Tag Archives: resipi muffin pandan sedap

Muffin Pandan Coklat Cip Sedap!

My second attempt of baking muffin! Hahaa. Success gak lah. Kalau tak diambil kira bab all the chocolate chips sink to the bottom. Elok2 nak ade filling and topping, in the end jadi base je. Hahaha.

muffin pandan coklat - resepi
Tapi ape2 pon, memang sedap!! Hahaa. Elok gebu and moist je muffin ni. Kompom resepi ni memang kena simpan. Jadi resepi muffin rasmi umah ni. Lepas ni kena cari resepi muffin coklat lak.

Kalau nak try boleh ikut resepi kat bawah ni haaa. Senang je. Sukatan semua pakai cup je and just pakai whisk and spatula je mix semua ingredients. Resipi ni aku dok screenshot kat FB je..katanya sourcenya ialah from Ainurmariza D’Kitchen. Semua sama je aku ikut kecualinya aku tambah coklat cips je ler…sebab sebenarnya resipi dia muffin pandan je..hahaha.. Okeh…silalah bace resepi muffin kita tu ye…

Resepi Muffin Pandan Coklat Cip

Bahan-bahan:

Bahan A

  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 cawan minyak sayuran/minyak jagung (aku pakai minyak masak jee.. :p)
  • 1  1/4 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil pandan paste/emulco
  • sedikit pewarna hijau + sedikit pewarna kuning telur

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan gula
  • secubit garam
  • Coklat chips sebanyak yang kita suka..nyumm.. 😀

Cara-cara nak buat Muffin Pandan Coklat Cips ni:

  1. Panaskan oven pada suhu 180c-190c selama 20 minit.
  2. Ayak bahan B, kecuali coklat cips dan satukan dalam mangkuk. Buat lubang kat tengah2
  3. Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A, kacau rata. (Telur pukul rata, masukkan pandan paste dan pewarna, pukul lagi, masukkan minyak, pukul rata dan masukkan susu kacau sebati, guna whisk je.)
  4. Tuangkan bahan A di tengah2 lubang dalam mangkuk bahan B.
  5. Kaup balik guna senduk/spatula. Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit. Jangan terlebih kacau.
  6. Biarkan adunan seketika, lebih kurang 5 minit. Kemudian, kacau bulatan dalam 2 kali.
  7. Tuangkan adunan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh.
  8. Bakar muffin selama 15-20 minit atau ada nampak macam kuning2 sikit atas muffin tu.

Siap!! Dan boleh kasi sejuk sikit sebelum belasah makannnn..hohoho…
Tips buat muffin ni. Not to overmixed the batter. Takyah nak bagi smooth ke ape batter tu. Masa memula aku dok buat muffin memang dok kasi rata abes lah..tu yang mendap je muffin aku tu.. This time macam okay la naik sikiiiiittt.. Tak dapat macam dalam gambar kat resepi tu.. Takpe.. Nanti boleh cuba lagi.. ahahaha..

Okay lah..berjaya gak aku siapkan post ni..tengok2 balik rupanya dah 2 bulan dok dalam draft..hahaha..sadis.. kesian blog ni.. asik terbiar je..kurang kasih sayang. Maybe nak kena tukar template ni. Kasi segar sikit.. hehehe..tu je lah untuk kali ni..

Incoming search terms:

  • resepi muffin pandan (49)
  • muffin pandan (42)
  • resepi cupcake pandan sukatan cawan (8)
  • resepi cupcake pandan (3)
  • resepi kek pandan coklat chip (2)