masih setia tu terima kasih banyak2 sebab sudi bace. Kepada yang tetibe termasuk kat blog ni sebab tercarik something ke. Terima kasih jugak dan selamat datang. And seriously I should stop merepek ntah ape2 ni. Hahaha.
Jadinya, sempena tahun baru 2015 ni diharapnya aku akan jadi lagi rajin nak update blog. Lagi2 pasal anak kecik comel saya yang no.2 En. Azri tu.
Sorry ye Azri. Nanti mak qada semua cerita and progress Azri ek. InsyaAllah.
So next month on February. Azri turns 1 and abang dia Alif dah pon 6 tahun. Kejap je masa berlalu. Dah besar panjang anak bujang aku yang sorang tu.
Sebab dah lama tak tulis blog semua pon aku dok cuba sumbat kat post ni. Hahaha. Okay lah. Itu je for now. Nah gambar anak2 bujang saya. Pagi2 masih bacin on 01.01.2015.
by beba | Aug 31, 2014 | Our Life Stories |
Tanggal 31, bulan 8, 57…
Huih. Semangat Azri nak sambut merdeka ni. Hehehe.
Dak P sambut Merdeka pagi nanti kat atas Gunung Kinabalu la kot. Mesti dah start panjat naik gi Low’s Peak dah ni.
Nenek Kajang plak ngan maksu and makcik Kinah dok ronggeng kat Langkawi.
Kitorang? Lepak rumah je laaahhh. Hehehe.
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
by beba | Aug 6, 2014 | Our Life Stories |
Hohoho. My first time beli wrap from oversea ni. Little frog ni asal kat Poland. Sepatutnya wrap ni sampai before raya. Wrap raya la kengkononnye. Tapi ntah camne ntah lama lak lepak kat Kastam. Sampai KK on 25th July. 26th da tak hantar pon barang. Lepas raya baru dia nak hantar. Huuu. So baru lah dapat sebab time diorg hantar kat umah kitorang kat kampung lagi beraya.
Jadinya this is my first shortie wrap. Since my base size is 6. So aku beli size 4. Wrap ni namanya Brown Pyrope. Panjang for a size 4 is 3.6m. Dok raba2 wrap ni macam lagi lembut kot to the touch banding dengan Jumpsac Bowwow Rainbow aku tu time baru sampai. Anyway middle marker wrap little frog ni comel je. Hehe.
Tak test pon lagi ni. Nak kena basuh dulu and then tengok balik tutorial camne nak lilit. Hahaha. Yang aku ingat nak buat FWCC and FCC je.
Lepas ni nak belajar buat Double Hammock and maybe Rucksac ke ape namanya and maybe satu jenis hip carry. Harap2 En. Azri kita memberi kerjasama. Hehehe.
Satu lagi tu aku beli carrier bag untuk wrap, beli yang Sandy Agate II. Nasiblah tak beli wrap in Sandy Agate II sebabnya aku tengok macam da lebih kurang sama je pulak macam Bowwow Rainbow. Hehehe.
Itu je kisah royan wrap aku untuk kali ni. Hehehe.
by beba | Jul 31, 2014 | Our Life Stories |
Fuh. Berjaya. Hahahaa. Pertama kali dalam hidup aku berjaya buat rendang daging. Taa daaaa.
Rupe boleh tahan la kan? Haha. As for rasa tu macam terover pedas. Banyak sangat letak cili. Takpe. Lagi 2 tahun boleh cuba lagi. Hahahaha. Tahun depan of course raya Kajang takyah la buat sendri.
Memula tu konon nak buat kuah kacang sekali. Tapi angan2 je la. Baru buat rendang da melepek join Azri. Hehehe.
Nasib lah akak ipar aku buat kuah kacang. Merasa la makan nasi impit kuah kacang and rendang di pagi raya. Hehehe.
Yummy yummy in my tummy.
by beba | Jul 28, 2014 | Our Life Stories |
Assalamualaikum semua, firstly Selamat Hari Raya Aidilfitri kami sekeluarga ucapkan kepada semua yang sudi membaca blog ni.
Alhamdulillah, tahun ini kami celebrate hari raya berempat with the new addition to our family, En. Azri kita. Hehehe. Tahun ni turn raya di Sabah pulak. Extra meriah tahun ni beraya kat sini sebab family akak ipar aku pon join sekali raya. Selalunya kalau turn kitorg kat Sabah diorang beraya di Kelantan. Tahun ni special sket. 🙂
Bawah ni family picture dengan atuk dan nenek Klias.
Gambar ade banyak lagi. Tapi yg ade kat HP aku yang ni je la sikit.
Jadinya kesempatan ini kitorang, aku specially sebab aku yang selalu melalut kat blog ni, hahaha. Nak mintak maaf kalau ade salah silap ape2 yang tak perasan ke ape ke ye. Kosong-kosong kay.
Enjoy your Raya guys!
P.S: Mak tak sempat nak slim balik. Muke mak pon macam sama je bam-bam macam Azri. Hahaha.
Recent Comments