Tag Archives: tadika abs

Tadika ABS Graduation Day

alif-grad-tadika abs

Alhamdulillah. Tuan Muda Alif kita dah pon Graduate. Hahahaha. Siap ade jubah bagai lagi tu budak-budak sekarang grad tadika. Bergaya. hahaha..

Ada aku dengar-dengar cerita tahun sebelumnya macam grand juga majlis, cuma tahun ni entah kenapa ntah kurang pulak grand nya. Hahahaha..takde la rezeki Alif kot nak grad tadika grand-grand gitu. Tapi yang penting dia happy je tengoknya.

Last minute dalam 3 hari sebelum majlis ni tetiba cikgu request, katanya kalau boleh nak suruh Alif buat persembahan story telling. Bila cakap kat Alif dia pon macam happy and excited je nak bercerita. So kitorang just randomly pilih cerita and suruh Alif practice. Cerita ‘Tortoise and Hare’ je. Kejap je dia dapat. Dia tau cerita tu and tak berapa rigid dalam penceritaan dia. Tak scripted pon. Pepandai la dia bercerita. Hahaha.

Tapi masa the actual day tu aku rasa ada gak dia nervous kot. Keras je aku tengok dia atas pentas tu. Hahaha..tapi memang kalau banding ngan aku memang hebat gila la kan Si Alif ni. Aku mana berani bercakap sorang-sorang atas pentas..hahahaha..kecut perut Mak. Mihmihmih. Ni bakat dari ayahnya lah ni.

alif-grad-tadika

So good luck lah Alif. Lepas ni dah masuk darjah 1..hahaha..takleh lah nak ponteng selalu-selalu..hahahaahahhaa.. (pesanan kepada mak dan ayahnya… :p)

Sukan tadika terakhir untuk Alif di Tadika ABS

Last lah ni sukan tadika for Alif..lepas ni dah masuk primary school.. heheh.. Perghhh.. tak sangka oiii.. besar dah anak aku.. lepas ni it’s going to be a whole new adventure for me and Alif too of course.. no more ponteng-ponteng, no more berlama-lamaan di Kajang ( T_T ) huuuu..

Okay enough about that..jadinya on 9th august haritu tadika Alif, Tadika ABS Kota Kinabalu buat acara sukan tahunan. Since Tadika ABS ni baru sangat lagi kat Sabah ni kat KK ade 2 je branches. Kat tadika Alif ni and kat Kinarut lagi satu. Kinarut tu ntah2 dah masuk daerah Papar ke aku pon tatau..hahaha..tapi tu je la yang terdekat. Ade jugak satu kat Beaufort and lagi satu kat Tawau kalau tak silap aku.

Dah la tu tadika Alif ade la dalam 20 orang students je kot..hahaha..jadinya sukan hari tu diorang gabungkan Tadika ABS KK and Kinarut, then Akademi Al-Quran ABS pon join skali..so ramai la gak. Event ni buat kat Gelanggang Futsal Yayasan Sabah.

sukan tadika ABS 2015

 

Banyak gak la acara sukaneka dia, antaranya baling tutup botol air mineral ke paper plate, kena bawak rubberband pakai straw besooo and then kena pass rubberband tu kat team member. Pastu mcm parents or sesape je la wakil kena angkat budak ke station and budak kena isi air dalam botol, then ape ek.. owh..balik bola kecik masuk dalam bakul..last skali acara individu, main rebut kerusi..

Team Alif JUARA! Yeay! Dapat lah diorang hamper..hehehe..and setelah habis semua nombor dipanggil last skali dapatlah kitorang hadiah untuk cabutan bertuah..hahaha..

Azri pula memang happy habis lah berlari-lari kat dalam court tu. Nasib baik jugak lah tukar venue. Sebelum tu plan nya nak buat kat pantai teluk likas tu..camne la agaknya nak contained bebudak ni kat open space gitu.. hehehehe…

sukan tadika ABS di gelanggang futsal yayasan sabah

Alif Tukar Tadika Lagi…

Hehehe. Seperti yang dah ditulis kat tajuk tu, nak cerita pasal Alif’s first day at his new tadika. Kali ni Alif masuk Tadika ABS pulak. Tadika ni baru je bukak kat KK ni. Tapi kat semenanjung macam ade 2 tahun kot kalau tak silap.

Reason yang paling kuat untuk tukar tadika ialah tadika ni dekat lagi dari rumah and just a little bit cheaper banding ngan Little Caliph. Looking at the modules pon macam menarik jugak. Konsep bermain sambil belajar. Then macam ade modul usahawan ajar budak2 konsep berniaga and manage duit ke camtu. Ade kelainan sikit. Hehehe.

Aku memang takmo Alif kena buat homeworks and exams awal-awal sangat. Biarlah sok sekolah rendah baru harung and that is just less than a year je lagi. Hahahaha. Main lah puas-puas anak oii.

IMG_2896-0.JPG

Gambar first day tadika. Uniform tak dapat lagi plak. Kureng fefeeling mak anak first day of school. Hahaha. Balik rumah excited habis dia cakap kat aku ‘I really have so much fun at the tadika mak. This tadika is the best ever.’ Hehe. Kalau cikgu dia dengar mesti bangga cikgu. Hehehe.

Tadika ni mediumnya Bahasa Melayu, bagi Alif improve bahasa melayu dia pulak. 🙂