Black and White Photo Contest

Contest lagi..hehehe..terjumpa lagi satu contest..dan terasa cam sangat menarik..so..second entry for today..hari ni hari masuk contest la agaknye kot..hehehe…

black-and-white-contest-logo

Contest ni pon simple gak..dianjurkan oleh Ezzan Yusop ‘sekadar suke-suke’ aje..caranya, just create satu entry for this contest, letak banner (yang kat atas ni) and link back to the contest page, upload a black and white picture. Siap..and make sure tinggalkan link entry korang kat contest page (click banner kat atas..).

So meh tengok gambar:

Bergaya in Black and White..

Bergaya in Black and White..

Tengok jek gambar ni mesti korang tau ni gambar lama kan (pada sape yang kenal aku..)..hahaha..selim lagi masa ni..hohoho…

Copy-Paste Contest..

Tengah2 dok blogwalking..I come across to this simple copy and paste contest organized by Raja Kamil a.k.a RK. Aku pernah berurusan dengan RK ni..tapi tak tau la dier ingat ke tak kat aku..hehehe…ye la..siapa lah aku ni.. 😀

To RK..kalau ingat lagi apa kata leave a comment here kay..merapatkan lg silaturrahim..hehehe..

Contest ni senang je..all you have to do is copy a short text at RK’s blog, create a new entry and paste the text.

So, here goes the text:

Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.

Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukan untuk peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti 2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update

Lastly, leave your link at the contest page as above.

RK dah keluarkan beberapa produk sendiri dan antaranya:

Aku nak try gak wat Adsense for Domain ni..tapi tak mula-mula pon lagi..busy ngan benda lain yang macam-macam lagi..hehehe..nanti la cari masa sket untuk tu.

Adsense aku dah berapa bulan ni baru dapat la dalam $16 camtu..tp keyword biasa je and ranking aku pon cam da makin menurun..tu la tak berapa ramai dah masuk..masa memula tu dapat gak la sebulan $4+ pastu nak $5, nampak cam promising..pastu cam dah tak tengok berapa lama ntah..tetibe merudum..hahaha..masalah aku ni tak pandai nak focus..

alamak..cam dah melalut plak kat entry contest..hahaha..sorry RK..bagi la MP3 player tu kat saya ye.. 😀

Hadiah dari Contest..

dah lama dah aku nak tulis post pasal ni…tp tak tertulis..hehehe..cam ade je benda lain yang nak tulis dulu..tetiba sekarang ni cam banyak jek pulak benda yang aku nak tulis… 😀

ni memang cerita lama..tak ingat dah aku berapa lama..haha..tapi kalau korang ingat En. Alif kan banyak masuk contest-contest ni…tapi baru je satu ni yang En. Alif berjaya dapat tempat ke-3.. kalau korang tak ingat contest yang menang ni ialah contest Cutest Baby in Costume yang dianjurkan oleh Intan.

Hadiah nye dah sampai lama dah..heheh..tapi nak buat camner…baru sekarang nak buat entry pasal ni..hehe…so ni la gambar hadiah-hadiah yang kitorang dapat…

So sweet kan..

So sweet kan..

Welcome...

Welcome...

Siap ada kad lagi..

Siap ada kad lagi..

Thanks so much Intan sebab pilih Alif as a winner..hehe..happy nye dapat hadiah…ye la..yang sudi nak bagi hadiah kat aku pon Dak p sorang jek…

Serious Baby 2009 Giveaway..

Ada lagi contest..hohoho…memula cam takde la tergerak nak masuk contest ni…tapi masa dok mencari-cari gambar Alif masa nak masuk MBP Cutest Baby Smiling Contest tu terjumpa la plak gambar En. Alif tengah bermuka serious…ape lagi..terus la teringat ade contest pasal muke serious ni…hehehe…so ape lagi…ni lah entry nye… 😀 Alif pon nak compete ngan Kak Iqin dier…hohoho…

Seperti biasa contest-contest ni mesti la dibuat bersempenaan dengan event apa saje le..so this time contest ini di anjurkan oleh Ibu Rifqi sempena Birthday dia yang ke-29.

Happy Birthday to you

Happy Birthday to you

Happy Birthday to Ibu Rifqi…..

Happy Birthday to you..

Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati hidup sepanjang hayat.. 😀

So silalah pilih anak saya sebagai pemenang ye..hahaha.. 😀 Just Kidding…tapi kalau menang besh laa.. 😀

Rasanya semua syarat2 dah pon settle…meh kita tengok betapa seriousnye En. Alif kita…

'Aku tengah serious ni..kang ada yang kena hempuk kang...'

'Aku tengah serious ni..kang ada yang kena hempuk kang...'

Maybe tu la kot Alif cakap masa aku dok amik gambo ni….tapi bukan nak hempuk mak dier…nak hempuk camera jek..heheheh…Alif sayang mak dier…. 😀

Uh..jap ada lagi satu gambar…aku rasa ni pon serious gak..so aku biarkan kat penganjur contest ni untuk pilih yang mana dia rasa paling serious.. terima kasih ye ibu rifqi…

Hoh..serious laaa...serious...

Hoh..serious laaa...serious...

Amacam..ada serious tak? berkerut-kerut dahi tu..punya la serius…hahahaha…

owh lupa pulak lagi satu. Budak kecik yang tengah serious ni:

Nama Dia : Alif Bin Anas

Lahir Pada: 03.02.2009

Umur dia sekarang: 10 Bulan 6 Hari

Okeh rasanya dah complete dah entry ni…so akhir skali..publish and leave the link kat post Ibu Rifqi…hohoho..

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

Another contest untuk mencuba nasib. 😀 Ni 2nd time masuk contest organized by MomBloggersPlanet ni. Kalau nak tau lebih lanjut pasal contest ni meh tengok kat sini..

Theme untuk bulan DEC ni ialah “Senyum“.  Susah gak sebenarnya dok mencari gambar En. Alif senyum2 ni..

Hadiah contest ni memang besh..sponsored by PhotoBook Malaysia dan  AliceWonders.

Gambar2 yang nak dipertaruhkan untuk contest kali ni ialah:

Senyuman Lebar En. Alif

Senyuman Lebar En. Alif

Alif senyum sambil tutup mata..

Alif senyum sambil tutup mata..

Nama: Alif Bin Anas

D.O.B: 03.02.2009

Gambar first tu baru2 ni jek ambik yang second picture tu ambik masa Alif berumur 25 hari.

Aku memang paling suka bila tengok Alif tersenyum.

Senyum Alif, membuatkan pagi aku begitu ceria sekali…

Senyum Alif, buat perasaan aku tenang dan gembira…

Senyum Alif, menawar segala macam perasaan gundah..

Senyum Alif, membawa sinar dalam hidup aku..

Senyum Alif, membuatkan aku rasa bertuah memilikinya..

Senyum Alif, menceriakan persekitaran tak kira dimana dia berada..

Senyum Alif, melengkapkan hari ku..

Sehari tanpa Senyum budak comel ni memang tak sah lah..Senyum budak-budak ni senyum yang ikhlas dari hati diorang dan hati budak-budak ni ialah hati yang paling suci sekali.

Cerita pasal ‘senyum’ teringat aku masa dulu-dulu cam ada lagu pasal senyum ni..mesti korang pon ingat gak lagu ni kan.. 😀

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan…