Tag Archives: reward chart

Puasa Reward Chart untuk En. Alif

Tahun ni saja je nak konon-konon galakkan Alif berpuasa, jadinya Mak saja je lah buatkan Reward Chart puasa ni untuk dia.  Setelah di setupkan elok-elok kat pintu peti ais, gini la rupanya. 😀

reward-chart-bulan-puasa-02 reward-chart-bulan-puasa-03

Siap letak lagi niat puasa dan  doa berbuka puasa.

Disebabkan aku tak de beli kertas sticker, jadinya pakai je lah double sided tape untuk lekat kan stars ni. Boleh la kan.. Asalkan melekat. Hahahaha.

Reward chart sticker stars

Lepas tu dah gunting segala stars tu elok-elok, aku kumpulkan letak dalam satu paperbag. Just buat je satu guna kertas A4 gak. Then gantung je sebelah chart tu. Macam gambar yang mula-mula tu.

Kat bawah ni gambar sebelum dipotong-potong.

reward-chart-bulan-puasa

Untuk stars dia tu, aku buat 2 saiz. Satu kecil dan satu besar. Kiranya kalau puasa penuh dapat la Star besar, kalau puasa sekerat hari dapat star Star kecil je lah dan kalau langsung tak puasa tak dak la star kan.

Just untuk introduction puasa je untuk Alif ni. Bagi nampak macam interesting sikit untuk dia. Tak sure la ape reward nak bagi. Hahaha..