Tag Archives: merboy

Azri the Merboy

Aku ingat ke dah post dah photomanipulation Azri as Merboy ni. Rupanya belum lagi. Jadi kali ni update dulu lah pasal yang ni. Mula-mulanya aku nak cerita yang pasal art photomanipulation yang latest. Tapi simpan je la dulu. Esok-esok lah aku post. Hehehe.

Jadinya. Di sebalik photomanipulation Azri the Merboy ni, ceritanya begini.

Di suatu hari yang sunyi, Azri pon sunyi je kat depan di living room. Mak pon tak ada lah suspect apa-apa pon. Sebab selalu je dia duduk depan tu tengok TV. Tapi rupanya pada hari itu dia ada agenda special kat depan rumah.

Bila mak pergi ke depan nak tengok apa yang dibuatnya, habis la terbongkar, mananya nak sorok pon. Siap macam nak banjir dah living room dikerjakan. Mak nak mengamuk pon tak sempat dok memikirkan air serap masuk kat lantai kayu tu. Cepat-cepat la buat kerja. Keluar gak la peluh jantan mak mengeringkan air tu. Hahaha. Sabar je lah. Lepas dah sudah siap tu, tak gak kering mana. Masih lagi lembap, tapi memang dah tak larat dah mak aihh..

Jadinya mak pon redha je lah. Nak marah pon dah tak ada tenaga dah.

Lepas tu biasa la mak buat luahan hati kat member ketat kat WhatsApp, ntah macam mana ntah terkeluar suggestion buat photomanipulation pasal kejadian tu. Jadinya, inilah hasilnya.

azri-swimming-in-livingroom

Azri the Merboy berenang-renang di living room. Hahaha. But so far aku suka yang ni. Macam lawa pulak. Mihmihmih. Angkat bakul sendiri pula.

Hampir kesemua gambar memang aku ambil sendiri. Kecuali yang effect air tu aku lupa ambil kat mana.

Dua kat bawah ni aku download kat Deviantart.

Water Bubbles – Kavaeka
Mermaid Tail – JinxMim

Mermaid tails dia ada banyak. Cantik-cantik. Kalau ada sesiapa nak buat photomanipulation berkaitan mermaid boleh guna stock dari situ.

Bawah ni cuma ala-ala gambar macam mana aku buat untuk dapatkan hasil macam kat atas tu.

swimming-in-livingroom

Mula-mula aku macam berusaha la jugak nak create reflection untuk dalam cermin tu. Tapi untuk dapatkan hasil yang realistik memang bapak la susah gila kot. Jadinya aku tukar je la cermin tu jadi gambar. Habis cerita. Hahaha.

Itu je la cerita aku hari ni.

p,s: Baru je semalam aku mula tengok cerita Saimdang. Hahaha..Lambat kan? Tapi takpe la. Asalkan tengok. Boleh tahan juga cerita dia. Menarik lah.