Tag Archives: rambut panjang

Azri Potong Rambut

azri-potong-rambut

Mak’s Salon dah dibuka semula setelah lama tertutup. Mihmihmih. Buka pon sehari je. Hahaha.

Dah panjang sangat rambut Azri ni. Tu yang rasa macam dah patut dipotong. Kalau nak pergi kedai tu dah la mahal, kena pula kalau yang jenis tukang gunting tak pandai handle gunting rambut budak memang tak semenggah jadinya. Dah kena dulu dengan Alif. Memang buruk wei orang tu potong. Dah la mahal lak tu. RM 20 kot kena masa tu. Memang tak berbaloi langsung. Jadinya, sebagai langkah penjimatan, mak je la yang potong. Hahaha.

Walaupon mak ni amatur je dalam bab potong rambut ni, tapi OK laaaa.. Takde la teruk sangat. Hahaha. Cuba tengok gambar selepas potong ni.azri -rambut selepas

Amacam? Hensem tak? Hahaha. Ok la kannn?? Free of charge je.

Bawah ni pula gambar rambut dia sebelum potong ni. Saja buat kenangan. Ni mau makan bulan juga la kan nak bagi rambut dia panjang balik.

azri - rambut sebelum

Dan dengan rasminya Mak’s Salon tutup semula. Hahahaha. Tunggu dah panjang sok baru buka balik. Mihmihmih..

 

Rambut Alif dah terover panjang kot ni..

Semalam ingat ke nak gi potong rambut Alif kat kedai…alang2 nak beli barang kat Giant, kitorang gi la yang kat 1Borneo tu..and ingat nak potong rambut Alif skali…cam dah panjang sangat jek skang ni…rambut depan dah berapa kali trim dah..panjang balik..budak ni cam ayah dier..kejap jek rambut panjang balik…

ni gambar latest Alif..baru jek semalam amik…hehee..kompom korang cakap panjang gle kan..haahah..

rambut Alif

rambut depan Alif

rambut lembut bersinar

tapi cam nice jek rambut panjang ni..hahaha..bersinar2 lagi..tapi memang nak gunting sket…tak pendek sangat..tapi tak panjang gak laa..cam dlu2 tu..just nice… 😀

owh..lupe plak..semalam actually tak jadik potong..sebab cam ramai la plak orang…kena tunggu…kat 15minit kot tunggu..tapi cam aku pon sebenarnye dok sakit perut..baru jek lepas gi jumpe doctor semalam..memang cam tak larat la nak tunggu2 ni..last2 balik jek..lepas beli barang kat Giant sume..

tengok la bebile kang pergi buat appointment dlu ke..tak payah tunggu..hohoh..