Lagi sehari dah nak raya dah ni….

Kejap je masa berlalu kan…macam baru je rasanya start puasa.. ni tup2 dah tinggal sehari je lagi kita berada dalam bulan Ramadhan ni. Rasanya macam takde la awal sangat pon kan kalau kami sekeluarga nak ucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri‘ kepada semua yang sudi datang melawat dan membaca blog kami yang tak seberapa ni..hehehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Tahun ni kami sekeluarga, bukan keluarga Anas je tapi keluarga En. Mail akan bersedondon di hari pertama Raya Aidilfitri tahun 2015 ni.. Buat pertama kalinya..hahaha..selalunya memang tema raya kami ‘Rainbow’ 😀 Macam-macam warna ada. Rumah Kajang pon dah diberikan nafas baru, berwajah baru, nampak berseri bergemerlapan gittuuuuu..hehehe… Memang ala-ala almost full makeover lah kat living room depan tu.

Akhir kata, sekali lagi kami sekeluarga nak ucapkan ‘Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin’ kepada semua. Samada kami terkasar bahasa atau ada apa-apa yang menyinggung perasaan sesiapa, harap maafkan kami ye.. #kosongkosong (macamlah berguna hashtag kat blog..hahah.. :p)

Bagi yang nak balik kampung tu, hati-hati di jalan raya, jangan potong queue, dan harap bersabar la ye kalau yang stuck dalam traffic jam tu.. Selamat berhari raya. Enjoy your holiday..ye haaa… 😀

p.s: Rasa nak tukar template..tengah dok mendraft sikit2..simple2 je lah..asalkan dapat baru..hahaha..dah lama tak bergigih buat template blog ni..semua pon buat kejap gile then terus upload..hahaha..

Hari Raya Aidilfitri 2013

raya-aidilfitri-2013- family picture

Alhamdulillah, tahun ni kitorang beraya 3 1/2 orang. Lagi sorang masih baking lagi dalam oven. Mihmihmih. Nanti-nanti aku cerita la in detailed sket pasal Little P ni in another post.

Tahun ni turn raya di Kajang pula. Biasa la kan tiap-tiap tahun alternate raya Kajang-Sabah ni.

Tahun ni tak matching baju raya pertama kitorang. Haha. Dah tu nya saiz dah lari..tak boleh nak buat ape la kan. Kesimpulannya tahun ni beraya dengan baju ape yang muat je. Sendat semua kiri kanan depan belakang. Bertabahlah. Hahaha..

Itu je la post pendek aku untuk Hari Raya Aidilfitri tahun 2013 ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami sekeluarga ucapkan untuk semua yang sudi datang melawat ke blog family kitorang ni. Aku harap ada lah antara isi blog ini bermanfaat untuk korang semua, dan sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung hati sesiapa kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas kelemahan kami dalam berbahasa.

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.

 

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan~~

Raya sebulan kan..so tak terlambat lagi la kan kalau baru sekarang kitorang nak ucap ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri‘ kepada semua kawan2 tak kesah la yang memang kenal face to face or yang kenal online jek.. 😀 and also to sesape jek yang datang melawat ke blog aku yang tak seberapa ni…

Ampun dan maaf kami pinta seandainya ada apa2 yang telah ditulis dalam blog ni mengguris hati, or menyakitkan hati sesape yang membacenye…tak senang untuk memuaskan hati semua orang kan..and lagi2 pulak orang yang salah faham dengan apa yang kita maksudkan..jadi di hari dah bulan yang baik ni jom la kita bermaaf-maafan ye.. 😀

selamat hari raya aidilfitri - maaf zahir dan batin

nak post gambar raya pon cam tak transfer pon lagi..tapi kat FB en. laki dier dah upload dah..lama btol aku cuti raya ni..cuti mengupdate blog..hehehe..even konon2 nak buat yang blog challenge tu pon dah tak 30 days dah laa..but akan aku buat gak la tu slow2..bile time aku dah kering idea ke…actually pending post yang dalam kepala otak aku ni cam ade jek..but nak menaip nye yang malas bebenor tu… :p

kay la..ni jek for now..

p.s: pasni nak tukar template lagi..tengah dalam proses.. :p kali ni mmg simple and clean abes laa..

Raya-raya di Kota Belud..

Raya kat klias ni normally yang aku nampak rutinnya..pagi pas semayang raya..makan2 sket..then pergi melawat kuburan..lepas rehat2 kejap terus gerak pergi Kota Belud..and on the way tu akan singgah kat umah sedara mara kat Kg. Pilajau, Kimanis, Likas etc…Sampai ke Kota Belud kompom dah malam..sangat2 letih wei…huu..

tapi malam tu sempat plak kitorang dok ramai2 tengok cerita hantu Sundel Bolong…hahah..siap Alif pon join gak skali tak tido2..dok tawaf satu rumah tu…

abes jek cerita…setel…tido..kroohh2…hoho..

sok pagi..bangun..makan…hohoho..pastu siap2 terus gerak gi kuburan kat tepi pantai plak..and terus la pastu sambung beraya…sampai laaa…ke petang ntah kol bape ntah..kol 5 camtu kot..masa dok rest kejap before nak gerak balik beaufort balik tu sempat pulak en. Alif kita dok main hujan ngan pakai croc besar gajah sape ntah..seb baik tak demam..hehe..hujan kat kampung tak contaminated sangat cam kat bandar kot.. :p

so ini ada la gamba sket time kitorang beraya…malas nak tepek bebanyak..huu…

raya di kota belud

all we need is love

all we need is love...

ni 2 orang adik ipar aku yang suke bergambar…yang lelaki tu..dok dalam usaha mendapatkan gambar profile facebook baru la tu..haahha.. :p yang alif plak muka dah merah padam..dok beraya sakan walopon kepanasan..heheh..happy la ramai orang nak melayan dier..

beraya

matching tak? hohoho..tapi cam patutnya aku pon pakai seluar putih kot..tapi tu laa..tak terbeli plak.. :p

makan biskut coklat

sedapnya makan....yum yum..

budak ni kalau makan biskot coklat chip ni kompom la comot cam ni…tu yang aku malas kasi kat dier tu..dier dok korek2 chip tu dok makan dlu…yang biskut makan kemudian…hadoi..

last2 sampai beaufort ntah pukul berapa aku pon tak berapa perasan..kol 10 malam kot..aku mmg tak larat sangat dah…half way dah tido dah…hehe..so habes la another hari raya yang memenatkan…baru cerita hari raya ke-2 ni..hohoho..