Tag Archives: ren’py

Percubaan Mak Beba Buat Game. Erk..

Iye.. Betul dah la tu apa yang korang baca tu. Hahaha.

Tapi bukan la game gempak hebat 3D segala bagai ape tu. Ini macam simple je. Visual Novel katanya gitu. Dia macam ala-ala kita baca cerita lepas tu nanti kita akan diberi pilihan nak buat apa, dan based on what we choose will determine what kind of ending yang akan kita dapat.

Teringat masa zaman dulu-dulu ade buku yang jenis macam ni. Aku suka sangat dulu..sebab boleh pilih-pilih.. Kita baca pastu nanti bawah tu akan ada pilihan.. Kalau kita chose nak buat cam gini, pergi ke page sekian-sekian. Kalau nak cam gitu pergi page lain. Seronok gak.

I guess it is the same with this kind of game la ni.

Normally this type of game macam banyak kepada dating/relationship game. Nak ngorat mamat or awek mana. Tak sure la aku, rasanya perempuan la kot yang minat kot game camni. Ke? Hahaha. Tak tau la tu.

So berbalik kepada Game aku nak buat ni. Takde la macam aku bebetul plan segala jalan cerita dia camne flow dia ke pe. Memang terus belasah je ni. Sambil buat coding just buat cerita on the fly. Bila ada idea letak *comment* kat coding tu and tambah la accordingly. Dah la aku buat Main Character nye lelaki. Hahaha. Aku sebenarnya macam dok bayangkan Alif masa memula start tu, dan dia suka cerita pasal Zombie. So itu la basic cerita aku.

“Alif dan Zombies’ … Hahaha.. but the Main character aku buat supaya player boleh bagi nama sendiri. Nak buat cerita dari awal ke akhir sorang-sorang je ngan zombies kang boring lak. So Mak tambah la awek 2 orang. Mihmihmih..

Iye..Ini adalah cerita syok sendiri. Hahaha..

Aku start ni pon sebenarnya macam baru je beberapa hari mengadap benda ni. Hahahaha. Adik aku Si Kinah yang memula buat Visual Novel ni. Ada aku bace sinopsis dia punya. Memang gempak la. Cerita dia pon macam menarik je. Dah la artwork dia gempak kan. Tapi tak siap-siap lagi. Hahaha.

So aku tanya la dia, buat pakai apa etc. Jadi dia cakap la dia pakai Ren’py. Memang khas untuk buat game macam spesis gini. Semua pon basic coding semua dah siap. Kita cuma perlu codekan cerita kita je lah. And of course buat characters and stuffs.

What is Ren’Py?

Ren’Py is a visual novel engine – used by thousands of creators from around the world – that helps you use words, images, and sounds to tell interactive stories that run on computers and mobile devices. These can be both visual novels and life simulation games. The easy to learn script language allows anyone to efficiently write large visual novels, while its Python scripting is enough for complex simulation games.

Ren’Py is open source and free for commercial use.

As for characters aku just guna character generator je. Takde la nak lukis-lukis. Dah bila pulak nak siapkan. Haha. (bukannya pandai lukis pon) Defeat the purpose aku nak belajar codingnya. Hahaha. Background pon sama. Aku cari kat Deviantart je. Akan diberi credit dalam game tu nanti semuanya.

renpy-game-wip-1

Maaf la awek seksi pakai mini skirt je ade.

Hahaha. For fun je ni. Rasa seronok pulak buat. Kalau dah siap nanti aku share kat Blog ni. Hahaha. Kalau korang sudi la nak cuba, game syok sendiri aku ni. Mihmihmih.

For now I think, not bad lahh. Walaupon konon tema zombie, tapi characters comel-comel je. Hahaha. Tak boleh la nak memilihkan dah pakai generator. Tak banyak pilihan sangat.

renpy-game-wip-2

For now gitu la rupanya kalau ade options. Bab GUI semua belum sentuh lagi. Hehe. Siapkan jalan cerita segala mak nenek dulu.

Then untuk ending just guna simple point system. There will be 3 possible endings. You might end up with either one of the girl or none at all. Mak tanak kasi tamak la kan buat ending dapat dua-dua awek. Hahaha. The points are calculated depend on apa yang kita pilih. Bawah ni contoh  je lah.

renpy-game-wip-point-system

Untuk lagu dan SFX aku ada la jumpa a few websites yang share resources. For free of course. CC license.

Cerita kiranya dalam 60-70% la dah siap. Maybe nak implement messaging system and day-to-day macam ala game Persona tu. Walaupon cerita pendek je sebenarnya. Hari ni dan esoknya gitu. Codes untuk segala tu dah ade orang dah buat..hahaha.. so pepandai la adjust masuk.

Bukannya aku reti pakai Python ni. Ni la first time aku tengok. Tapi tak susah la kot, sebab Ren’py ni dah buat semua the hard work di sebalik tabir. Kalau nak suruh aku code dari scratch memang idok ler. Hahaha.

Renpy-game-wip-python

See. Code dia..simple je kan. Hihihi. Mahap la english acik yang berterabur tu. Hahaha. Takde proof reader. 😀

So. Itu je la update kali ni. Sebenarnya aku tak sepatutnya buat benda ni. Hahaha. Sebab aku ade project lain nak kena setelkan. InsyaAllah project yang boleh buat duit. Dah lama dah takde generate duit sendiri. Hahaha. Asik mintak ngan laki je. Takde la nak kata tak seronok dapat duit dari laki. :p Tapi kalau ade extra sure la lagi best kan. kan?