Dapur Beba

Semenjak dua menjak ni kalau korang one of my friend kat FB mesti korang perasan aku dok asik post pasal makanan je kan. Hahaha. Jangan tak tau, dah siap pandai ade hashtag dah. Silalah check out hashtag saya #dapurbeba ye. Kat FB and Instagram.

Tak pon kalau ade resepi yang aku rasa macam menarik and nak try ntah bile la tu kan. Korang boleh tengok hashtag #resipidapurbeba. Disebabkan aku ni kan bukan jenis yang rajin sebenarnya. Most of the resepi boleh dikategorikan as senang and simple je. Kalau yang nampak complicated tu maybe aku berangan je nak buat sebab aku suka makan mende tu. Hahaha.

Aku pon tak sure ntah sejak bila aku rasa macam fun pulak dok membaking ni. Tapi aku still tak rajin nak masak lauk. Hahaha.

  

Some of hasil2 dari #dapurbeba untuk tahun ni. Hehehe. Maybe kalau orang kenal aku dok rasa aku ni dok kena sampuk kot. Tetibe je. Hahahaha.

Lagi satu sekarang ni dok minat tengok orang buat bento comel2 tu. Walopon aku takde la buat comel mana. Buat simple2 je tapi Alif suke la pulak kalau aku buat bento tu. Hehehe. And dia macam interested nak try different kind of food jugak. Ade gak yang tak berjaya pujuk makan. Tapi ade gak yang berjaya. Kadang ade syarat dia nak makan. Contoh carrot kalau gulung2 dalam telur dadar ke boleh makan. Or carrot masuk dalam masak kicap sampai lembut tu boleh lak makan.

Last time ade aku buat patty pakai crab filamen tu suka pulak dia. Padahal mende crab tu dia tak suke. Hahaha. Takde la aku bagitau kan origin menda alah dia makan tu. Siap letak capsicum lagi dalam tu.

Lain pulak kekdahnya Azri, dia ni ape je lah ko suap kompom dia makan. Hahaha. Ape je yang kitorang makan yang dia tak makan. As long as homemade takde letak extra cukup rasa ke pe time masak. Kitorang bagi je makan. Time Alif dulu macam banyak sangat restriction gituuu. Tu yang dia jadi picky tu. Salah mak gak lah kann. Hehehe.

Nah da lama tak update sekali update menjela kot. Hahaha. Ok lah. Tu je lah cerita aku.

Homemade pizza simple sesangat (Resepi)

Hari tu aku ade post kat FB gambo my very first Homemade Pizza. Wohooo! Kejayaan kay. Hahaha. And cakap nak share recipe yang aku gune untuk buat pizza super simple aku ni. Ini la postnya. Hehehe.

So gini lah rupa pizza homemade saya.

Not bad lah kan for a first timer. Topping for pizza aku ni cuma sos spagetti dalam botol tu and cheese je. Just the way I like my pizza this days.

Hehehe. Resipi untuk dough pizza ni aku jumpe online. Memang simple abes lah. Takyah tunggu doh kembang pon. Boleh terus tebar letak topping and bakooo. 45 minutes top kompom siap piza korang.

Untuk resipi homemade pizza ni dough tu aku ikut resipi kat sini: ?http://m.allrecipes.com/recipe/20171/quick-and-easy-pizza-crust/ tapi aku tukar a few ingredients sebab pakai ape yang ade kat rumah je.

Instead of bread flour aku pakai tepung gandum biasa2 tu je. And tukar active dry yeast ke instant yeast. As for measurement instant yeast tu letak 1 1/2 tsp.

Yang lain semua sama je. Just follow instruction dia untuk buat dough tu.

Silalah cuba ye. Alif suke makan pizza ni. Happy la mak ade gak yang sudi makan. Hahaha.

Incoming search terms:

  • pizza simple (5)
  • pizza simple di dunia (1)
  • resepi doh pizza (1)