Anak merupakan anugerah yang sangat indah yang di kurniakan untuk pasangan yang sudah berkahwin dan bagi kitorang ‘Alif’ lah permata hati pengarang jantung hati mak bapak dier..hehehe..pejam celik pejam celik..dah nak masuk 10 bulan da Alif sekarang. Macam2 dah yang dier pelajari. Dari dok terbaring tak tau apa2, skang ni dah pandai merayap2..jalan2 dalam walker..membebel macam2..da pandai nak salam bila cakap ‘salam’ dan macam2 lagi la.. 😀

Dan sebab tu jugak la…aku nak masuk contest anjuran Mrs. K a.k.a Ibu Hadif . Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah ni bermula dari 24 Nov – 18 Dec 2009 jam 1pm bersempena dengan Wedding Anniversary yang ke-2 buat Mr. and Mrs. K. (ada kena mengena ke? hehehe…)

Syarat utama contest ni ialah untuk upload sekeping gambar anak pertama pada hari pertama dia di lahirkan. So setelah dok godek2 gambar2 alif, aku rasa gambar kat bawah ni menjadi pilihan aku.

Beberapa minit setelah Alif dilahirkan..

Beberapa minit setelah Alif dilahirkan..

Nama : Alif Bin Anas

Umur : 9 bulan 26 hari

Kenapa aku pilih gambar ni? Sebabnya inilah rupa Alif originally masa dier still dalam perut mak dier berenang-renang dalam air ketuban yang semakin sikit. Just minutes after Alif dikeluarkan oleh En. Doctor. Masa ni tali pusat dah pon di clip tapi still belum bersihkan lagi..hehe..ikut petua orang tua-tua before deliver minum air kelapa muda dulu tapi ni la hasilnya kalau tak minum air kelapa muda..hehehe.. :p

Aku rasa bagi semua mak-mak pon pertama sekali yang kita sedar yang anak kita dah keluar ke dunia ni ialah tangisan diorang dan memang itulah bunyi yang indah sekali kan? 😀 Pertama kali aku tengok Alif lepas dier dah dikeluarkan memang tak clear and a bit blurry sebab aku agak mamai dengan ubat bius. Alif tak dapat dilahirkan secara normal seperti yang dirancang oleh kitorang.

Kitorang setuju dengan cadangan En. Doctor untuk di induce lepas tahu yang air ketuban aku dah semakin sikit secara tiba-tiba walaupon takde bukaan atau sakit pon. Nak dipendekkan cerita walaupon setelah lebih kurang 10jam di induced bukaan hanyalah 4cm sahaja dan kepala Alif dah pon bengkak. Kata doctor air ketuban yang da sememang nye sikit skrang ni lagilah sikit lepas dah dipecahkan, so rather than to wait any longer and risked the baby lemas nnt, we opted for c-sect and at 9.49pm En. Alif pon menyanyi2 ngan suara merdu dier tu.. 😀  Later..maybe close to midnight the nurse bawak Alif masuk bilik aku and at that time lah baru betul2 aku dapat tengok rupa anak aku. Memang comel sangat dier masa tu. hehehe…kulit dier cerah, mata dah terbuka besar dengan bulu mata dier yang panjang (ikut family belah aku la ni..pakcik2 dier sume bulu mata panjang2..) Aku still macam tak percaya masa tu yang aku dah pon bergelar ‘Mak’. Setelah sekian lama Alif berenang-renang, poke-poke mak, tendang-tendang malam-malam buta dan akhirnya mak dapat tatap muka Alif, pegang Alif, cium dahi Alif. Memanglah Allah je yang tahu perasaan aku masa tu.. 🙂 Tak boleh nak di gambarkan dengan tulisan dan kata-kata la…..

Owh..aku ade post detailed experience aku masa lahirkan Alif kat sini… bagi yang tak pernah baca lagi and nak baca laa.. 😀

Kat bawah ni ada several pics menunjukkan situasi pada malam tu. Nasib baik la dak p amik semua ni. Kalau tidak aku pon tak tau la ape yg jadi masa tu.

Alif dah keluar kot tingkap..

Alif dah keluar kot tingkap..

Nampak tak tu Alif kat depan Doctor tu, atas kaki aku (which aku tak rasa ape pon)..tengah sedut cecair dalam mulut dier kot…aku pulak nampak tangan kiri jek..

Passed to nurse untuk tunjuk kat Mak dier.. :D

Passed to the nurse untuk tunjuk kat Mak dier.. 😀

Kerja-kerja membersihkan En. Alif

Kerja-kerja membersihkan En. Alif

Dah bersih..yeay..

Dah bersih..yeay..

Dak p kata diorang bersihkan cam ngan minyak ke ape ntah..buang semua yang melekat2 kat badan Alif tu.

Dah aman lepas da dibersihkan dan diazan..

Dah aman lepas da dibersihkan dan diazan..

Aku rasa hospital tu takde towel biru untuk baby boy kot..hehehe..sepanjang Alif duduk kat hospital tu memang la towel warna pink..bootie ngan mitten pon kaler pink..haiyaa…

Sebagai seorang mak sememang nye harapan aku untuk Alif ialah dia akan menjadi anak yang soleh, patuh kepada kedua ibu dan bapa dier, patuh kepada ajaran Allah, berjaya di dunia dan di akhirat.

p/s: macam panjang pulak, sorry ek Mrs. K and the juries… 😀 Harap2 tak memboringkan korang…


written by beba