Roti Lapis Ayam dan Cendawan (Resipi)

Fuhh. Semalam ntah tetibe mood elok plak nak pakai oven. Hahaha. Petang tadi punya la gigih dok try buat Oven-baked potato fries. Siap ngan cheese dip dia lagi.

oven-baked fries and cheese dip

Verdict. Tak mo da buattt. Hahaha. Tobat. Lagipon En. Laki kata dia lagi suke wedges. Chaittt. Hari tu penah buat ala wedges. Memang 60 kali lagi senang dari Oven-baked fries ni lah. Dah la gatal carik recipe yang siap double baked lagi. Konon nak fries yang crispy gitu. Muahaha.

Dah tu ape plak kena mengena lak tak kena ngan tajuk post ni ye tak? So nak dijadikan cerita. Mende alah cheese dip aku tu mcm banyak la plakkan lebihnya. Lagipon macam ala2 bechamel sos je. Pastu tadi terjumpa plak kat FB resipi Roti keju ayam cendawan. Nampak sedap la plak kan. So aku alter la sket resipi tu supaya pakai sos cheese dip aku tu.

resipi roti lapis ayam cendawan keju

This one I loike! Hehehe. Creamy and cheesy and all the good taste from the chicken, mushroom and bell pepper.

roti lapis ayam cendawan

Resipi ni versi aku la ek. Original resipi lain banyak gak lah. Tapi maaf lah resipi aku versi ‘agak-agak’ aku tak measure. Huu. Yang mana bule letak measurement tu aku letak lah. Tp ikut suke sebenarnya nak banyak ke sikit ke. Ikut selera hangpa la noo.

Bahan-bahan:

Dada ayam
1/2 tin Cendawan butang
1 biji Bell pepper (capsicum)
1-2 biji Telur
Susu segar
Roti keping
Cheese untuk topping (ikut suke nak cheese ape, nak murah cheddar lah, nak up lg tambah mozarella sket ke. Hehehe)
Black pepper and white pepper serbuk
Garam
Butter and minyak sikit

Bahan untuk sauce cheese:
3-4 sudu besar Tepung gandum
1-2 sudu besar Butter
1-2 cawan Susu segar
1/2 Kiub pati ayam
Cheese (aku pakai cheddar sekeping, mozatella sekeping kalau tak silap)
Black pepper and salt for seasoning.

Cara-cara:

Pre-heat oven at 200deg celcius.
Prep the chicken and mushroom.

1. Ayam tu kasi potong butterfly nipis. Seasoned with salt and pepper. Letak tepi dulu.
2. Potong button mushroom nipis2 gak. Seasoned jugak sama la macam ayam tu.
3. Bell pepper tu just potong dadu kecik2 sedap2 still bule kunyah.
4. Panaskan pan. Cairkan butter and letak minyak sket. Then layerkan ayam tu dalam pan. Masak both side. Kalau muat pan saute sekali mushroom dalam tu sekali gus. Kalau tak. Asing2 lah. Hehee. Dah siap tu simpan tepi.

Buat cheese sauce.

1. Cairkan butter, then masukkan tepung sambil whisk butter supaya tak bergumpal.
2. Bila campuran butter dan tepung da sebati elok, masukkan susu sikit2 sambil whisk.
3. Masukkan kiub pati ayam tu. Kasi hancur2 kan.
4. Then masukkan cheese barang 2-3 keping gitu. Kacau kasi cair cheese and smooth je texture sauce kita.
5. Seasoned with salt and pepper.

Pastu set aside mende alah tu. Dah bole start untuk assemble roti lapis kita.

1. Sediakan loyang. Grease sikit satgi melekat macam aku punye. Hahaha. Senang pakai loyang 4 segi.
2. Combine telur dan susu. Whisk sebati.
3. Rendam roti keping dalam bancuhan susu telur tu and susun sampai penuh loyang tu.
4. Letakkan strip ayam, cendawan yang da saute tadi and bell pepper. Tabur2 gitu. Then letakkan sos cheese kita.
5. Ulang rendam roti and layerkan lagi.
6. Ulang step 4.
7. Ulang step 5. (Amboi senang acik tulis resipi. Haha)
8. Last skali kalau ade lebih sos putih tu bule letak atas sekali sebelum tabur cheese untuk topping. Kalau macam aku tak cukup plak. So takde lah. Bantai je. Hahaha. Cheese pon sikit. So mcm kering sikit atas dia.
9. Bakar dalam oven dalam 15 minit gitu. Siap!!

Hehehe. Amacam? Rasanya senang kena susah? Paham ke penerangan aku tu? Hahaha. Ok lah. Panjang dah cerita resipi ni. Saya mengundur diri dulu. Nak layan lagi seround Roti lapis ayam cendawan cheesy aku tu. Yumm yumm.

Sila lah cuba ye. 🙂

Incoming search terms:

  • resepi roti lapis ayam (14)
  • resepi roti cendawan (11)
  • roti gulung mushroom cendawan ayam (1)
  • how tu make roti lapis (1)
  • RESAPI ROTI LAPIS CHEESE (1)

Resipi Simple Sarapan Pagi Yummy..

Sejak Alif dah sekolah ni pagi2 kalau sempat buat la breakfast simple je..yang tak amik masa lebih dari 15 minit..hehe..Si Alif pon kadang boleh tahan gak dok nak kena pujuk dia pepagi suh pegi sekolah tu..amik masa..

Takde la original mana pon resipinye..hehe..but saje je nak share kat sini..mana la tau kot2 ade yang tak tau ke..

So resipi ni nama simple nye Roti Hotdog and Cheese Yummeh..hahaha.. :p takde la..Roti Hotdog and Cheese Gulung ok kot..sangat lah simple kejap je siapnya..gini la rupenye setelah siap dan sedia untuk di makan di pagi hari..

Roti Hotdog + Cheese - Resipi Sarapan Pagi

mengalir2 lagi cheese dia haa… :p

So bahan2 yang diperlukan untuk buat 3 biji roti gulung ni:

  • 3 keping Roti  (kasi penyek2 sket bagi padat..nak pakai rolling pin boleh..pakai tapak tangan je pon boleh..tonyoh2 je)
  • 3 batang? keping? ntah.. Hotdog (Rebus dulu kejap, tak rebus pon takpe kot..tapi aku selalu rebus..)
  • 3 keping cheddar cheese (nak jimat sket pakai 2 keping pon cukup just potong 3 setiap keping mcm yang aku buat la..)
  • 1  biji telur (aku guna telur gred A kalau gred lain tatau la..maybe kena pakai 2 biji kot..yang ni kasi kacau cam nak buat telur dadar tu aku letak garam and black pepper serbuk sket..up to korang la nak letak ke tak..)

Caranya:

Just assemble roti, hotdog and cheese seperti gambar di bawah, and gulungkan rapat2..boleh letak sikit telur tu nak bagi hujung roti tu cam melekat sket..

Resipi Breakfast Simple - Roti Hotdog cheese

And then..just kasi benamkan (cam dalam sgt jek telur tu) roti yang dah siap gulung dalam telur.

Resipi untuk sarapan pagi - Roti Hotdog Cheese Gulung

Bagi cover semua permukaan luar and then dah boleh goreng! Sampailah cam golden brown gitu..

Simple Breakfast recipe - Roti Hotdog and Cheese

Pastu angkat lah..jangan bagi hangus plak…and boleh la potong serong kecik2 cam gambar first tu..supaya senang sket nak makan..and cepat sket sejuknya..nak mengejar masa takmo lambat gi sekolah..hehehe..

Berjaya jugak aku buat post hari ni..hehehe.. :p Kepada yang sudi membace..terima kasih sesangat sebab sudi lagi melawat blog yang tak seberapa nak glemer ni…Harap2 lepas2 ni datang la balik semangat nak update blog ye..

Edit: Rupenye before this dah ade buat gak post roti hotdog gulung ni..but kali ni kasi upgrade sket dari yang dulu sebab ade cheese..hehe.. :p Kalau nak tengok versi lama ade kat sini: Roti hotdog gulung bersalut telur yang terbaek!

 

Incoming search terms:

  • menu sarapan pagi ringkas (703)
  • resepi sarapan pagi (628)
  • resepi sarapan pagi ringkas (498)
  • menu sarapan pagi (247)
  • resepi breakfast (228)

Resipi Biskut Cerelac [Biskut Minyak Sapi]

Biskut Cerelac ni aku dapat recipe from akak ipar aku..sodap woo..nak buat pon simple gile..ingredients sangat sikit..but kasar belanja..hahahaa…

Ni la rupe Biskut Cerelac tu..

biskut-cerelac-minyak-sapi-resipi

Nak watnye memang simple jek…so kat bawah ni ialah bahan-bahan yang perlu ada dan resipi camne nak buat Biskut Cerelac ni..

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Ghee (minyak sapi)
  • 1/2 cawan gula icing
  • Tepung Pau secukupnya
  • Nestle Cerelac Rice perisa susu untuk baby

Cara-cara buat Biskut Cerelac:

  1. Pukul Ghee dan gula icing sehingga kembang
  2. Masukkan tepung pau dan gaul sebati sehingga adunan boleh dibentuk
  3. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
  4. Lepas dah masak panas2 tu..kasi golek2 and tabur2 biskut kat dalam bekas yang ade Nestle Cerelac tu..then letak la mana2 kasi sejuk dulu before masukkan dalam bekas bertutup…

Tepung pau tu aku sift kan gak dlu sebab tepung yang dak p beli tu cam kasar2 la plak cam ketul2 sket..aku pon tak sure la memang gitu ke tepung pau ni..sebab first time gune..

And aku berenti letak tepung pau tu bile cam ala2 aku dah boleh nak bentukkan adunan tu bulat tu kira dah ok la..takde la keras sangat..dier still lembut lagi and sometimes still bule melekat kat tangan sket2…biskut ni memang lembut jek…

Kalau ikot recipe dier kate bakar selama 20 minit..but aku tambah lagi 5 minit..aku bakar dalam 25 minit gitu..lagi best.. 😀 maybe depend on berapa besar kita dok bulat2 kan adunan tu jugak kot..so pandai2 la korang adjust2.. 😀

Owh..cerelac yang aku guna tu jenis yang ni:

biskut cerelac minyak sapi recipe

So ni la satu antara 2 biskut raya yang aku dah buat..lagi satu lagi biskut chocolate chips aku yang pernah aku post dulu..

Kali ni aku buat tak letak additional cocoa powder lagi dah..and aku bakar cam 20 minit gitu..yang peliknye biskut ni the next day lepas ko bakar nanti dier akan jadik lagi sedap..hehe..

chocolate chips cookies recipe

Aku wat biskot ni 2 adunan..letih gak la membakar ngan oven kecil aku tu..sekali masuk muat 30 biji jek..5 kali aku bakar nak siapkan biskut ni..semalaman gak laaa…

 

Incoming search terms:

  • biskut cerelac (3066)
  • resepi biskut cerelac (2816)
  • resepi biskut cerelac sedap (369)
  • biskut cerelac resipi (316)
  • Resipi biskut cerelac (304)

Recipe Biskut Chocolate Chips Simple and Sedap.. ~~

Post ini ialah sempena pembayaran hutang untuk Beba’s 30 days Blog challenge and tajuknya is Day 3 – A Recipe.

Sebab dah nak dekat raya ni kan..meh la aku share resipi chocolate chips cookies yang aku pernah buat ntah bulan2 lepas bile ntah…

Ni la rupenye cookies tu.. 😀

resipi-biskut-coklat-chip-sedap-yang-simple

Mahap la rupenye botak sikit..aku ingat aku ade banyak lagi Chocolate Chips kat umah..rupenyer sikit gile yang tinggal..tapi memang tengah mood nak buat cookies kan..buat jek laa..kalau tak kang memang tak buat…

Recipe ni aku copy from website omputeh..lupe dah la kat mana copy..huu…tapi aku memang suke la hasil yang dapat from recipe coklat chips cookies ni…

So ni la dier resipi untuk biskot coklat chips yang sodap ni.. :p

Bahan2:

  • 2 cups flour
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 3/4 cups unsalted butter, melted (aku pakai jek salted butter..but kurangkan sket sukatan salt dier)
  • 1 cup brown sugar
  • 1/2 cup white sugar
  • 1/2 tablespoon vanilla
  • 1 egg
  • 1 yolk
  • 2 cups semi-sweet chocolate chips

Cara2 membuat Chocolate Chips Cookies kita ni:

  1. Preheat oven to 165 degree Celsius.
  2. Sift flour, baking soda and salt.
  3. In a bowl cream together melted butter, brown sugar and white sugar until well blended.
  4. Beat in vanilla, egg, yolk, until light and creamy. Mix in sifted ingredient until just blended. Stir chocolate chips in.
  5. Drop cookie dough 1/4 cup at a time and 3 inches apart.
  6. Bake for 15-17 minutes until the edges are lightly toasted. Cool it down.

Cam simple kan?? aku kalau carik recipe mesti nak carik yang pakai cups jek..sonang..and dough tu kalau kita refrigerated dulu for few hours before bakar dier akan jadik lagi sedap…aku simpan 2 hari dalam peti ais then bakar…laaaagi sedap..hehehe..

Ikot pengalaman aku ngan recipe ni..before aku masuk peti ais tu..means lepas jek siap dough tu aku terus bakar…aku rasa cam manis gile jek cookies ni..but after dah letak dalam peti ais tu..memang cam dier lagi sebati kot adunan  tu..and the cookies surely taste much better.. 😀

So bertambah la lagi satu resipi untuk biskot raya korang..try laa..sedap..dier cam crunchy kat tepi2 tu but cam soft and sedap jek kat tengah2 dier..owh..lagi satu..kalau ikot resipi tu kan 1/4 cup dier wat..besar gile woooo…so aku wat la kecik2 ala2 biskot2 kita yang biasa tu jek..

Alamak..ade lagi yang aku lupe..hari tu sebab chocolate chips aku sikit sangat..aku takut cam tak rasa bercoklat..so aku tambah 1/4 cups of cocoa powder kalau tak silap aku..tu yang jadik hitam tu..hehehe.. 😀

Then 2nd batch yang aku bakar..sebab still tak beli2 lagi chocolate chips..aku masukkan jek cereal Milo tu kat dalam dough tu..memang best…rangup gitu…

Suke2 aku jek kan alter recipe.. :p

p.s: pasni kena buat lagi satu post for today’s challenge pulak..

 

Incoming search terms:

  • biskut coklat chip (478)
  • resepi biskut coklat chip (383)
  • biskut chocolate chip (348)
  • resepi biskut chocolate chip (242)
  • biskut coklat (222)

Makan daging rusa black pepper ngan telur dadar pon sedap jugak..

rusa-black-pepper-telur-dadar

kat umah kitorang ni belambak plak kan daging rusa..kalau tak silap sepupu dak p yang bagi…sebab aku tak pernah masak daging rusa ni so tak berapa sure la nak buat ape..last2 malas nak pikir aku wat jek masak black pepper cam biasa2 aku masak daging lembu….

ni aku nak share cara aku masak daging black pepper…tak kesah la daging pe pon…setakat ni aku pernah masak daging lembu (normally), kerbau (time raya korban) and baru2 ni rusa… 😀 selalunye menjadi laa….tak caya tanye dak p…dier memang suke kalau masak black pepper ni…hohho…

bahan2:

  • daging rusa pon sodap..
  • serbuk kunyit, black pepper, white pepper
  • black pepper yang baru jek dihancur2kan (yg bulat2 itam tu..kasi hancur sendiri)
  • kicap
  • garam
  • bawang putih and bawang merah
  • sayur2 ke..cam kacang panjang or kacang buncis or ape2 jek la yang ade..

gini jek caranya….

  1. daging tu dihiris tak berapa nak nipis sangat laa..agak2 sedap makan tu….
  2. then dalam satu bekas masukkan daging tu, then letak kunyit, kicap, black pepper serbuk, white pepper serbuk and fresh black pepper yg agak hancur (aku takde lesung ke pe ke so just potong2 and ketuk2 kasi tak berapa nak halus ngan pisau)
  3. gaul2 kasi rata and biarkan jek la seberapa lama korang suke.. 😀 lagi lama lagi best la..aku kadang biarkan 15-30 minutes..depend on tahap kelaparan aku..
  4. Then potong bawang putih and bawang merah (besar)
  5. Panaskan minyak and masukkan dua2 bawang tu…
  6. Bila dah naik bau tu bule la masukkan daging kita kalau ade rempah2 dalam tu masukkan saje..
  7. kacau2 la sampai daging tu kasi nampak cam dah masak tu…
  8. kalau rasa tak cukup itam tambah lagi kicap..and letakkan air sket..
  9. Then biarkan sampai daging tu sampai empuk and normally air tu pon akan kurang and cam ade la berkuah sket..tak berapa kering and tak berapa berair sangat…just nice…tapi ikot selera gak la kot..aku suke cam ni.. 😀
  10. Lastly kalau korang rasa tak cukup masin..letak la garam sket ye..

Kalau nak letak kacang buncis or kacang panjang pon bule…aku tu letak sbb malas nak masak sayur separately.. :p hohoho..mahapkan saya…

So gitu la adanya..masakan puan beba yang memang terkenal dengan ketidakrajinannya..hehe..

Telur dadar tak payah la nak bagitau camne nak buat kot..hehe..

 

Incoming search terms:

  • daging rusa masak kicap (32)
  • masakan daging rusa (29)
  • daging rusa (15)

Kek Coklat Kukus [First Time Pn.Beba wat kek wei~]

Hoyee~~ dengan tak malu nye aku announce yang ni la first time aku wat kek… :p

Rasa cam bangga ngan diri sendiri pon ade…setelah sekian lama idup kat dunia ni…baru la cam terbuka hati nak wat kek…and hasilnye??

Not Bad laaa….nak tengok rupenye camne??

resipi kek coklat kukus

melimpah2 topping..hehehe…dak p kate sedap…so aku take it as menjadi la..heehhe..aku makan pon cam sedap jek… :p so berjaya la kan…hihihihi..hepinyee..

Ni resipi for Kek Coklat Kukus ni..FYI resipi ni aku salin from buku akak ipar aku yang aku jumpe kat umah mentua aku…tak ingat la ape pulak nama buku tu..huu…tapi cam tunggang terbalik gak la aku buat sbb cam aku tak sure la cara2 tu aku salah salin or mmg buku tu yang salah..haahha..so aku improvise…huu..kiranya bahan2 semua aku ikot..tapi cara2 buat tu aku tulis ikut cara yang aku buat kek coklat kukus tu hari tu…

Resipi Kek Coklat Kukus

Bahan A

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air (aku tukar pakai susu coklat)
  • 1 cawan mentega cair
  • 2 cawan brown sugar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bicarbonat

Bahan untuk Topping

  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan mentega

 

So caranya untuk wat kek coklat kukus ni…gini ye…

  1. Panaskan air untuk kita kukus kek tu nanti
  2. Campurkan semua Bahan A dalam satu mangkuk besar, then mixkan semua sampai sebati..aku guna hand-held mixer yang baru jek keluar dari kotak.. :p aku pakai speed yang paling slow..takut tepercik merata2 plak kang…
  3. Then Bahan B tu pon kasi campur dalam mangkuk and kacau2 kasi dier rata…
  4. Pastu dengan penuh skillnya sebelah tangan pegang mixer and sebelah lagi masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A tu..and mix kan kasi sebati…jadik batter cake yang sedap and coklat!!
  5. Then loyang kasi griskan ngan butter sebelum tuangkan batter kek coklat kukus tu…
  6. Loyang tu sebaiknya ditutup guna kain untuk elakkan air kukusan tu menitis atas kek…
  7. Then masukkan dalam kukusan and biarkan selama 1 jam dengan api sederhana kecik.
  8. Lepas dah sejam tu keluarkan la…kasi sejuk…

Sementara nak tunggu kek sejuk tu bule la wat topping dier plak…

So cara wat topping coklat untuk kek coklat kukus ni cam ni plak ek…

  1. Masukkan susu pekat and serbuk koko dalam kuali ke periuk ke and kacau rata.
  2. Panaskan dengan api sederhana and kacau sebati.
  3. Masukkan mentega and kacau lagi sampai sebati semua 3-3 bahan tu..
  4. Then tutup api..kalau nak kacau kejap lagi pon bule..
  5. Kasi sejuk dlu..and then bule la tuang atas kek…

So..camtu la pengalaman pertama aku buat kek… :p

Incoming search terms:

  • kek coklat kukus (4013)
  • topping kek coklat (1294)
  • resepi kek coklat kukus (935)
  • kek coklat (534)
  • kek kukus coklat (514)