Tag Archives: tadika 6 tahun

Tadika ABS Graduation Day

alif-grad-tadika abs

Alhamdulillah. Tuan Muda Alif kita dah pon Graduate. Hahahaha. Siap ade jubah bagai lagi tu budak-budak sekarang grad tadika. Bergaya. hahaha..

Ada aku dengar-dengar cerita tahun sebelumnya macam grand juga majlis, cuma tahun ni entah kenapa ntah kurang pulak grand nya. Hahahaha..takde la rezeki Alif kot nak grad tadika grand-grand gitu. Tapi yang penting dia happy je tengoknya.

Last minute dalam 3 hari sebelum majlis ni tetiba cikgu request, katanya kalau boleh nak suruh Alif buat persembahan story telling. Bila cakap kat Alif dia pon macam happy and excited je nak bercerita. So kitorang just randomly pilih cerita and suruh Alif practice. Cerita ‘Tortoise and Hare’ je. Kejap je dia dapat. Dia tau cerita tu and tak berapa rigid dalam penceritaan dia. Tak scripted pon. Pepandai la dia bercerita. Hahaha.

Tapi masa the actual day tu aku rasa ada gak dia nervous kot. Keras je aku tengok dia atas pentas tu. Hahaha..tapi memang kalau banding ngan aku memang hebat gila la kan Si Alif ni. Aku mana berani bercakap sorang-sorang atas pentas..hahahaha..kecut perut Mak. Mihmihmih. Ni bakat dari ayahnya lah ni.

alif-grad-tadika

So good luck lah Alif. Lepas ni dah masuk darjah 1..hahaha..takleh lah nak ponteng selalu-selalu..hahahaahahhaa.. (pesanan kepada mak dan ayahnya… :p)