Azri Potong Rambut

azri-potong-rambut

Mak’s Salon dah dibuka semula setelah lama tertutup. Mihmihmih. Buka pon sehari je. Hahaha.

Dah panjang sangat rambut Azri ni. Tu yang rasa macam dah patut dipotong. Kalau nak pergi kedai tu dah la mahal, kena pula kalau yang jenis tukang gunting tak pandai handle gunting rambut budak memang tak semenggah jadinya. Dah kena dulu dengan Alif. Memang buruk wei orang tu potong. Dah la mahal lak tu. RM 20 kot kena masa tu. Memang tak berbaloi langsung. Jadinya, sebagai langkah penjimatan, mak je la yang potong. Hahaha.

Walaupon mak ni amatur je dalam bab potong rambut ni, tapi OK laaaa.. Takde la teruk sangat. Hahaha. Cuba tengok gambar selepas potong ni.azri -rambut selepas

Amacam? Hensem tak? Hahaha. Ok la kannn?? Free of charge je.

Bawah ni pula gambar rambut dia sebelum potong ni. Saja buat kenangan. Ni mau makan bulan juga la kan nak bagi rambut dia panjang balik.

azri - rambut sebelum

Dan dengan rasminya Mak’s Salon tutup semula. Hahahaha. Tunggu dah panjang sok baru buka balik. Mihmihmih..

 

Rambut baru Alif..

Baru jek 2 hari lepas aku potong rambut Alif..hehe..sebab cam dah panjang sangat…kat depan pon cam dah sampai masuk mata..

Ni la rambut sebelum potong..

alif-potong-rambut

tak senang gak la aku nak potong rambut Alif ni…tak reti nak duduk diam…dah la ni first time seumur hidup aku dok potong rambut orang…sangatlah tak reti kay…so aku potong ala2 ikot suke hati aku jek….resultnye??

jeng jeng jeng…

rambut baru alif

pesen rambut mangkuk! hahaha..serious aku tak reti nak wat pesen lain dah..hahaha..rambut Alif pon dah la jenis tebal…nak layer2 ni tak reti la plak aku..tu pon cam dah berusaha dah….

konon2 nak potong rambut pendek sket so that tak nampak cam pompuan..tapi dah pendek gini pon takde la nampak macho pon..hahaahha…nasib la alif..nnt dah besar and dah reti duduk diam time potong rambut nanti mak ngan ayah bawak pergi potong kat orang  gunting rambut pro ek..sementara tu berpuas hati lah ngan gaya rambut mangkuk ni… :p

Ni antara rambut Alif yang berjaya di potong..

rambut yang dipotong

 

rambut mangkuk pon kiut gak kan Alif.. :p

dah macam rock lee dah rupe budak kecik ni…

rock lee…kalau korang tak tau rock lee ni one of the character dalam anime Naruto tu.. 😀

Rock Lee and Alif

ada cam lebih kurang tak rambut tu? hahaahah..kalau tengok real life mmg cam rock lee dah aku tengok En. Alif ni..pastu cam jadik cam pompuan la plak skang ni aku tengok..masa rambut panjang dlu cam lagi lelaki..haahha…

last time hari tu kan ade aku cakap pasal nak potong rambut alif : Rambut Alif dah terover panjang kot ni..

so ingat ke nak la cam nampak ensem sket..so nak la pergi potong kat profesional la kononnya…last2 sampai sane…cam ni la plak aksi nya..

alif gunting rambut

abes meraung2…kaw2 punya tak hengat..ampes…pastu plak aku rasa tukang potong rambut tu cam cannot work well under pressure kot..hahaha..cam mengelabah jek aku tengok…last2…gitu la hasilnya…langsung tak rata..senget menget…at least rambut rock lee tu straight la gak..hahaha…

so biar jek la rambut dier tu..kang panjang sket elok la tu… :p