psycho!

akum..smlm aku mimpi pelik!hohoho…aku mimpi aku baru balik dari mana ntah..ofis mungkin ..pastuh sampai je umah bukak gate then tetiba aku nampak seekor kerbau/lembu tgh beranak kat porch umah kitorang!!pastuh aku teros tejaga..time tuh btol2 alarm bangun subuh aku bunyik kol 5.5 minit pagi tpt!hoho..apakah makna sumer ini?haha..pastuh aku citer kat bibah dia gelak jer sambil quote ” apa nih samakan saya ngan kerbau/lembu!!”hahahahaha…pastu puan bibah ckp smlm dia mmg sakit perot then byk kali masuk toilet..lagik la aku seriau..last2 arini aku cuti!..mana la tau..hoho…

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru cina pada kawan2 sume..silalah berkunjung ker shopping2 mall berdekatan umah anda ntok tgk tarian singa..tong tong tong tong chang tong chang!gong xi fa chai loo!

adakah mimpi pelik aku ada berkaitan ngan CNY yg akan menjelma nanti yang mana tahun nih ox year..!jeng..jeng..jeng..

cale~

p/s= ini mungkin debaran nk tgu due date!maafkan kami!

37 weeks!

puan/encik,

Tahniah!!pada puan bibah n baby boy kerana berjaya sampai ke minggu (matang) 37 dengan cemerlang !banzai!!da final exam daaa..biler nak grad nih en.baby?..semoga Allah permudahkan ntok korg berdua!insyaAllah!:)..same goes to u pn adie!..~

cale~

yang benar

en.suami/ayah(soon)

Allahuakbar..

Assalamualaikum..post harini khas untuk keluarga puan mardziah..fyi puan mardziah ni pernah sekelas ngan aku kat maahad dulu..syukur Alhamdulillah puan mar family semakin sehat pas accident arituh..aku baru tau pas bukak blog puan mar kita tadik..blog puan mar sangat berisi!soo..aku amik isi2 penting then paste kat blog ni supaya aku n puan bibah n member2 lain dapat isi2 tuh jugak..tak pon lebih senang korg gi jer kat blog dia (minta izin ek puan mar!) kat sini. http://mardziah.blogspot.com..

kat bawah ni antara isi-isinya..Allahuakbar!

1.Dalam sebuah hadis disebutkan seorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Pada suatu hari datanglah seorang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah yang lebih dahulu mendapat persahabatan yang lebih baik daripada saya? Rasulullah menjawab: Ibumu. Ia bertanya, selepas itu siapa? Jawab Rasulullah: Ibumu. Ia bertanya lagi, selepas itu siapa lagi? Jawab Rasulullah: Ibumu. Ia bertanya lagi. Kemudian daripada itu siapa lagi? Jawab Rasulullah: Bapamu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.Surah at-thaghabun, ayat 15 :

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

jadi utk peringatan diri sy sendiri, semua org dh buat yg terbaik. apa yg tk selesai, hrta rosak, brg mahal, dll – jgn dimarah sgt. tk bwk mati pn semua tu. yg penting jga dosa+pahala. cuba buat yg terbaik utk semua dgn harapan bila kita mati, cuma yg baik2 disebut & diingat org.amin..

3.BERASA CUKUP

Tatkala seorang suami berasa bahawa dirinya sudah melakukan yang terbaik, jangan sekali-kali usahanya dihentikan setakat ini. Usaha itu harus berterusan, bukan sahaja untuk melangsaikan tanggungjawab yang terpikul di bahu sendiri, malah untuk berdepan dengan dugaan kufr al-’asheer, yang diisyaratkan oleh Nabi SAW di dalam Sahih al-Bukhari, hadith ke-29:

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”?. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

4.Firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 233:

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
p/s= kim salam kat suami n ibtisam!

1201

minggu lepas balik beaufort..ngan tujuan nak melawat kampung halaman dan nak repair si hijau..misi pertama berjaya tapi yang kedua fail plak..ampeh..mcm da kna tipu plak aku..takpe..nanti aku ikhtiar..hoho..kalau tak mmg bukan rezeki si hijau la..um.balik arituh pon sbb nak balik seblom puan bibah besalin bulan depan (insyaAllah),pas ni kalau bole tanak la jalan jauh2 cos puan bibah pun da kat final stage da nih..soo kalau jalan jauh2 nih tak brapa nak di galakkan la kot..pagi ahad tuh kitorang = aku n puan bibah + akak aku + adik + adik bongsu aku awal2 pagi lepak kat bilik mak aku dengar citer pengalaman dia lahirkan kitorang adik beradik..hoho..best gak..terbahak 2 la gelak..:)

InsyaAllah baby kitorang akan dapat sepupu tahun nih..hoho..akak aku disahkan mengandung 1 bulan..bukan main gumbira lagik mak aku sbb tahun nih dia nak dapat 2 cucu..mak aku punya happy sampaikan dorg da bli tiket ntok melawat puan bibah time bepantang kat kajang sok..dorg gi 13/3 kalau tak silap..so..aku pon plan nak gi ngan dorg gak la..mana bleh aku tinggal sorg2 plak kat kk nih..sian la aku!heh..

kk skang nih hujan je..smlam mcm banjir kecil kecilan kat taman kitorang..sepanjang jalan dari beaufort ke kk ujan je..sampai tahap yang tak nampak jalan..

……

……

ok..itu je..giler tader output!

cale~