disebabkan aku suka nombor 12 dan hari nih 12.12.08…aku pon sesaja je hapdet sbb harini ada byk no 12 dalam tarikh tuh..boleh?..

minggu nih puan bibah dah masuk 31 minggu kalau tak silap la..arituh last checkup sumenya ok..baby pon da betambah berat..tp pelik sbb puan bibah lak turun 1 kilo dan aku betambah 2 kilo?apekah?padahal yang makan a.k.a mentekedarah adalah puan bibah kita dan saya adalah pemerhati sahaja..kenapakah?haha..

smlm pas isyak ada kenduri doa selamat kat umah sedara aku yang dok kat area2 taman kitorang nih..pas kenduri tuh aku pon bawak la puan bibah gi mc d sbb puan bibah da termimpi2 nak mkn prosperity burger yg menjadik idaman sume mak buyung kat malaya nih!haha..jgn marah arr ibu ibu!:P punya la ngidam sampai kat dlm kete pon siap berdoa sampai nangis2 ( exxegerate sahaja!)..sume ini adalah kerana hasutan dan godaan dari kawan2 yang ber ym dan bagi msg yang dorg da selamat menikmati bege tesebot..sampai da mkn 3 kali pon ada..(yes..you puan adie!:P)..2 kali pon ada!(yes..u oso puan najwa!:P).sampai2 je kat mcd tuh..aku n puan bibah carik la kat menu yg terpampang kat counter tuh..NADA!..hohoh..sian puan bibah..keciwaa..minggu dpn baru ada..soo..slpas membuat keputusan nekad..puan bibah order mc chicken jee..pastu sambil mkn sambil ngomel perihal kelambatan pehak mc d kota kinabalu yang lambat launch prosperity bege tersebut..mungkin laut bergelora la puan bibah..soo..bege2 tuh kandas kat laut..kwang..kwang..kwang..sabar ekk..minggu depan!

disini saya ada sedikit kemusykilan..kemusykilan nih khas ditujukan pada mereka2 yang berpengalaman di luar sana tentang hal2 yang bersangkut paut dengan penyusuan ibu secara amnya dan penggunaan pam secara khasnya.(sila abaikan penulisan berbentuk skema kerana pagi ini saya telah meeting dengan lelaki melayu terakhir yang menjadi chairman..beliau menggunakan bahasa melayu 100% tulen mungkin setulen zaman kesultanan melayu dahulu kala..jadi saya pon terbawa-bawa ketulenan itu..baiklah sy mengarut!) berbalik pada kemusykilan saya,

1)perlukah seorang ibu yang hanya bekerja dari rumah sahaja untuk membeli breast pump sedangkan dia sememangnya bole menyusukan anak beliau secara terus sahaja..perlukah?

2)jenama apakah yang bagos?saya bercadang untuk membeli jenama bertajuk spectra 3 keluaran korea kalau tak silap..ok kah?

saya harap ada lah para ibu2 ataupon bapa2 (apa kes?) yang berpengalaman memberikan sepatah 2 komen ntok membantu..saya dahulukan dengan ucapan terima kasih jika ada yang sudi membantu…

sekian terima kaseh!

written by anas