Tag Archives: puasa reward chart

Star Reward Chart Puasa Ramadhan (Free Printable)

Eh. Dah 6 ke 7 hari ek puasa dah ni? Hahaha. Rasa macam kejap je. Adeh. Kali ni saja je nak share printable reward chart bulan puasa ni. Dah lama dah benda ni aku buat dulu masa Alif 6 tahun kalau tak salah. Hahaha. Patutnya share masa tu la kan? Tidak kesampaian. Hahaha.

free printable - puasa reward chart

Tahun lepas tak buat pon segala reward chart untuk Alif, memang ke laut juga puasa dia. Hahaha. Jadinya tahun ni print je lah balik kot dia ada semangat lebih sikit nak puasa, dan alang-alang terus share je dengan korang semua. 😀 Kalau korang berminat lah kan nak buat juga for your kids, kalau belum buat lah kan..walaupon dah few days dah setel puasa, sempat je kalau nak buat. Simple je benda ni. Nanti aku tunjuk.

Masa Alif 6 tahun tu siap penuh tu puasa. Hahaha. Mungkin juga excited sebab nak lekatkan star tiap-tiap kali lepas buka puasa. Ni post lama pasal reward chart bulan puasa for Alif dulu: Puasa Reward Chart untuk En. Alif

So this is how it looks like lepas dah siap di letakkan kat peti ais. Kena letak tinggi sikit. Kang si kecik tu sebok lak nak buat juga. So far macam elok je Azri tak kacau.

free printable - ramadhan fasting reward chart

Untuk versi Alif special sikit lah, hahaha. But untuk yang freebie tu aku letakkan sesiap ruang supaya boleh tulis nama anak tu.

Here is the link for download: http://blog.beba-anas.com/freebie-puasa-chart

Lepas dah download ni. Apa yang korang perlu buat cuma:

  1. Print je pdf file yang dah korang download tadi
  2. Then cut the niat puasa dan doa berbuka tu.
  3. Lekatkan double sided tape on the back side of the stars. (Kalau dah print yang page with stars tu on sticker paper, just skip this step).
  4. Lastly cut the stars dan masukkan ke dalam bekas. Aku asingkan yang star besar dan star kecil, supaya senang nak pilih nanti.

free print reward chart puasa

Gitu je lah kekdahnya. Kejap je siap ni. Hihihi. Bekas untuk stars tu aku buat pakai sekeping A4 size paper je. Buat macam nak buat paper bag tu. But up to you la nak letak dalam bekas ape pon. Hehehe.

Itu je la update dari Mak Beba.

Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang tahun lepas-lepas. InsyaAllah. Happy fasting you guys.