Tag Archives: new look for door

How to make your boring door looks fabulous again.

Hahaha. Fabulous la sangat kan. Tapi memang aku tersangatlah puas hati dengan rupa pintu aku ni selepas di ‘makeover’ kan ni.

Memang dari hodoh, kusam, berkeladak, sekarang ni 100% comel, cantik, sedap mata memandang. Masa mula-mula tak biasa tengok pintu warna lain ni rasa macam satgi keluar kat tempat lain je. Hahahaha. Kot sampai ke Wonderland ke pe ke.

Kalau ada yang bertanya, ‘Mana nya gambar ‘sebelum’ pintu tu?’. Sesungguhnya aku tak tergamak nak ambil gambar sebelum pintu aku tu. Sebab memang tak lalu dah nak tengok. Hahaha. Jadinya takde la gambar before. Gambar after je yang ada. Maaf la ye.

Beginilah rupa pintu aku selepas di letak make up transform jadi comel. Hehehe…

door makeover paint

Cun la tu kan. Hahaha.. Jangan pula dibandingkan dengan hasil kerja professional artist plak. Memang la jauh panggang dari api. Hasil amatur je ni. Almaklum lah mana pernah buat kerja macam ni. Mihmihmih

Azri la saksi aku dok buat mengecat pintu ni. Dan dia juga yang pertama sekali cakap ‘Cantik, mak, cantik!’

Sedap hati mak dengar. Hahaha.

Kat bawah ni pula, deco untuk board. Malam tu juga aku buka laptop dan mula berkarya pakai software baru pengganti photoshop. Itu nanti pula aku cerita. Hahaha. Sebenarnya takde la karya apa pon, untuk personal je kan bantai je ambil ape segala gambar yang ada kat google tu, dan paste je. Print pastu siap lah.

Just in case kalau korang nak tau apa jenis cat yang aku guna untuk pintu ni. Boleh tengok gambar kat bawah ni. Aku guna acrylic paint. Yang tube besar tu aku lupa beli kat mana, sebab dah lama sangat aku beli. Konon-konon ada la projek nak buat. Tapi tak menjadi dah bertahun. Hahaha. Jadi aku guna saja lah untuk buat projek door makeover ni.

Yang satu lagi tu, yang acrylic color set tu aku beli kat Mr. DIY je. RM4.90 kot kalau tak silap aku. Kecil je tube nye. 6ml per color. Ada 12 warna semuanya. Aku campur-campur je warna. Ada la juga a few warna yang masih belum bersentuh.

Seronok juga sebenarnya aku dok mengecat tu. Macam artis plak perasaan tu. Hahahaha. Tapi yang paling best tu bila orang appreciate kerja kita. En. Laki pon approved and cakap cantik. Siap dah dia suruh aku cat lak pintu lagi 2 kat rumah ni. Hehehe.. InsyaAllah akan dikerjakan tak lama lagi. Kalau dah buat nanti aku share lagi hasilnya. Harap menjadi la kan next time.

Untuk next project door makeover ni aku dah ade inspirasi dah nak buat warna apa. Untuk bilik Alif pula.

Tungguuuuu… 😀