Tag Archives: photomanipulation

Hobi Baru Mak Beba, buat Photomanipulation!

Seronok la pula buat benda photomanipulation ni. Dah macam-macam pula idea timbul. Macam-macam pulak aku nak buat. Hahaha.

So this time ideanya datang masa aku tengah layan baca manga Akatsuki No Yona. Best manga ni. Kalau peminat manga silalah baca cerita ni kalau korang belum baca.

Masa tengah baca tu ada satu page ni dia tunjuk macam scenery kat tempat tu. Aku rasa macam ‘Eh, kena buat ni macam ni satu. Mesti cun’ Gituuu..

akatsuki no yona

Jadinya aku pon mencari la gambar-gambar yang sesuai untuk buat scene yang ala-ala macam di atas tu, dan hasilnya cam gini.

japanese-landscape- fantasy land

Ok la kan? Untuk seorang newbie. Hahaha. Ni pon sebenarnya dah ade edit sikit bab reflection tu. Aku tunjuk gak kat adik dan kawan rapat dulu. Adik aku la perasan katanya macam weird je nampak reflection tu. Sebabnya ada yang sepatutnya tak nampak tapi nampak pulak.

Stock photos aku cari kat Pixabay. Mujur la macam ada je semua yang aku nak guna. cuma overlay light tu aku google dan overlay fireflies tu aku guna yang dah ada pakai untuk yang aku buat photomanipulation sebelum ni tu: The Kids Meet Pegasus

japanese garden - stock

Just saja nak tunjuk ringkasan la sikit macam mana dari awal sampai ke dah siap hasilnya. Macam kat bawah ni ha.

photomanipulation-japanese-landscape

Last sekali aku guna Color Efek Pro 4 untuk bagi tambah lagi effect umpph gitu as final touch. Kira cheat ke tu? Hahaha. Aku pon baru jumpe benda alah ni. Dah la free je rupanya. Dia photoshop plugin tapi compatible juga kalau nak guna dengan Affinity Photo. Kalau nak download plugin ni boleh download kat sini: Google Nik Collection

Sekian update aku untuk kali ni. This is fun!

 

 

The Kids Meet Pegasus

It’s been a while since I did any photomanipulation. Newbie sesangat pon. Hahaha. So far baru cuba sekali dua kali kot gitu. Tu pon ikut tutorial bagai. The first one dulu aku cuba buat Alif as Avatar Baby. Hahaha. Lama gila kan.

Kali ni aku cuba buat sendiri je. Main dok godek-godek software cuba apa yang patut. Baru-baru ni aku berhijrah dari Photoshop ke Affinity Photo. All in all, I’m loving this new piece of software. Dan aku beli secara legal ni. Hahaha. Photoshop dulu tu kalau murah aku beli la juga. Tapi dah sampai ke tahap ribu-ribu harga. Mak tak mampu lah. Huu.

Kalau ada yang berminat nak tau pasal Affinity Photo ni boleh ke website diorang: Affinity Photo Kalau nak cuba dulu boleh download Trial Software dulu. Diorang bagi cuba untuk 10 hari.

Okay, berbalik kepada tajuk.

Aku kan suka benda-benda fantasi ni. Hahaha. jadinya macam nak cuba buat scene fantasy gitu. Dan nak masukkan budak-budak ni sekali. Jadinya gini lah hasilnya.

photomanipulation-newbie-final

Azri dan Alif jumpa pegasus.. Hahaha. Ok la tu kan untuk newbie. Aku still banyak kena belajar untuk lightings dan shadows tu. Untuk yang ni aku pakai belasah je. Hahaha.

Kat bawah ni ade progress picture macam mana aku buat photomanipulation ni. Source gambar semua aku ambil dari Pixabay je. Kecuali gambar budak berdua tu lah. Owh dan firefly overlay tu aku guna dari devianart punya.

photomanipulation-newbie

Itu je lah nak cerita. Seronok juga buat benda cam gini .Lepas ni agaknya nak buat apa pula ek. Kot korang ade idea best ke. Share lah. Mihmihmih.