Azam Mak Beba untuk Blog ini – 2017

Alhamdulillah.

Dah 23 hari dah kita di tahun 2017. Tapi Acik ni ha baru lah nak buat first post untuk tahun ni. Hihihi. Maafkan saya ya.

Bukan apa cuma tahun lepas memang agaknya mood tu takde kot nak menulis, tapi sebenarnya banyak sangat yang aku nak cerita. Ye lah kan, for me this blog is kinda like a diary where I wrote everything that happened in our life. Kalau macam teringat something tapi dah lupa details cuma search je lepas tu boleh baca balik apa sebenarnya terjadi. Best kan camtu.

Jadinya azam aku tahun ni untuk blog ni ialah untuk bayar balik semua posts lama yang sepatutnya aku tulis. Mostly about my cheeky little Babyguard, Si Azri. Kesian tau dia. Cerita pasal dia sikit sangat. Huu..

Selain dari tu aku juga nak share tentang crafts, mostly felt crafts lah kan sebab aku ada masa rajin nak buatkan busy books and stuffs untuk bebudak ni. I even made a template to share with you guys. Cuma belum ade kesempatan nak buat post nya je.

post-list-hutang

Antara yang dalam list..fuh..poning acik..hahahaha. Tu belum lagi kena hunt for all the related pictures and editing it. Harap Mak bertabah lah. Itu lah kan. Salah siapa dok bertangguh kerja. Ni la makanan dia. Post from 2013 ada sikit, 2014 berderet, 2015 nanti kena listkan pulak. Hahahaha. 2016? Wowwi. Korang jangan ikut tau perangai aku ni. Teruk sangat ni. Mihmihmih.

Lepas ni kena start buat design untuk rupa baru blog ni pulak. Masih simple juga, minimalist design. I love it that way. Hihi. Okay lah. Dah cukup la tu untuk hari ni. Itu la kan. Bila dah start menaip tu melalut lah macam-macam. Kalau tidak sunyi sepi nak dekat setahun. Hahaha..

Wish me luck kay guys. Walaupon aku maintain blog ni atas dasar peribadi, but knowing that ada yang sudi membacanya buat hati ku gumbira. Hahaha.

Karnival Sekolah 2016

28 May, which is semalam la kan. Sekolah Alif ada buat Karnival gitu. Pendek kata Hari Kantin lah. Ada macam-macam aktiviti dan tiap kelas sesi pagi dan petang bergabung buka satu gerai. Kelas 1 Cekal bergabung dengan kelas 4 Cekal. First time experience la untuk Alif event macam ni. Dia dulu tadika kecil-kecilan je, takde la event besar-besar ramai macam ni.

So, untuk karnival ni every student was expected to contribute something untuk jualan pada hari ni. Every student tu maksudnya Mak Pak nye la kan. Hahah.. Dan setelah mak dok pikir-pikir, dan macam banyak je lagi tepung cake yang nenek bawa masa untuk birthday diorang masa bulan 2 hari tu, dannn nenek pon ada kat sini. Mihmih. Jadinya menunya adalah cupcake sahaja. The plan is to make 20 paket of it, sebab dah beli bekas tu 20 pcs, sekalinya macam tak cukup la pulak cupcakes nyaa, jadi mak terpaksa la tambah buat brownies sikit, just untuk cukupkan kuota.

karnival-sekolah-2016- barang jualan

Hehehe..nice kan. First time la aku buat bebanyak macam ni. Nasib baik la gak ade Mak aku tolong. Hahaha. Cepat sikit kerjanya.

So the next day, pepagi lagi Alif dan Anas dah pergi sekolah. Bawa sekali benda alah jualan ni. Ye la kang lambat-lambat orang pon dah balik la pulak nanti. Sia-sia je tak habis ke pe ye dak. Then tak tau la ape diorang buat kat sane, pastu Alif berbekalkan coupon RM20 tu dia lepak la kat sekolah, sebab Anas nak datang amik kitorang.

Ramai juga la orang, mak pak bebudak semua kat situ.

karnival-sekolah-2016-at school

Yang seronoknya siap ade Iron Man ngan Captain America lagi tu datang. Hahaha.. Sempat gak la kitorang pergi bergambar sekali. Boleh tahan juga per entry tu RM 10 ke. Boleh pulak lupa..hahaha. Azri memula excited betul dia nampak Iron Man tu, tapi bile diajak bergambar sama dah tanak dekat-dekat pulak. Adeh. Memacam budak ni. Hahaha.

karnival-sekolah-2016- nenek dan alif karnival-sekolah-2016- iron man datang

Sila ignore gambar Mak yang ntah ape-ape pose ntah tu. Hahaha. Ini je gambar yang masa semenggah sikit rupa dia Azri. Hahahaha. Dia tanak bergambar, dok takut ke malu ke ape ke tak tau lah aku.

Al-kisah coupon RM20 tu abes camtu kat si Alif. Jadinya kitorang kena beli lagi coupon untuk gi bergambar Iron Man tu and also beli sikit makanan. Ye la, nak gak merasa sikit makanan yang ada kat situ. Coupon Alif tu dia beli makanan dan air sikit and the rest dia habiskan gi main kat bouncing castle tu. Sekali main RM5. Adoi..pastu ada hati lagi tu nak mintak suruh belikan lagi coupon untuk dia main lagi kat situ..huu..memang tak dapat dah lah. Hahaha..

karnival-sekolah-2016-the food

Makanan, aku beli laksa and mak aku nak try nasi kerabu. So, itu la rupanya tu ha. My laksa not bad lah. Sedap juga.

Dan, itu je la ceritanya di Karnival Sekolah Alif yang pertama ni. Ye lah. Baru darjah 1 kan. Ada lagi 6 tahun lagi. So next year ape la agaknya nak buat untuk jualan tu. Hahaha..itu next year la fikir ye dak.

So lastly, meh aku belanja satu gambar Mak dan Anak Bujang darjah 1.

karnival-sekolah-2016-mak and alif

Dua-dua pon mata tutup.. hahahahaa. 😀

Miles From Tomorrowland Giveaway!

It’s been a while since aku join any giveaway ni. Masa Alif kecik2 dulu memang rajin gak lah masuk. Ada lah few times we got lucky and win something. hehehe.. Nak carik kat mana nak join contest or giveaway pon dah tak tau dah..hahaha.. Giveaway ni tak sengaja terserempak kat group Facebook WAHM.. The owner of the blog, Ayuni namanya post kat group tu. So, mak nak join sebabbbb….

miles from tomorrowland giveaway!

Huuu..see, hadiah dia… Miles from Tomorrowland Bento Box set gituuu..

Kat rumah ni boleh dikatakan channel Disney Junior ni memang almost seharianlah kat TV tu..dah tu sejak cerita ni keluar bebaru ni bukan Alif je yang sakan tengok..si Azri tu pon ikut join sekali. Kalau keluar lagu Miles from Tomorrowland ni menari2 ha sambil nyanyi2.. (^_^);

“Ayels, ayels. Ayels, ayels” kata Azri..hahahaa..

wathcing miles from tomorrowland

Maknya pon kadang-kadang layan gak cerita ni. Suke tengok Admiral dia yang ade kepala dua tu..kelakar je..hahaha..

Nak ajak korang join giveaway ni sesame nanti chance aku nak menang berkurang plak..hahaha..tapi kalau nak join gak meh ler..boleh tengok cara-caranya kat post Puan Ayuni kita kat sini. Takde blog pon boleh join juge.. Lupa pulak.. kalau nak join cepat-cepat sikit..giveaway ni habis on 15 september nanti.. 😀

Since pemenangnya nanti randomly selected, mak ade sikit mandom sket perasaan sebab memang payah beno nak menang kalau anything yang involve luck ni..hahahaa..

Doakan saya menang ye kawan2.. *icon pompuan baju merah menari salsa dalam whatapps* :p

Raya-raya Kajang 2015

Tahun ni turn beraya di Kajang. Ntah macam mana tahun ni kami berjaya lari dari tema pelangi untuk pertama kali nya.. Hahahaha.

Selalunya memang masing-masing pakai je lah warna apa nak pakai. Tapi tahun ni ala-ala sepakat membawa berkat gitu. Semua pon pakai warna purple untuk lelaki. Perempuan pula pakai jubah warna baby blue + purple.

First time tau. Hahaha..

raya2015- family picture

Azri lak buat spoil gambar je..TIDO! hahaha..ape yang letih sangat tu ntah lah. Semua gambar dia pon tido je. Gambar kat atas ni memang semua la kami-kami ni. Family masih kecil lagi. Ramai lagi yang single ni. Hihihi..kalau ade yang berminat boleh la contact kakak sulung diorang ni. Hahahaha..raya2015- family picture - girls only

Yang ni gambar perempuan-perempuan saja. Yang masih single yang pertama duduk belah kiri tu, tapi yang tu sekolah lagi. Hahaha..so not available. Yang belah kanan sekali tu ok. Kat row depan lak. Yang kiri sekali pakai spek tu pon single. Yang berdua lagi tu jangan kaco. Mak orang dah tu. Hahahaha..raya2015- family picture - boys only

Ni pulak gambar yang lelaki-lelaki. 😀

Okay lah..itu je celoteh pendek Mak Beba hari ni. Hihihi..

En. Azri ke IKEA..

Dah lama nya tak pergi IKEA..hahaa.. last time shopping IKEA tengok online je. Kat KK ni macam ade orang yang buat servis belikan and transport perabut and barang-barang IKEA ke sini. Hari tu beli rak BILLY tu and meja opis for my SOHO and ade la mende lain2 sket.. Rumah ni still banyak lagi kerja-kerja mendeco dari yang basic sampai la yang ke finishing touch nye tak siap lagi..hahaha..bilik kitorang pon ntah ape2 je gayanya.. slow-slow orang kata.. hehehe.. ok lah.. panjang la plak mukaddimahnya.

Sebenarnya nak cerita, yang kitorang baru lah FIRST time makan MEATBALL IKEA…

makan meatball ikea

Verdictnya..ntah lah..boleh laaaa….hahaha..tak de macam mengancam gile macam yang aku selalu dengar orang dok cerita tu.. bunyi nye macam sedap gileeeee..huuu.. tapi mushroom soup and croissants dia sedap. Tapi nak beli mende alah semua ni bukannya senang…panjang gileeeeee barisan. Tak beraya agaknya diorang ni.. Time kitorang gi IKEA ni ntah raya ke berapa ntah. Semua pon macam bajet orang gi beraya kot..tu dok pakat2 gi IKEA..tengok semua pon serbu IKEA..hahahaa…ampes tol… Jadinya ramai gile kot melayu yang dok shopping kat IKEA hari tu. Sabo je la.

Tak de la shopping ape pon. Beli mende kecik2 je.. Pinggan mangkuk and utensils plastik for kids yang warna warni tu..RM 5.50 je each..sambar la satu set each..huu.. then mainan bebudak ni sorang satu..frame gambar and step stool…Azri dok buat mende alah tu macam meja picnic pon ade..hahaha..

step stool ikea

elok lak muat-muat dia duduk..hehehe..

and lagi satu…mende ni memang dah lama aku nak beli tapi tatau lah apsal bertahun2 tak gak terbeli-beli..baru la skang ni dapat.. hahaha..

pepper mill ikea

Tadaaaa…ade dlu aku tulis pasal ni kat post ni: boleh tolong bagitau mana nak dapat benda ni tak??

Hehehe..sekarang ni mak hepi dok pusing2 mende alah ni keluar freshly grind black pepper.. 😀

Tajuk kengkonon Azri ye dak..tapi sebok cerita pasal mak je ni..hahaha.. Azri nya lepas siap makan tu time kitorang dok tawaf IKEA dia nya buat ape? TIDUR!! hahaha…bagus betul…

tidur kat troli IKEA

Memula dia kecoh gak ngan abang dia dok main-main kat tempat bebudak tu time aku ngan mak aku gi surau..owh..kitorang gi ngan Mak aku sekali..dia pon saje je ikot…dia kata dah lama tak gi IKEA…hahaha..sama je ngan kitorang.. Tapi lepas tu masa jenjalan tengok barang tu sedap lak kena tolak ngan troli IKEA tu boleh plak dia tertidur..nasib la ade Si Panda tu..hahaha..siap amik bantal lak satu lagi.. Dia ngan mak aku sepanjang masa tu.. sebab masa ntah bile ntah macam Mak aku dah jalan dlu..tengok2 dah hilang je.. hehehe…

Dah abes tawaf dah bayar semua baru la En.Azri kita bangun. So sempat la kejap posing amik gambar kenangan kat tempat letak kereta IKEA tu..hahaha..

posing kat tempat letak kereta ikea

800 posts…

blog beba-anas: 800 posts

800 posts..wohoo… sikit je kot kalau banding ngan blogger tegar..hahaah.. aku last few years la tahun bile ntah.. ada la tegar gak..hari2 at least mesti ade satu update.. masa tu Nuffnang pon masyuk..hahaha.. sekarang ni kadang sebulan tu nak up kan satu post pon berterih..hahaha.. pemalas sungguh. Banyak gile hutang posts pasal Azri. Pasal Alif pon dah lama gak tak post ape2.. huu..

Blog aku ni aku tengok trend nya yang selalu orang masuk kat post macam resepi-resepi simple yang aku share. Resepi macam resepi simple for breakfast ke and lately macam dok share recipes biskut la kek la ape yang aku dok rajin try tu..hehehe..sejak dua menjak ni sebab ramai search resepi kuih raya pon glemer gak la resepi biskut coklat chips nestum aku tu.. 😀

top 10 post blog beba-anas

Lagi satu yang glemer sket pasal tutorial DIY goodie bags for birthday tu..

Jadinya saje je lah aku highlightkan bab simple recipes and diy segala ni kat navigation menu blog ni atas sinun..sekarang ni tengah dok merajinkan diri nak tukar template baru..hehehe..design semua dah setel dah tengah dok tengok coding..Ok lah..tu je..

p.s: Hari ni cuti beraya dah..hahaha..semalam ngan dua hari lepas dah beraya dah..tak larat dah haa..hahaha…

p.p.s: Post untuk hari raya tak up lagi ni..hahaha…sabo je lah..