jgn mengumpat~

assalamualaikum..da seminggu aku dok rumah sorang..puan bibah n en alif sehat kat kajang nuu..Alhamdulillah..skang nih alif da betambah bulat dan berat..pn bibah ada gak mms aku video n pic en alif kita tuh..slalu kalau teleconference ngan pn bibah dia dok tido jer..:)

minggu lepas aku berhibernate je kat umah..kuar umah gi opis jer..pastuh gi bli bekalan mknan kat giant pastuh balik umah betapa..haha..seb bek kawan aku firdauz ada dtg kk dari sandakan..firdauz ni kawan aku dari darjah 5 lagik,pastuh skolah kat semenanjung sesama n masuk itm dan sampaila skarang….so..aku ajak dia dtg umah..ble gak men winning eleven!heh..tu pon da hari jumaat da..so mlm jumaat tuh dia lepak ngan aku..mlm sabtu tuh aku join firdauz gi masjid pekan menggatal..ada taalim dari maulana n jemaah dari sri lanka..ceramah arituh berkisar tentang tanggungjawab dan peranan kita di utus ke bumi Allah ni..apa peranan kita? menyembah Allah S.W.T~mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya~terlalu panjang huraian topic ni sbnarnya..sgt tak ckup masa yang ada mlm tuh..kupasan2 maulana dari sri lanka tu sgt tepat dan mendalam..untuk pengetahuan korg maulana ni da 40 tahun menjalankan usaha atas iman umat manusia kat bumi Allah nih..usaha atas iman = dakwah..antara isi-isi yang perlu aku kongsi ngan korang sume adalah seperti berikut ~

1. iman kita semua perlu kita perbaharui selalu~zaman kita nih da akhir zaman ye tuan2..soo..satu pattern yg menakutkan ntok umat kita skang nih adalah seorang hamba itu beriman pada awl pagi kemudian kufur pada petang hari..maknanya terlalu banyak yang bole membuatkan kita alpa dan dalam kita sedar atau tidak kita telah menyekutukan Allah..nauzubillah..so~sentiasala renew iman kita..mcmana?istighfar byk2 dan bermuhasabahla yee..

2. sentiasa la ingat pada Allah dalam apa jua yang kita lakukan,semua yang ada kat dunia nih adalah rahmatnya…dia lah yang menciptakan segalanya..yakinlah bahawa Allah lah yang berkuasa ntok membuat apa saja~benda nih kita kena latih 24 jam..24/7 kita kena beriman pada Allah S.W.T..soo..bila kita demam,ingatlah pada Allah, sebelom kita minum panadol tuh kita minta Allah sembuhkan demam kita, bila kita sembuh ingatlah yg bukan panadol tuh yg sembuhkan kita.tapi Allah!:) benda2 kecil mcm ni kita kene latih..supaya kita sentiasa ingt yang Allah la segalanya..

3. usaha agama sgt penting, selepas kewafatan Rasulullah S.a.w.usaha ni diteruskan oleh para sahabat, dan seterusnya menjadi tanggungjawab kita semua~pernah tak kita terfikir macamana syiar islam nih tersebar ke seluruh alam ni sedangkan nabi kita Muhammad hanya tinggal di tanah hijaz?..semua ini adalah hasil dari usaha agama ye tuan tuan..~kita akan dihisab nanti ye tuan tuan tentang tanggungjawab kita dan peranan kita diutus kedunia ini nanti..sekecil zarah pon takkan terlepas dari perkiraan Allah..tidak sempurna iman kita jika kita tidak mencintai saudara kita sepertimana kita mencintai diri kita..soo..kalau kita sudah merasa betapa nikmatnya iman dan kebenaran kalimah Allah,maka patotla kita sebarkan dan ajak mereka sama2 sekapal ngan kita~insyaAllah..takot2 nanti time hisab jiran kita sebelah rumah claim yang kita tak penah ajak dia beriman pd Allah..naya je~

4. jauhi mengumpat atau mengata keburukkan orang lain (walopon mmg buruk)~..kita sama 2 hamba Allah di bumi ini..tidak ada beza nya kita ni..yg berbeza pada Allah hanyalah amalan kita saja..tu pon hanya Allah yg tau amalan kita masing2..soo..bila ada hamba Allah yg mengata tentang keburukkan org lain sbnarnya dia mengata ciptaan Allah S.W.T..uish..mengumpat kan dosa besar..siap nabi ada nampak lagi balasan dia kat neraka time israk mikraj kan?..sbb bila kita mengata si polan la contohnya..tup tap tup tap si polan nih bertaubat pada Allah..soo..semua umpatan2 kita pada sipolan tadik akan menjadik dosa pada kita..so,bila ada hamba Allah or kenalan2 kita yang perangai pelik n ntah hape hape, kita doa je pada Allah..mengadu la pada Allah..DIA maha mengetahui~ingatlah,kalau org ketiga yang kita sampaikan mengenai hal keburukan org lain selain tuan punya badan dan Allah, maka jatuh haramla perbuatan kita tuh~

5.istighfar banyak2! zaman skang nih kita hidup ngan dosa~ sampai kita sendiri pon tak sedar yang kita buat dosa..Astaghfirullah..istighfar yee..

um..banyak lagi sebenarnya isi2 taalim tuh..2 jam stengah rasa skejap je mlm tuh..hoho..:) itu je la kot buat masa ni..InsyaAllah kita sama2 ingat Allah..kerana itulah priority kita hidop kat dunia nih…Allahuakbar!:)

p/s= puan bibah bile nak hapdet?hoho..

tribute~

akum..aku copy paste jer citer ni dari emel..just nak share..:)..tribute to all the mothers!

IBU MISALI

OLEH NORHASHIMAH HASHIM (nama mcm kawan kat maahad dulu..dia ke?)

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat “Ibu Misali”. Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

“Sekarang …,” suara pengacara majlis bergema kembali, “Tibalah kita kepada penerima anugerah “Ibu Misali” yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. ”

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

‘Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.’

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

“Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah “Ibu Misali” tahun ini.”

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

“Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya”

“Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga “Ibu Misali”
yang baru menerima anugerah sebentar tadi.”

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

“Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!” suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

“Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak.”

“Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun.”

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

“Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka.”

“Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri.”

“Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?” Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

“Tapi, mak tak adil!” Saya kerap membentak. “Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!”

“Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!” Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. “Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka.”

“Mereka cacat apa, mak?” Saya membeliakkan mata kepada mak. “Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!”

“Mirah … Mirah belum faham, sayang.” Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

“Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin
mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya.”

“Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak.” Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun. “Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi.”

“Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan.” Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

“Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya.”

“Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka.”

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

“Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang
pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. ”

“Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan.”

“Ibu!” Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. “Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak.”

“Mirah!” Ibu merangkul saya. “Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah.”

“Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami.”

“Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain.”

“Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?”

“Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah.”

“Mak adu semua kepada ibu, Ya?” Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

“Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak.”

“Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu.”

“Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak. Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak.”

“Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu.”

“Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah.”

“Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu.”

“Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru.”

“Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. ”

“Mirah,” panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. “Mirah.”

“Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur.”

“Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. “Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar-benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah”

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

“Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak.”

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

“Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. …”

“Mak!” Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang-abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

“Kenapa Mirah tolak tawaran itu?”

“Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?”

“Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! ”

“Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?”

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

“Mak, ayah.” Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

“Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. ”

“Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang.” Mak masih meragui keupayaan saya.

“Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti,” balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

“Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. ”

“Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya.”

“Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah.”

“Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?” suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, “Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?”

“Mirah bukan anak kandung kita.” Mak meningkah. “Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya.”

“Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak.”

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah “Ibu Misali” dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak “Ibu Misali” yang lain.

“Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah.”

“Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan “Ibu Misali” pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan.”

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang comel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental.”

“Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah “Ibu Misali” tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak.”

“Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. ”

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

‘Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.’ Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

“Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan “Ibu Misali” untuk menyampaikan anugerah “Ibu Misali” serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan.”

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah “Ibu Misali” sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah “Ibu Misali” yang terakhir itu.

alone~

assalamualaikum..sadis gile tajuk entry aku nih..hahah..hari jumaat lepas aku,  puan bibah, MIL n alif balik kajang..flight kitorang kol 12.30..Alhamdulillah alif tak buat perangai pon dlm flight..tido je..hoho..memula cam risau gak dia nangis ke apa..dah la kitorang dok asing2..alif dok ngan nenek dia..aku pon taktau ai.r a.sia da kna duduk ikot seat da skang nih..hoho..next time kalau nak travel kna la book siap2..senang..tiket kitorang bulan 4 ngan 6 ni kompem kna dok asing lagik nih(sbb da bli)..adehhh..soo..sampai kat lcct atok alif dtg amik n kitorang pon sampai la kat kajang..

esoknya ramai la yang datang melawat/nak tgk en alif kita..hoho..tq very much to nyang n tok nyang beranang, baby syikin, yati n aboy, umi n family(nana,bili,n wana),apek n sal,ipan n mira,badut n gf (lupa nama!),efa,acul n wani,palen.tolel n nita,dayen n ashyraf..tq2 4 adiah2..sgt beguna sume2 tuh..one thing pasal si alif ni..time oang datang nak tgk dia..dia punya tido punya la lena..kita cuit2 pon dia buat deek je..mcm2 la yang dorg buat kasik dia bangun..tp dok tetutup gak mata..hoho..makin di kejut makin lena lak..

smlm aku da balik kk..tak best giler balik sorang2..tinggal la pn bibah n en alif kat kajang..balik umah yang kosong tade org aku jadi tatau nak buat apa..sudahnya aku dok menyapu n mengemas umah.. abes sume abok aku lap..pastuh tgk gambar2 lama yang aku bawak dari kajang(gile nostalgik gambar2 sume!)..haha….seb bek balik ni pn bibah ada bekalkan aku ngan anime2 dia tuh..hoho..tu pon tatau tgk ke tak sbb aku tade la minat tahap gaban kat anime mcm pn bibah tuh..um..last2 smlm aku tido awal cos nak bangun kol 4 tgk champion league(glory2 man utd!)..rindu plak nak dgr suara en alif melalak pepagi..tukar diapers..tunggu dia burp..aiyoo..bestnya nikmat yg Allah kasik ni..alhamdulillah..masuk bilik en alif dapat la bau dia sket..(sbnarnya bau lampin yg baru cuci)heh..aduuu..bibah n alif..teseksa idop korg tader!:P..

en alif skang ni da stat jadik penjaga malam yang tegar..stat je kol 12 ke atas mata dia da susah nak tutup..kasik dia kenyang pon still dia tak ngantok..hoho..mungkin sbb siang dia bantai tido kaw2 punya kot..dia nih suka dgr orang beborak2 dkat2 ngan dia..kalau pasang tv citer2 drama tuh dia dok senyap je..seblom ni just on laptop n play said al-ghamidi ngaji je dia senyap..skang dia da demand tv plak..hohoh..soo aku la yg dok layan tv pepagi buta ngan en alif..(tebayang muka en alif tgk kiri kanan!~~)..tak bestnya jauh..kalau en alif n pn bibah ada kat umah skang nih kompem aku da stat kete n balik umah nih!hahah..psycho!..full stop.

14/3 ni my PIL nak wat majlis ntok cucu dorang yg first nih..parent aku awal2 lagik da bli tiket ntok attend..maybe aku gi pon takleh lepak lelama sbb nak sep cuti..kna plan cuti..byk lagi event2 ntok taun nih..:)rasanya itu je update kali ni..makin byk tulis makin teringt kat my other half n en alif!jaa~

p/s= puan bibah kalau rajin tepek la gambar kat entry sy nih!gambar2 lawatan en.alif nye peminat!:P

15 days

assalamualaikum..hoho..lama da tak post..maklum la semenjak dua menjak da jadik ayah nih kan..bz sket..hahaha..:)..um skang nih aku da stat masuk keje balik, dari isnin lagik sebenarnya..soo balik2 opis da byk keje..nih da ada kurg sket la arini..hoho..tu yg bleh update..

arini alif da berumur 15 hari..best giler ada baby nih!nak ckp pon tak terungkap dengan kata2..( abaikan ayat2 klasik nih!)..balik umah tgk alif sejuk jer hati..ilang sume penat..rasa nak balik umah je..haha..seb bek keje..kalu tak dok ngan alif ngan puan bibah jer la..hahah..

minggu lepas da setel majlis cukur jambul en alif kat kg aku kat beaufort..akikah alif daripada kambing tuka pada sekor kerbau..nenek dia nak panggil ramai sket org, soo kalau kambing tak ckup mkn..soo..tuka kerbau jer laa..ramai gak datang..mcm kenduri kawen mini da..:) cucu 1st biasa la kot..hoho..um..mak puan bibah a.k.a mak mertua aku pon dtg n skang ni ada kat umah ngan bibah..hoho..dia tolong jaga bibah minggu nih b4 balik ke kajang jumaat nih..ohoh..soo..bleh ar tido mlm skang nih cos nenek kajang dia yg bejaga kalau alif bangun tgh2 mlm..pheww..hohoh..tp en alif nih tader la bangun melalak2 sgt mlm2..skang nih mcm 2 kali jer dia bangun menyusu..dia nangis time lapor nak susu n pas poo poo jer..sgt tak slesa dia kalau di biar lelama ngan diapers yg kotor..ehhe..benda2 yang aku da terer buat stakat nih :

1.tukar diapers

2.susukan dia ngan botol

3.cuci2 baju dia

4.angkat2 dia jenjalan kat dlm umah

5.bawak gi klinik (hahah~)

6.cakap2 ngan dia mcm dia paham!haha~

um..puan bibah da semakin sehat..means da bleh bejalan2 sekitar rumah ngan aktif..bleh angkat2 baby..hoho..alhamdulillah..soo..itu jer ntok kali nih..calee~

emak,mama,ibu,ummi,mommy..

pertamanya aku bersyukur pada Allah kerana mengurniakan aku n puan bibah seorang anak lelaki yang sihat dan sempurna sifat kedalam family aku n puan bibah..begitu juga masih menjaga kesihatan isteriku Pn habibah..Alhamdulillah..

mengapa kita semua diwajib kan untuk menghormati/menghargai  ibu kita selepas Allah swt  lebih daripada segalanya termasuk ayah kita yang jatuh tempat no 2 di dunia ni..jawapannya kerana makhluk ciptaan Allah ini cukup istimewa dan mulia disisiNya dan kita semua..Alhamdulillah selepas aku diberi peluang oleh Allah untuk sama2 berada di sisi puan habibah sepanjang dia mengandung dan melahirkan nih..barula aku terasa betapa besarnya pengorbanan seorang perempuan yang berstatus ibu nih..itu baru mengandung dan melahirkan je..belum lagi membesarkan n mencurahkan kasih sayang pada anak..Ya rabb! no wonderla kaum hawa lebih mudah masuk syurga berbanding kaum adam cos pengorbanan kaum hawa ni lebih besar dari dunia ni..Allah maha Adil..soo..kepada kita semua yang masih mempunyai ibu ni…peluklah mereka selagi boleh,sayangilah n curahkan lah segala yang termampu pada mereka sbb ibu2 nih sanggup bergadai nyawa tok anak2nya..

kepada puan bibah,tahniah dan terima kasih sbb mengandungkan dan lahirkan anak kita Alif..tidak ada siapa yang dapat membalas pengorbanan awak kecuali Allah swt..cuma saya dapat sentiasa mencintai awk dan  mencurahkan segala yang termampu untuk keluarga kita..insyaAllah..:)

go alif go go go!~

p/s = bila ayah nak dapat tido malam ni alif oii!~