AA Birthday 2017 – Spiderman theme.

Alhamdulillah. Setel dah majlis birthday secara kecil-kecilan bebudak ni. Kali ni Birthday party diorang tema Spiderman pulak. Special request daripada Azri. Everytime ditanya mesti dia akan jawap ‘I want Spiderman cake’ ๐Ÿ˜€

So on 04.02 hari tu, sama-sama la semua meraikan budak berdua Alif dan Azri. Alif dah pon 8 tahun dan Azri 3 tahun. Kejap je masa berlalu. Dah besar dah anak-anak aku ni.

Tahun ni tak macam tahun lepas. Kitorang takde bagi kad jemputan. Tapi cuma bagi yang digital version je. Sebab jauhkan kat Kajang nun. Hehehe.

Seperti tahun-tahun yang lalu, mak sukaaaa tau nak buat benda-benda deco ni. Tapi semua pon simple je lah kan. DIY la katakan. Bajet pon terhad. Tak de tema spiderman la kan kalau takde Spider Web. Jadinya mak la jadi spidernya dok spin the web gitu kat kaki meja. Hahaha. Seronok la lepas tu Azri dok main kat spider web tu, sangkut-sangkut segala action figures big hero 6 dia kat situ.

As for the balloons, yang meniupnya bukan mak. Ayah ngan abang Alif yang buat. Mak cuma ambil 4-5 belon yang warna merah dan biru and bagi ala-ala deco sikit. Just lukis je web guna sharpies hitam and then untuk belon merah tu. Mak lukis mata kat kertas putih, gunting dan tampal atas belon. Setel.

bdayAA-2017 - belon dan web

Dan meja kek simple la sesangat. Seperti di gambar. Hahaha. Ok la kan. ๐Ÿ˜€ Banner tu pon print sendiri je. Last minutes gi IOI City Mall gi cari cartridge printer ngan beli kertas tebal skali. Hahaha.

bdayAA-2017- meja kek

Azri memang dia excited je sebab dok tengok kek Spiderman dia tu. Ala-ala dreams come true la gitu gamaknya. Hahaha. As for Alif dia pon happy gak, dah ada ramai budak-budak jugak datang. Bawah ni gambo masa dok potong kek.

bdayAA-2017- potong kek

And now we come to the food…mihmihmih. Part ni favorite aku ni. Hahahaha. Makanan. Alhamdulillah, makanan cukup untuk semua. Macam-macam ada. Okay. Menu untuk hari tu, kitorang ada.

  • Nasi Lemak Sambal Sotong by Aunty Ayong + Mak Tok
  • Mi Jawa Spesel by Nenek
  • Beef stroganoff Fettuccine by Makcik Rina
  • Chicken Chop Mini + Mashed potatoes + Gravvy ย (Mak rebus potatoes je..hahaha)
  • Satay

Pakcik Yas and Makcik Ily ada bawakkan Apam Polkadots, Medina and daddy dia pulak bertungkus-lumus buat dadih. Hahaha.

Amacam. Meriah kan makanan. Hahaha. Terima kasih kepada semua yang berkerja keras untuk siapkan semua makanan ni, Makcik Kinah dan Maksu yang setia di dapur. hihihi. Alhamdulillah. Syukur sangat bila ada family rajin tolong dan bagi contribution macam ni. Kalau sorang je mesti semua pon mak order. Hahahaha.

bdayAA-2017- food

As for goodies, dalam paperbag putih tu, cuma letak Air kotak ngan biskut bear ada inti coklat. Sticker Spiderman tu of course la hasil design mak, but thanks to Auntie Ayong sponsor untuk print sticker tu.

Memula ingat ke nak bagi macam pensel ke pe ke. Then bila gi kat Kedai Eco tu macam murah la plak kat Stationery Set tu..cantik lak tu bekasnya. At first nak beli Spiderman je semua. Yelah kan ala2 dah tema Birthday Spiderman, tapi tak cukup pulak, so kitorang campur-campur je lah. Seronok gak tengok bebudak ni dok memilih nak yang mana.

bdayAA-2017- goodies

Thanks to all yang datang meramaikan Majlis Birthday kecil-kecilan ni. Hehehe. InsyaAllah kalau ade rezeki mungkin la buat lagi. Mungkin. Hahaha.. Anak pon dah besar dah ni. Mungkin buat kat tadika je la next year. Mihmihmih. Jimat sikit.

Few more pics time party hari tu. Kawan-kawan Mak pon datang juga. Thanks korang. Murni dari Puncak Alam lagi datang ke Kajang ni.

bdayAA-2017- friends bdayAA-2017- the husbands bdayAA-2017- kids playing

Okay lah. Itu je celoteh Mak Beba hari ni.

Alhamdulillah. Anak-anak bujangku membesar dengan baik. Moga Allah akan terus berikan barakah dan rezeki kepada budak berdua ni. InsyaAllah. Be good, boys. The most precious gifts of my life, My sons. Mak love you both forever and ever. Just don’t forget me when you find another girl kay.. Hahahaha..

Incoming search terms:

  • deko hari jadi anak tema spiderman (2)
  • deko hari jadi tema spiderman (1)

Hadiah Hari Guru untuk cikgu-cikgu Tadika ABS Kota Kinabalu

Ni je. Hahaha. Boleh la tu kan. Dapat lah cikgu-cikgu Alif merasa sepotong sorang brownies coklat sedap ni. Hahaha. Puji diri sendri lak buat brownies sedap. :p

Nasiblah ade lagi plastik tu yang guna untuk buat goodies masa birthday Alif 4 tahun. Kertas rainbow tu pon sama la tu, yang guna buat goodies bag DIY dlu tu.

For a little bit of personal touch, Alif tulis sendiri kad ucapan tu untuk cikgu2 dia. For a 6 years old boy OK kot agaknya tulisan dia tu? Hehehe. Tak tau la aku.

Ok la. Tu je ceritanya pon. Since 16 Mei tu jatuh on hari sabtu. So advance la sehari esok dapatnya. ๐Ÿ˜€

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru. Terima kasih,cikgu!

Incoming search terms:

  • diy hadiah hari guru (14)
  • hadiah untuk cikgu tadika (10)
  • hadiah untuk hari guru (2)
  • hadiah hari guru untuk cikgu tadika (1)
  • kek untuk hari guru (1)

Welcome 2015.

Wow. Kejap je rasanya, macam baru je buat post tapi rupenya da berabuk 10 inci blog ni. Hahaha.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang lagi buat kami untuk bernafas di bumi ni. Ntah kenapa ayat aku tetibe skema lak ni. Haha. Dah lama sangat agaknya tak buat blog post. Ntah ade ke tak lah lagi agaknya yang still bace blog picisan aku ni kan?

Kepada sesape yang masih setia tu terima kasih banyak2 sebab sudi bace. Kepada yang tetibe termasuk kat blog ni sebab tercarik something ke. Terima kasih jugak dan selamat datang. And seriously I should stop merepek ntah ape2 ni. Hahaha.

Jadinya, sempena tahun baru 2015 ni diharapnya aku akan jadi lagi rajin nak update blog. Lagi2 pasal anak kecik comel saya yang no.2 En. Azri tu.

Sorry ye Azri. Nanti mak qada semua cerita and progress Azri ek. InsyaAllah.

So next month on February. Azri turns 1 and abang dia Alif dah pon 6 tahun. Kejap je masa berlalu. Dah besar panjang anak bujang aku yang sorang tu.

Sebab dah lama tak tulis blog semua pon aku dok cuba sumbat kat post ni. Hahaha. Okay lah. Itu je for now. Nah gambar anak2 bujang saya. Pagi2 masih bacin on 01.01.2015.

IMG_2817.JPG

Alif dah besar..

Salam semua… ๐Ÿ˜€

Lamanyaaaa tak update blog.. Banyak gile sebenarnye cerita yang nak diceritakan tapi ntah laa.. memang mood nak update blog ke laut..hehehe..

So untuk warm up post ni just nak letak gambar Alif je.. :p

Alif pakai topi

Nampak mcm dah besarkannn…anyway topi tu pinjam je..sape punye ntah, tak tau pon..hahaha..tapi samada makcik ayong or oyet dia la..sebab kat rumah lama diorang..

Sabtu lepas kitorang meramaikan suasana je. Oyet (adik lelaki aku yang bawah aku si Boem) pindah masuk rumah baru dia kat Kajang 2..3 tingkat kau..mengah acik panjat sampai ke atas..hahaha… diorang dok busy mengemas la tu agaknya..

Ok la..nanti insya Allah update lagi..banyak nak cerita sebenarnye.. :p hehe..

Bye bye 2012

Assalamualaikum and hi kawan2..lama nya aku menyepi kan? Mesti korang pon da boring and stopped checking for new update kat blog yang tak seberapa ni..huu..

So sempena tahun baru ni 1.1.2013 aku just nak buat ala2 review ape yg da terjadi last year from the day aku stopped updating my blog..cuma gambar2 jek yg aku compile dr ape yg ada dalam handphone ni..

OK..gambar ni tak ikut sususan tarikh ke pe..maybe berterabur sket..so let us start..

image

A picture of kami berdua..hehe..dah besar da kan anak bujang aku sorg ni..and yes..masih sorang lagi..hehe..nak buat macam mana..rezeki belum ada.. ๐Ÿ™‚ doakan kami dapat tambah lagi sorang this year ye ?

image

Tahun lepas CreativelyBeba my own freelance small business da upgrade sikit dgn menambah lagi 2 services iaitu Logo design and Facebook fan page makeover..Kalau nak tau lebih lanjut just email or PM me on FB..boleh tgk hasil kerja aku yg sebelum ni di portfolio..

image

Gambar ni? Makanan jek..hahah..antara yg aku buat dikala rajin.yg memang la tak selalu pon.. :p hehee

image

Kalau kat sane hari tu dok bising2 pasal Big Bad Wolf, kat KK ni aku da berpuas hati la dengan Popular Book Fair kat 1Borneo hari tu…heheh..buku budak la macam banyak..untuk maknya pon cuma 2 buku..tu pon sebab macam murah..beli gak la even though it’s not really my kind of book..

image

Hari saje2 buatkan another flashcard Alif Ba Ta untuk Alif..this time ade baris atas plak..kalau nak download template alif ba ta baris atas ni boleh pergi kat my FB page at CreativelyBeba Fanpage

image

Kitorg ke Sandakan not sure bulan berapa..lupe dah..hhaha..sebab ayah Alif ada sukan jabatan..dia join main bola sepak..terer gak la..dpt top scorer.. ๐Ÿ™‚
Most of the day kitorg just lepak dalam bilik hotel jek time ayah dia gi lawan bola..sampai kering la kulit kitorang..huu..and sempat gak gi makan seafood kat sane..

image

And rumah kami ade upgrade sket sebab dah pasang wood flooring..saya suke! Cuma pasang di living/dining and bilik master..

image

Yang ni pulak memang aku tak pernah announce pon kat blog ni..me and my bro kitorang da register business ngan SSM..so i guess that officially made me a business woman? Hehehe..Nama company kami Creativelytopia Solutions and mainly yg kitorg ketengahkan ialah printing business and termasuk design sekali..masih baru and bertatih2 lagi..and my freelance business pon masuk sekali under company ni jugak la..

Kalau korang nak print business cards or flyers or ape2 ke just contact me kay..jangan lupe Like our FB fan page: Creativelytopia FB fanpage. And insyaallah kami akan launch sekali our website untuk kad kahwin plak..and maybe stickers and tags and paperbags..anything related to kahwin2 ni la..bile tu tal sure lagi..sebab design kad kahwin pon tak buat2 lagi..hahah..designernye buat masa ni aku sorang jek..kot2 ade any freelancers yg nak buat collaboration dengan kami contact2 la ye.. ๐Ÿ™‚

image

Ini kes bile En Alif da jadi terlalu artistic..sampai satu badan di contengnye..

image

Ok..tak payah describe kot gambar kat atas ni? Hehe

image

Alif sekarang ni rajin jugak belajar2. ni antara moments yang dia tunjuk bakat la ni..hehe..at 3 years old Alif da pandai membaca..mak mana yg tak bangga ngan pencapaian anak sendri kan? He can read english lg bagus dr BM..sama gak la dgn bercakap..mat saleh celup budak sorang ni.. :p hehehe..esok dia start pergi tadika..hopefully ok la dia..

image

Sejak bila ntah dok ber’tent’ dalam bilik..tapi di sebabkan tent ni la Alif sekarang ni da tido dalam bilik dia sendiri! Hoyee..takde la mak kena sepak malam2 ngan Alif lg.. :p

image

Ni bila kes mak nye dok kegilaan Lee MinHo…so bile potong rambut Alif pon cam inspired from character hero dalam citer City Hunter..takde la jd sgt pon..da maknye tukang gunting rambut amatur..heheh..tp not bad laaa..

image

Alif lagi.. ๐Ÿ™‚ Gambar dia yg buat peace bottom left tu macam ada sama ngan satu gambar ayah dia time dulu kale..mmg mengikut muke bapak dak sorg ni..

image

Okay..alif dok buat pistol la plak ngan lego dia..i guess the design a little bit futuristic kot? Hahaha..creative dak ni.. :p

image

Pekerja bawah umur! Hehe..ayah Alif bawak dia pergi office nenek..sesaje jek..jadik tukang cop..

image

Ni kalau tak silap masa dok bersiap nak pegi office nenek la ni..buku space checked! Batan checked!

image

Ini..hehehe..ayah punye kerja!! Alif 2-3 hari nak terima kenyataan pasal rambut baru dia ni..dok keep on ckp “I want my old hair back” hahaa…sekarang ni still ala2 gini gak la..mmg skill mak yang amatur tak dapat nak repair kerosakan yang ayah da buat..hehehe..

image

I guess this is the last picture..sebab aku da tak larat nak edit lg dah..hahaha..ni Alif as a great Ninja..dia ikot musim berubah2..kadang jadi spy.pastu kejap lg jadi doctor pastu ninja balik..satgi jadi airbender Alif..kalau pakai ensem2 jadi King Alif..hehehe..layankan saje~ ??

So itu je la laporan dari Kota Kinabalu.. ๐Ÿ™‚
Actually tengah on da way balik from Klias..hehee..dalam kereta lagi ni..esok first day Alif go skolah..mak plak tak sabar..harap2 dia boleh fit in..agak risau kalau dia takle communicate ngan dak2 lain sebab dia dok speaking london jek all the time..dari segi social skill dia aku rasa no problem sgt kot..sebab memang semula jadi mesra alam..

Oppss..ok la..da panjang sgt kot ni.. :p